Bab 5

13 4 1
                                    

Selepas 3 hari, Tulip telah dibenarkan keluar dari hospital tetapi dia tidak digalakkan untuk membuat kerja-kerja yang berat.

"Jangan lupa makan ubat, balik rumah kau terus rest." Pesan Julianna yang berjalan beriringan bersama Tulip.

"Yeee, sudah 50 kali kau ulang benda sama, jangan sampai aku masuk tanjung rambutan sebab kau pula lepas ni." Balas Tulip yang sudah muak mendengar sahabatnya itu mengulang perkara yang sama banyak kali.

"Aku pesan banyak kali sebab kau tu jenis yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri." Ujar Julianna sambil dia mencubit telinga kanan Tulip yang berlapik dengan tudung itu.

"Sakit lah, juju!" Tulip menolak gadis itu supaya dia menjauh dari dirinya.

Tulip menggosok telinganya yang berlapik tudung itu, sakit tau tak!

"Alah kau ni, cuit sikit pun meraung." Julianna menunjukkan isyarat tangan 'sikit'.

"Banyak lah kau punya sikit, aku gigit telinga kau sampai putus baru tahu." Marah Tulip sebelum dia melajukan langkahnya, meninggalkan Julianna di belakang.

"Oi, tunggu lah!" Julianna berlari untuk mengejar langkah si Tulip.

Tulip dan Julianna masing-masing memasuk ke dalam perut kereta yang dipandu oleh Emma itu memandangkan Emma yang menghantar Julianna ke hospital ini.

"Boss nak balik office ke rumah boss?"  Soal Emma.

"Off-"

"Rumah." Potong Julianna mengundang jelingan tajam dari Tulip.

"Hantar dia balik rumah, dia kena rest." Sambung Julianna.

"Boss?" Emma melihat Tulip menggunakan cermin kereta sebelum Tulip menangguk.

Tulip menekan nombor pin pintu penthouse miliknya sebelum dia membuka kasut dan masuk ke dalam. Seusai ingin menutup pintu, ada seseorang yang menahan pintu itu dari ditutup.

"Tulip." Panggil seorang lelaki.

Tulip memandang ke belakang riak wajahnya berubah kosong.

"Lepas." Tegas Tulip menyuruh lelaki itu untuk melepaskan pintunya.

"Tulip, aku tahu kau masih ingat aku jadi please..." Rayu lelaki itu.

"No, I don't know who you are." Balas Tulip dingin.

"Tulip, please, can we start over?" Lelaki itu cuba untuk menarik tangan Tulip.

"Hanif Iskandar!" Tulip menepis kasar tangan lelaki itu.

Tulip ingin menutup pintu, namun tangan Hanif lebih pantas menarik Tulip keluar mengepungnya pada dinding menggunakan kedua belah tangan.

"What the fuck?!" Marah Tulip.

"Please be mine again." Hanif melentokkan kepalanya pada bahu Tulip.

Manakal Tulip sedaya upaya cuba untuk menolak Hanif jauh darinya, namun tenaganya masih belum cukup pulih.

"Fuck off, Hanif!" Marah Tulip sambil menolak badan Hanif itu.

Hanif ingin mengusap pipi Tulip sebelum ada seseorang yang menarik belakang kolar baju Hanif dan menarik Hanif jauh dari Tulip sehingga dia tersentak di dinding.

"Kau gila ke?!" Marah Hanif apabila badannya di baling sebegitu sahaja.

Ryan menaikkan sebelah keningnya pada Hanif. 'Apa?'

"Kau tahu tak aku ni siapa?!" Ujar Hanif yang masih sedang marah.

"Siapa?" Soal Ryan yang hanya diam dari tadi.

"Aku ni COO kepada Kembangan Industri." Balas Hanif dengan bangganya.

"Oh." Hanya itu yang keluar dari mulut Ryan. 'Ingat aku kisah ke?'

Ryan kemudiannya melihat pada Tulip sebelum dia membuka pintu yang sedikit terbuka itu untuk Tulip.

