Bab 7

17 4 0
                                    

Tulip memakai topi keledarnya sebelum naik ke atas kuda jantan yang berwarna putih cantik itu.

Hari ini dia ada kelas menunggang kuda, walaupun dia masih tidak dibenarkan untuk membuat kerja-kerja berat, dia tetap datang ke kelas ini memandangkan dia tidak pernah ponteng sekali pun.

"Tulip, you sure you're okay?" Soal mrs Ivy yang mengajar kelas itu.

"Don't worry, I'm fine." Balas Tulip dengan senyuman manis.

"Tell me if you need anything." Pesan Mrs Ivy sebelum dia pergi duduk di tempat penonton yang kosong itu.

Tulip menarik nafas dalam sebelum melepaskannya, kuda jantan putih itu berlari laju sambil melompat pagar dan membuat aksi.

Mrs Ivy tersenyum lebar melihat Tulip dan kudanya sudah meningkatkan prestasi mereka. Mereka sudah bertambah baik daripada sebelumnya.

Selepas beberapa minit, akhirnya kuda jantan itu berhenti selepas tamat berlatih.

"Bravo!" Mrs Ivy berdiri dan menepuk tangannya selepas melihat mereka berdua berlatih tadi.

"Hehe, thanks!" Tulip yang masih berada di atas kuda itu tersengih-sengih apabila dipuji.

"You're good too Hendery!" Puji Tulip sambil menggosok leher kuda putihnya yang bernama Hendery itu.

"Tutu!" Julianna melambai ke arah Tulip dari pintu masuk.

"Juju!" Tulip turut turun dari kudanya sebelum dia berlari anak ke arah Julianna.

"Eeeek!" Tulip dan Julianna sambil berpelukkan. Aih, baru tak jumpa sehari macam ni dah?

Mrs Ivy yang memerhati hanya menggelengkan kepalanya pada dua sahabat itu. Begitu juga dengan Hendery yang turut menggelengkan kepalanya.

"Kau dah lunch?" Soal Julianna.

"Belum." Tulip menggelengkan kepalanya.

"Okay, kalau macam tu kau pergi tukar baju dulu lepastu kita lunch. Kau bau kandang kuda lah." Ujar Julianna.

"Ha ya lah, bagi aku kasi makan Hendery kejap." Balas Tulip.

"Okay, aku tunggu dalam kereta tau!" Ujar Julianna sebelum dia pergi melangkah masuk kereta.

Tulip pula menarik tali kudanya sebelum dibawa masuk ke dalam kandang. Sememangnya kandang itu telah di beli oleh Tulip dan menjadi milik Hendery sepenuhnya.

Hanya kandang itu yang mempunyai kawasan yang luas dan semua kelengkapan ada di dalam kandang itu.

"Nah, Hendery makan lah." Tulip meletakkan jerami dan beberapa sayuran dan sedikit buah-buahan di dalam bekas makanan Hendery. Tidak lupa juga air untuk dia minum.

Hendery kemudiannya mendekati bekas makanan tersebut sebelum dia mula makan.

"Goodboy, makan banyak-banyak tau." Tulip menggosok badan kuda itu sebelum keluar dari situ dan menutup pintu kandang kuda itu.

Tulip yang sudah mengganti pakaiannya itu terus masuk ke dalam perut kereta milik Julianna.

"Haa, ingatkan dah kiamat baru kau nak datang." Perli Julianna yang sudah menunggu berjam di dalam kereta.

"Apa kau ni, tak baik lah." Ujar Tulip sebelum dia mencebikkan sedikit bibirnya.

"Aih, aku pula?" Julianna menggaru belakang kepalanya yang berlapik tudung itu. 'Ini lah perempuan... Haih.'

"Dah lah jom, nak makan mana?" Soal Julianna.

"Jom pergi cafe haritu." Balas Tulip.

"Ha jom jom." Julianna menekan pedal minyak sebelum kereta itu beredar dari situ.

Tulip [OG] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang