Tulip sedang belajar di perpustakaan sambil menunggu kedatangan Hanif, tetapi sudah terlalu lama dia menunggu jadi dia putuskan untuk keluar mengambil angin.
"Haih, mana dia ni." Bisik Tulip pada dirinya sendiri, matanya melilau mencari kereta milik Hanif.
Telefon dibuka, tiada satu pun balasan dari Hanif. Tulip melepaskan keluhan panjang sebelum dia masuk semula ke dalam perpustakaan itu.
"Hi, sorry lambat." Tegur Hanif daripada belakang.
"Panjang umur, ingatkan dah masuk kubur tadi." Perli Tulip.
"Alaa, sorry lah, nah coklat." Hanif memberikan coklat pada gadis itu sebagai balasan minta maaf.
"Hm, yalah." Balas Tulip sebelum dia membuka coklat itu.
Hanif pula meletakkan bagnya di atas meja sebelum mengambil tempat di sebelah Tulip.
"Kenapa lambat?" Soal Tulip sambil mengunyah coklat.
"Bangun lambat tadi." Balas Hanif dengan senyuman.
Tulip hanya mengangguk sebelum dia ternampak satu kesan merah di belakang leher Hanif.
"Belakang leher awak tu kenapa?" Soal Tulip lagi.
"Ha? Ohh, kena gigit nyamuk tadi." Balas Hanif sebelum dia menggosok belakang lehernya.
Tulip hanya memerhati kesan merah itu sebelum dia membuka buku untuk sambung belajar semula.
Julianna masuk ke dalam perpustakaan itu dengan wajah yang dingin. Anginnya tidak berapa baik hari ini.
Dia terus mengambil tempat dan melentokkan kepalanya di atas meja untuk tidur. Dia jarang sekali dapat tidur di rumah, jadi tempat ini sahaja lah tempat dia untuk berehat.
Bukk!
Ada seseorang yang tidak sengaja melanggar kerusi Julianna membuatkan dia tersedar dari tidur.
"Ah sorry-" Terhenti ucapan Tulip apabila dia melihat wajah Julianna.
Julianna hanya memandang tajam ke arah Tulip sebelum dia membetulkan sedikit kerusinya dan sambung untuk tidur.
"Sini bukan tempat tidur." Tegur Tulip apabila dia melihat Julianna sedang lena tidur.
"Blah lah, aku nak rehat." Balas Julianna tanpa mengangkat wajahnya. Dia terlalu penat untuk berbalah.
Tulip tidak berkata apa, dia terus kembali ke mejanya.
1 jam kemudian...
"Dah habis dah?" Soal Hanif apabila dia melihat Tulip yang sedang mengemas. Dia tidak sengaja terlena semasa Tulip sedang belajar.
"Mhm, jom lah balik, penat sangat tu." Balas Tulip dengan senyuman tipis.
"Ha ye lah, nak saya tolong tak?" Soal Hanif.
"Tak apalah, nak siap dah." Tolak Tulip dengan lembut.
"Kalau macam tu saya pergi ambil kereta jap, nanti awak tunggu kat luar ye." Pesan Hanif sebelum dia bangun dan mengambil bag galasnya.
Tulip hanya tersenyum sambil mengangguk, dia sudah tiada tenaga untuk bercakap.
Habis sahaja mengemas dia menuju ke arah pintu keluar sebelum dia ternampak Julianna yang masih tidur lena itu.
Tulip terus mendekati gadis itu dengan perlahan sebelum mencuit sedikit lengan gadis itu.
"Hmm." Julianna tersedar sebelum dia menggosok kedua belah matanya.
YOU ARE READING
Tulip [OG]
Romance"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...