Tulip yang sudah boleh masuk ke kerja semula sudah berangkat ke office awal pagi lagi.
"Welcome back boss." Sapa Emma dengan ramah.
"Thank you Emma." Tulip tersenyum nipis pada gadis itu.
"Macam mana dengan company?" Soal Tulip memandangkan dia sudah terlepas banyak perkara kerana cuti sakit.
"Saya dah uruskan semuanya, jangan risau." Emma tersenyum nipis pada Tulip.
"Good." Puji Tulip sebelum dia mengukir senyuman manis. Tak perlu lah dia nak fikirkan banyak masalah lepas ni.
"Kalau tak ada apa saya minta diri dulu ya bos?" Pinta Emma dengan lembut.
"Ye lah, thanks sebab dah tolong uruskan masa aku tak ada." Balas Tulip yang bersyukur dapat pembantu seperti dia.
"Tak ada apalah, lagipun tu memang kerja saya, saya pergi dulu ye." Balas Emma sebelum dia melangkah pergi dari situ.
Tulip masuk ke dalam office nya dan meletakkan bag bimbitnya ke atas meja kerjanya sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi kerjanya.
Peristiwa di mana dia diselamatkan oleh Ryan bermain semula di mindanya, pipinya berona merah apabila diingatkan kembali wajah kacak lelaki itu.
"Haish, apa aku fikir ni." Tulip menepuk-nepuk pipinya yang masih merah itu.
Senyuman nipis yang terukit di wajahnya kembali pudar. Dia takut jika dia jatuh cinta pada orang yang salah. Dia takut dia jatuh cinta pada Ryan.
"Hachoom!" Ryan yang sedang tidur itu terjaga kerana bersinnya sendiri.
"Ha bangun pun kau, tadi aku rasa badan kau panas." Ujar Andikka yang sedang bermain game di dalam bilik Ryan itu.
Ryan mengerutkan dahinya. 'Apahal mamat ni ada dalam bilik aku.'
"Aku tau kau tengah mengata aku dalam hati tapi aku rasa kau kena pergi klinik, badan kau panas tu." Pesan Andikka sebelum dia menoleh ke arah Ryan.
"Kau tak buka bengkel? Dah pukul berapa ni?" Soal Ryan yang tak menghiraukan langsung pesanan Andikka.
"Dah pukul 11 pagi, aku buka bengkel lambat sikit." Balas Andikka yang sedang memandang ke arah Ryan.
Ryan mengangkat sebelah keningnya pada Andikka apabila dia sedari lelaki itu sedang merenung ke arahnya. Asal pandang aku?
"Aku sarankan kau untuk pergi klinik." Pesan Andikka lagi sebelum dia bangun dan melangkah keluar dari bilik itu.
Ryan duduk di bucu katil sebelum dia meletakkan tapak tangannya di dahinya sendiri. Memang benar, badannya terasa agak panas dan kepalanya juga sudah mula sakit.
Ryan membuka baju dan mengambil tuala yang digantung sebelum masuk ke dalam bilik mandi.
Tulip yang sudah pulang ke rumah apabila dihantar oleh Emma itu melihat di persikataran lobby rumahnya. Jam tangan dilihat dan jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.
Selalunya pada waktu begini, Ryan akan menunggunya di lobby tetapi tiada pula hari ini, motornya juga tiada.
Tulip menghela nafas panjang. 'Mungkin aku yang bodoh sebab jatuh cinta lagi.'
Tulip melangkah masuk ke lobby sebelum kembali ke dalam penthouse miliknya.
Tulip mengambil keychain yang berbentuk kuda pada dompetnya sebelum dia menggenggam keychain tersebut. 'Sorry, but I think I've started to miss you.'
Keesokan harinya...
Tulip mengambil bag bimbitnya sebelum dia melangkah keluar rumah. Tulip berjalan masuk ke dalam lif.
Langkah Tulip terhenti apabila dia melangkah keluar dari lif.
"Sorry I didn't come for you yesterday." Ujar Ryan yang sudah menunggu di hadapan lif.
"Apa awak buat kat sini? Saya nak pergi kerja lah." Tulip melangkah ke tepi Ryan untuk meninggalkam lelaki itu di situ.
"Marah ke?" Ryan menunduk sebelum dia tersenyum nipis.
Tulip tak menghiraukan lelaki itu malahan dia hanya meneruskan langkahnya.
"Tulip." Panggil Ryan sekali, namun Tulip langsung tak mengendahkannya.
"Tulip." Panggil Ryan kali kedua, tiada sahutan.
"Sayang, stop." Panggil Ryan kali ketiga membuat kaki Tulip terhenti.
Tulip tidak mahu memusingkan badannya dek kerana pipinya yang sudah memerah. 'Kau memang tak guna, berani kau panggil aku sayang?!'
"Pandang aku." Arah Ryan.
Tulip masih lagi berdiri kaku di situ.
"Please?" Ryan melembutkan suaranya.
"Apa?" Tulip akhirnya menoleh ke arah Ryan dengan tangan yang disilangkan.
"Marah ke?" Soal Ryan semula.
"Tak." Balas Tulip sepatah.
Ryan menahan dirinya dari tersenyum. Ye la tu tak marah.
"I'm sorry aku tak berapa sihat semalam." Terang Ryan.
Tulip memandang ke arah lelaki itu. 'Dia tak sihat... Aduh! Kenapa lah aku ni ikut kan emosi sangat!'
"Sorry, saya ikut kan emosi sangat." Kata Tulip sambil menurunkan tangannya.
"Kenapa? Kau sedih?" Soal Ryan.
"Sedih lah sikit kau tak ada." Ups, terjujur lah pula.
"Kau suka aku?" Soal Ryan tetapi kali ini dia mendekatkan jarak di antara mereka.
"Ha? Kenapa tanya macam tu?" Tulip mengetap bibir bawahnya oleh kerana Ryan yang terlalu dekat dengannya.
"Kenapa kau nak sedih aku tak datang? We just met anyway." Ujar Ryan dengan wajah yang mendatar. Lelaki ini memang tidak berperasaan di luar, tetapi di dalam... Siapa tahu?
Tulip menundukkan sedikit wajahnya, tetapi betul lah apa yang dikatakan oleh Ryan. Mereka baru sahaja berjumpa, salah dia untuk jatuh cinta terlalu awal.
"I'm just kidding, aku pun suka kau." Jujur Ryan sebelum dia tersenyum nipis.
"H-hah? Siapa kata aku suka kau?" Tulip terus mengalihkan pandangannya.
Ryan mendekatkan jarak wajah mereka, kini jarak mereka hanya lah seinci.
"Ryan..." Anak mata coklat keemasan Tulip memandang ke dalam mata Ryan sebelum...
Pakk!
"Bangun lah bangang!" Julianna menepuk kepala Tulip yang sedang mengigau itu.
"Ouch! Sakit lah!" Tulip duduk dari baringnya sebelum dia menggosok kepalanya yang diketuk itu. Pedih yang teramat.
"Kau mimpi apa sampai pipi kau merah?" Soal Julianna sambil mengecilkan matanya.
"Hah?! Tak ada apa lah!" Tulip terus melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka.
Apabila teringat semula mimpinya itu, terasa bahang di wajahnya, malu!
YOU ARE READING
Tulip [OG]
Romansa"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...