"Masuk." Arah Ryan dengan wajah yang tidak berperasaan.

"Kau!-"

"Shut the fuck up!" Marah Ryan yang hanya tenang dari tadi, mungkin dia sudah hampir hilang sabar.

"Masuk." Arah Ryan sekali lagi apabila Tulip masih tercegat di luar.

Tulip mengerdipkan matanya beberapa kali. 'Err... Apa yang jadi ni?'

Tulip masuk ke rumah sebelum dia mengeluarkan sedikit kepalanya di pintu.

"Thanks." Ucap Tulip pada Ryan sebelum Ryan mengangguk dan menutup pintu penthouse Tulip itu sebelum pintu itu terkunci sendiri memandangkan pintu itu ialah pintu auto lock.

Ryan kemudiannya berjalan untuk pergi dari situ.

"Kau nak pergi mana?!" Ujar Hanif dalam nada yang tinggi.

Namun Ryan hanya menghiraukannya dan meneruskan langkahnya.

Tulip yang berada di dalam rumah itu duduk di sofa sebelum melepaskan nafas panjang.

Kepalanya berbalik kepada Hanif yang tiba-tiba sahaja datang semula selepas 5 tahun yang telah berlalu.

Tulip menggeleng beberapa kali sebelum dia baring dan melelapkan matanya di sofa. Dia perlu rehat dan mengumpul tenaga semula.

Hanif pula? Jangan pedulikan dia.

"Ryan, mana kau pergi?" Soal Andikka pada Ryan yang tiba lewat di bengkel itu.

"Ada hal." Balas Ryan dengan malas.

"Ha ye lah, air coklat aku mana?" Soal Andikka yang sudah penat membuat kerja.

Ryan menunjuk ke arah plastik yang dia letak di atas meja menunjukkan bahawa air coklatnya berada di dalam plastik itu.

"Dalam ni eh? Thank you." Andikka terus membelek plastik tersebut sebelum mengeluarkan air coklatnya dari situ.

"By the way, ada dua orang customers kita yang datang untuk service kereta." Ujar Andikka yang sedang membuka penutup botol air coklatnya.

"Then?" Ryan menaikkan sebelah keningnya menunggu jawapan dari Andikka.

"Err... Kau settle kan yang tu boleh? Aku penat lah." Soal Andikka dengan nada yang seperti memujuk. Bukan dia tidak mahu buat cumanya sudah dari pagi dia di bengkel, dia mahukan rehat juga.

Ryan hanya tersenyum sipi bermakna dia akan menguruskan tentang perkara itu.

"Okay, thanks!" Andikka melompat naik ke atas sofa berehat sebelum dia melelapkan matanya sebentar.

Ryan bangun dari duduknya sebelum dibuka jaketnya dan hanya tinggal baju t hitamnya sebelum dia mula bekerja.

Beberapa jam kemudian...

"Ryan, aku pergi kedai kejap!" Jerit Andikka dari dalam keretanya sebelum kereta itu keluar dari bengkel.

Ryan hanya menggelengkan beberapa kali kepalanya.

Julianna berjalan di pasar malam itu sambil melilau mencari makanan kegemarannya iaitu kebab ayam.

"Hmm... Mana eh?" Matanya tidak memandang jalan di hadapan menyebabkan dia terlanggar seseorang.

Julianna menggosok hidungnya yang terlanggar dengan belakang seseorang. 'Kenapa keras sangat belakang kau ni!'

"Julianna?" Soal lelaki yang dilanggar itu.

Julianna mengangkat wajahnya sebelum wajahnya berubah janggal.

"Sorry." Ucap Julianna sebelum dia melangkah meninggalkan lelaki itu.

Andikka yang dilanggar hanya melihat gadis yang melangkah pergi itu tanpa berkedip mata.

Julianna menepuk-nepuk kedua belah pipinya. 'Kenapa aku kena jumpa kau dekat sini?'





Tulip [OG]Where stories live. Discover now