Tulip perlahan-lahan membuka pintu rumah supaya tidak diketahui yang dia pulang ke rumah agak lambat.
Perlahan-lahan dia mengangkat kakinya untuk menaiki anak tangga.
"Tulip." Panggil seseorang
membuatkan langkah Tulip berhenti."Y-ye papa?" Tulip perlahan-lahan memusingkan tubuhnya. Dia sudah menghembus nafas panjang kerana tahu apa yang akan dilakukan oleh bapanya.
"Kau mari sini!" Tuan Rizal menarik kasar lengan anak gadisnya itu.
"Sakit papa!" Tulip mengerut menahan kesakitan yang ada.
Tuan Rizal mencampak Tulip sehingga kepala gadis itu berhantuk dengan dinding. Tulip memegang kepalanya yang sudah pening itu.
"Kau tengok sekarang dah pukul berapa?!" Jam dinding di rumah itu sudah menunjukkan pukul 1 pagi.
"Kau ni memang tak reti nak dengar cakap aku kan!" Tangan Tuan Rizal laju menampar pipi mulus Tulip.
Pak!
Tulip memegang pipinya yang sudah merah itu. Air mata cuba ditahan sebaik mungkin.
Tuan Rizal mencengkam kuat tudung Tulip sehinggakan gadis itu terdongak ke atas.
"Papa... Sakit!" Tulip memukul tangan lelaki tua itu untuk cuba melepaskan diri.
"Kau mesti keluar dengan jantan tak guna tu kan?!" Makin kuat cengkaman Tuan Rizal.
"Papa!" Riana segera menarik bapanya dari Tulip.
Badan Tulip rebah ke lantai dengan nafas yang tercungap-cungap. Luka di kepalanya dua hari lepas masih belum baik membuatkan bahagian kepalanya berdenyut-denyut.
"Papa sudah lah tu!" Riana cuba untuk meredakan keadaan.
"Kau jangan sibuk! " Marah Tuan Rizal.
"Apa yang susah sangat kau nak dengar cakap aku?!" Tuan Rizal mengambil pasu bunga hiasan di dapur sebelum membalingnya mengenai kaki Tulip.
"Papa!" Jerit Riana apabila melihat kaki adiknya yang sudah berdarah.
"Kali ni saja aku lepaskan kau, lagi sekali kau buat memang aku halau kau keluar dari rumah ni!" Amaran keras diberikan oleh Tuan Rizal.
"Tulip, kau okay tak?" Riana segera menolong adiknya itu.
"Kau pergi mana balik lewat macam ni?" Soal Riana yang sedang membersihkan luka Tulip.
"Study." Tipu Tulip.
"Don't lie to me Tulip." Riana memandang tajam ke arah Tulip.
"Aku... keluar date dengan Hanif." Balas Tulip dengan jujur.
Riana menghembuskan nafasnya.
"Baju yang kau pakai tu, bukan baju kau kan?" Soal Riana lagi apabila dia melihat baju kemeja yang agak besar dipakai oleh Tulip.
"Bukan, ini baju Hanif." Balas Tulip.
"Jangan fikir bukan-bukan, dia beri pinjam baju dia sebab baju aku kotor kena susu tadi." Terang Tulip sebelum kakaknya fikir benda lain.
"Betul ni?"
"Betul, tak tipu."
"Kau pergi date dekat mana sampai balik lewat macam ni?" Soal Riana lagi.
"Kitaorang pergi ambil angin kat taman, tapi aku tak perasan pula dah lewat." Dia terlalu seronok sehinggakan lupa untuk melihat waktu.
"Kalau aku tak terbangun tadi macam mana?" Riana terus saja bangun dari lenanya apabila dia mendengar suara Tulip.
"Sorry, Tulip tak bermaksud nak menyusahkan kakak." Ucap Tulip dengan penuh bersalah.
"Tahu pun kau menyusahkan aku, dah pergi tidur." Ucap Riana sambil mengemas semula medikit yang digunakan tadi.
Tulip terus membaringkan tubuhnya di atas katil.
"Goodnight, love you." Ucap Tulip sebelum Riana keluar dari bilik itu.
"Hm, night." Riana menutup lampu bilik Tulip sebelum keluar dari situ.
Tulip menuruni tangga dengan keadaan yang masih mamai.
"Haih, baru tahu nak bangun ke?" Keluh Puan Dahlia.
"Ngantuk la mama." Balas Tulip sebelum dia mengambil tempat di meja makan.
"Itu la siapa suruh keluar dengan jantan sampai lewat malam." Perli Puan Dahlia. Riana yang berada di sebelah Tulip itu hanya berdiam.
"Hmm." Itu sahaja yang keluar dari suara Tulip.
"Kaki tu kenapa?" Soal Puan Dahlia apabila melihat kaki Tulip yang berbalut.
"Jatuh tangga." Tipu Tulip, dia tidak mahu ibunya tahu apa yang terjadi.
"Iye la tu jatuh tangga, entah-entah..." Riana sempat menghentikan ucapan ibunya.
"Mama." Riana memandang tajam ke arah ibunya.
"Haih, kau backup la adik kau ni sampai mampus." Bidas Puam Dahlia, namun sua beradik itu hanya diam di tempat masing-masing.
"Kau ada kelas tak hari ni?" Soal Riana cuba untuk menukar topik.
Tulip hanya menggeleng sebagai balasan, dia tidak ada tenaga untuk bersuara kerana kejadian malam semalam.
"Breakfast la dulu, nanti sambung rehat." Pesan Riana.
Tulip hanya mengangguk, sekeping roti bakar yang sudah disapu jem disuap ke dalam mulut.
"Jangan manja kan sangat adik kau ni, itu yang makin menjadi perangai dia." Tegur Puan Dahlia.
"Biar la dia tu, dia dah besar." Balas Riana malas.
"Seriously, biar?" Puan Dahlia memandang tidak percaya pada dua beradik itu bersilih ganti.
"Kau pun nak jadi macam dia ke?" Soal Puan Dahlia lagi.
"No?" Riana mengangkat sebelah keningnya.
"Bagus lah, kau tu kena jadi lebih baik dari adik kau yang bebal ni." Perli Puan Dahlia sebelum dia pergi naik ke tingkat atas.
"Damn, that hurt." Tulip memegang hatinya yang sudah berkecai dengan percakapan ibunya tadi.
"Biar je la mama tu, dia memang macam tu." Pujuk Riana.
"Apa kata kau break je dengan Hanif tu?" Ucap Riana tiba-tiba.
"Ha? Kenapa?" Hairan Tulip.
"Tak ada, he seems like not a good person for you." Balas Riana.
"Dia baik dengan adik tau!" Bantah Tulip.
"Haih, yalah."
YOU ARE READING
Tulip [OG]
Romance"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...