14 tahun yang lalu
"Adik, kau pasti ke nak buat benda ni?" soal Tengku Rihana.
"Kalau aku tak buat, siapa lagi?" balas Tengku Ryan yang sedang memasukkan peluru ke dalam senjata.
"Tapi kau tu muda lagi dan... kau pun belum dilatih sepenuhnya." Tengku Rihana risau terhadap adiknya.
"Yes, I'm aware, but who else is gonna save mama and papa?" Tengku Ryan meletakkan pistol di poket belakang seluarnya sebelum dia turut mengambil sniper riffle untuk membawa bersamanya.
Tengku Raihan Arhan dan Madam Lorraine ialah ibu dan bapa kepada dua beradik itu. Namun, mereka berdua telah jatuh ke tangan musuh memandangkan ibu dan bapanya banyak sangat musuh di sekeliling.
"Kalau macam tu bagi aku ikut!" Tengku Rihana menarik lengan adiknya supaya berhenti membuat apa sahaja yang dia sedang buat.
"No, it's dangerous." balas Tengku Ryan.
"Oh now you talk about dangerous?" ada juga yang kena pukul karang.
Tengku Ryan mengeluh perlahan, dia memang tak akan pernah menang dengan kakaknya itu.
"Fine, but you must stay close to me." walaupun Tengku Rihana telah dilatih dengan segalanya dari menpertahankan diri sehinggalah menggunakan senjata, gadis itu sangat lah cuai.
"Okay!" Tengku Rihana turut mengambil pistol dan pisau poket untuk dibawa.
Tengku Ryan mengambil kunci motor sebelum dia terhenti dan memandang ke arah Tengku Rihana.
"Apa?" Tengku Rihana mengerutkan keningnya.
"Kau bawa, aku tak pandai." Tengku Ryan menghulurkan kunci motor kepada kakaknya sebelum disambut oleh gadis itu.
Tengku Rihana naik ke atas motor sebelum dia menghidupkan enjin Kawasaki Ninja H2r yang berwarna putih itu.
"Come on, let's go." Tengku Rihana memakai helmetnya sebelum Tengku Ryan naik di belakangnya.
Motorsikal berkuasa tinggi itu dibawa laju membelah jalan raya yang agak sesak. Tidak lama kemudian mereka sampai di sebuah gudang lama yang sudah unsang.
"Kita nak pergi selamatkan mama papa ke buat paranormal kat sini?" kata Tengku Rihana apabila dia melihat kawasan yang sunyi sepi itu agak menyeramkan.
"Kalau nak buat paranormal baik aku record kau je." balas Tengku Ryan yang sedang membetulkan pistol di dalam poketnya.
"Apehal aku?"
"Muka kau je dah cukup seram." bidas Tengku Ryan mengundang jelingan tajam dari gadis itu.
"Tak guna punya adik." bisik Tengku Rihana.
"Jom." Tengku Ryan melangkah untuk turun dari bukit memandangkan mereka berhenti di atas bukit yang berdekatan di gudang itu kerana tidak mahu dikesan.
"Jom?! Apa plan kau?!" Tengku Rihana terkejut melihat adiknya yang bertindak tanpa sebarang rancangan.
"Plan aku... langgar aje lah!" balas Tengku Ryan membuatkan Tengku Rihana mengeluh perlahan sebelum dia mengekori lelaki itu dari belakang.
Mereka berdua tiba di pintu hadapan apabila telah memastikan tiada pengawal yang berada di situ.
"Sekarang apa?" soal Tengku Rihana sebelum Tengku Ryan menjungkitkan bahu.
"Assalamualaikum." perlahan-lahan Tengku Ryan membuka pintu.
"Woy!" bisik Tengku Rihana keras. Gila ke apa adik dia ni.
ANDA SEDANG MEMBACA
Tulip
Storie d'amore"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...
