Bab 8

14 4 1
                                    

Andikka yang sedang berbaring di atas sofa rehat itu melihat ke arah satu kepingan gambar di tangannya.

"Gambar siapa?" Soal Ryan yang baru sahaja habis membaiki kereta. Wajahnya dan lengannya penuh dengan kesan minyak.

"Ex." Balas Andikka sepatah.

"Ex girlfriend?" Soal Ryan yang sedang mengelap lengan sasanya dengan tuala bersih.

"Hm." Balas Andikka yang seolah-olah tiada mood itu.

"Kau rindu dia?" Soal Ryan pada Andikka.

"Lebih kurang lah." Balas Andikka sebelum dia melepaskan nafas panjang.

"Kalau rindu kenapa putus?" Serang Ryan dengan soalan lagi.

"Ada lah sebab dia, kau ni jangan sibuk lah." Ujar Andikka sebelum dia menyimpan semula gambar itu ke dalam poketnya.

"Sorry, aku keluar kejap." Ujar Ryan sebelum dia mengambil kunci motornya.

Tulip keluar dari kereta Julianna sebelum dia melambai ke arah Julianna.

"Thanks hantar aku balik." Ucap Tulip dengan senyuman nipis.

"Dah masuk rumah nanti text aku." Pesan Julianna sebelum Tulip membuat isyarat 'okay' dengan tangannya.

Julianna tersenyum nipis sebelum keretanya di pandu keluar.

Tulip melihat sekeliling sebelum dia melihat kelibat Ryan yang berada di lobby rumahnya.

"Hm? Buat apa dia dekat sini?" Soal Tulip sendiri sebelum dia melangkah ke arah lelaki itu.

"Hi." Sapa Tulip dengan ramah.

Ryan hanya menganggukkan kepalanya sedikit.

"Lupa lah nak tanya, nama awak apa?" Soal Tulip, banyak sangat yang dia nak tanya haritu sampai lupa tanya nama.

"Ryan." Balas Ryan sepatah.

"Ryan?"

"Lysander Ryan."

"Wow, cantik nama awak, parents awak orang luar negara ke?" Soal Tulip apabila mendengar nama lelaki itu yang tidak seperti nama melayu langsung.

"I don't know, diaorang buang aku dulu." Balas Ryan yang membuat Tulip terdiam.

"Jangan rasa bersalah, aku dah biasa hidup seorang, dengan atau tanpa ibu bapa." Sambung Ryan, sememangnya dia sudah hidup susah dari sebelum ibu bapanya membuangnya lagi.

Tulip hanya mengangguk sedikit. Kenapalah aku gatal sangat tanya.

"Umm... Awak buat apa dekat sini? Kerja lagi ke?" Soal Tulip yang cuba untuk menukar topik.

"Tak." Balas Ryan.

"Habistu?"

"Aku tunggu kau." Balas Ryan sebelum matanya bertentangan dengan mata Tulip.

"Tunggu... Saya...?" Tulip cuba untuk mengawal jantungnya yang berdegup laju itu.

Tulip menepuk pipinya sebelum menggeleng beberapa kali. Tak, kau tak boleh jatuh cinta lagi.

Ryan mengerutkan dahinya. 'Pahal dia ni?'

"Aku tunggu kau sebab nak bagi ni sebagai tanda terima kasih." Ryan menghulurkan keychain berbentuk kuda kepada Tulip.

"Ha?" Tulip memandang bergilir kerychain itu dan Ryan kerana keliru.

"Ni untuk belanja aku air haritu." Terang Ryan.

Tulip [OG]Where stories live. Discover now