Bab 10

14 4 1
                                    

Ryan dan Andikka berjalan masuk ke dalam dewan yang besar itu. Mereka telah dijemput untuk hadir ke event yang besar.

"Kenapa orang tua tu jemput kita?" Soal Andikka dengan malas.

"Jangan cakap macam tu, behave." Tegur Ryan dengan sedikit tegasan di dalam suaranya. Walaupun dia tidak dibesarkan dengan cara yang baik, dia tahu cara untuk menghormati orang disekelilingnya.

"Yalahh!" Andikka hanya akur dan ikut sahaja memandangkan Ryan lebih tua dua tahun darinya.

Mereka telah dijemput oleh seorang usahawan yang agak terkenal di Malaysia. Usahawan tersebut memang selalu hantar keretanya untuk di service di bengkel mereka.

"Kau rasa semua orang dekat sini jutawan ke?" Soal Andikka yang melihat pakaian mewah kesemua orang yang telah dijemput untuk berada di event itu.

"Kalau dari gaya memang ya." Balas Ryan.

"Alah, tapi aku lagi handsome." Puji Andikka pada dirinya sendiri.

"Whatever." Balas Ryan malas sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Andikka di situ.

"Eh, tunggu lah!" Andikka mengejar langkah lelaki tinggi itu.

"Hi." Sapa Ryan dengan ramah.

Tulip menoleh ke arah Ryan sebelum wajahnya terasa bahang. Dia terus pergi lari meninggalkan Ryan di situ.

Ryan yang melihatkan itu mengerutkan dahinya. Dah kenapa?

"Juju!" Tulip memeluk lengan sahabatnya itu.

"Hoi, kau dah kenapa peluk aku ni?!" Ujar Julianna yang agak terkejut dengan sikap sahabatnya itu.

"Dia ada dekat sini jugaaaaaa." Tulip menggesel kepalanya di bahu Julianna.

"Woi, lepas lah!" Julianna menolak Tulip sehingga lengannya dilepaskan oleh gadis itu.

"Jujuu!" Tulip memandang ke arah Julianna seperti hendak menangis.

"Ha ye ye, kenapa? Kau jumpa apa? Orang minyak ke?" Soal Julianna.

"Lebih kurang lah, tapi orang minyak yang ni handsome." Balas Tulip sebelum dia tersengih. Menyempat.

"Mana? Siapa?" Julianna mendongakkan lehernya untuk melihat siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh Tulip.

"Tulip." Panggil Ryan.

"Arghh!" Tulip yang terkejut itu terus berlari ke belakang Julianna.

"Ni ke orang minyak tu?" Bisik Julianna pada Tulip sebelum dia mengangguk.

"Kau siapa?" Soal Julianna dengan dingin. Ank matanya menikam ke dalam anak mata Ryan, begitu juga Ryan yang turut menikam semula anak mata gadis itu. Ingat ni lawan mata ke?

"Aku nak jumpa Tulip." Kata Ryan dalam nada yang mendatar.

"Sekarang dah jumpa kan? Berambus." Balas Julianna dengan galak. Dia memang sangat protective terhadap sahabatnya yang satu ini.

Ryan menundukkan sedikit wajahnya sebelum dia tersenyum sinis. 'Kalau lah kau tahu aku ni kawan kepada ex kau.'

"Hoi, kau tak reti sabar ke?!" Marah Andikka dengan nafas yang tercungap-cungap. Panjang umur...

Andikka bangun membetulkan rambutnya yang sudah kusut kerana berlari tadi sebelum matanya bertentangan dengan mata Julianna.

Tulip yang sedang memeluk lengan Julianna di belakang itu hanya memerhati.

"Can I talk to her? Alone." Soal Andikka pada Ryan.

"Hm." Ryan melangkah ke arah Tulip sebelum dia berhenti tepat di sisi Tulip.

Tulip [OG]Where stories live. Discover now