Bab 6

17 4 1
                                    

Tulip mengambil barangan untuk memasak di dapur sebelum diletakkan di atas meja.

Memandangkan dia masih belum boleh masuk kerja, dia putuskan untuk masak sahaja di rumah. Jika tidak dia akan selalu makan sarapan bersama Julianna di luar.

Setelah beberapa minit memasak, akhirnya siap juga. Dia hanya memasak makanan yang simple untuk sarapan pagi, hanya roti bakar, telur separuh masak bersama sosej keju.

Sedang sibuk menjamu selera, tiba-tiba ada seseorang yang menekan loceng pintunya.

Ding dong!

"Hm, siapa pula datang ni?" Ujar Tulip pada dirinya sendiri.

Dia pergi mengambil tudung shawl dan melilitkannya di kepala sebelum dia membuka pintu rumahnya.

"Cik Tulip?" Soal posmen itu.

"Ye saya?"

"Ada penghantaran untuk cik, tolong tandatangan di sini ye." Ujar posmen itu sebelum Tulip menandatangan di kertas yang diberi.

"Baik, terima kasih." Kotak yang berbalut itu bertukar tangan sebelum posmen tersebut beredar dari situ.

Tulip mengerutkan dahinya memandangkan dia jarang membeli barang di dalam talian. 'Aku ada order barang ke?'

Tulip menutup pintu sebelum barang itu diletakkan di atas meja makan. Pisau kecil diambil untuk membuka balutan kotak itu.

"Huh? Coklat?" Terdapat coklat yang kelihatan mahal di dalam kotak tersebut, malahan nampak sedap.

Tangan Tulip mencapai Iphone miliknya sebelum nombor Julianna di dial.

Di deringan terakhir, baru lah Julianna menjawab panggilan tersebut.

"Kenapa call aku pagi-pagi?" Soal Julianna dengan suara yang masih serak, baru bangun mungkin.

"Kau baru bangun ke? Tak masuk office?" Soal Tulip walaupun dia tahu yang sahabatnya ini memang susah nak masuk kerja.

"Aku masuk lambat sikit, kenapa?" Balas Julianna, padahal malas bangun pagi.

"Kau ada order coklat hantar dekat rumah aku ke?" Soal Tulip.

"Hah? Kau gila ke?" Orang tanya pun kena gila.

"Aku tanya elok-elok kan!" Marah Tulip.

"Aku kan tak makan manis, mana lah aku nak beli coklat tu." Balas Julianna. Dia memang tidak suka makanan yang manis sejak dari kecil lagi.

"Oh aku lupa, bye." Panggilan terus dimatikan oleh Tulip.

"Kalau bukan dia siapa lagi?" Soal Tulip pada dirinya sendiri.

Coklat itu disimpan di dalam peti ais kerana takut coklat itu akan mencair.

Tulip mengambil dompet sebelum keluar dari rumahnya. Petang-petang macam ni, teringin aiskrim pula.

Tulip menekan butang lif dan menunggu beberapa minit sebelum pintu lif terbuka. Ada Ryan yang berada di dalam lif tersebut.

Tulip teragak-agak untuk masuk ke dalam lif tersebut, tetapi kakinya tetap melangkah masuk.

Hanya kejanggalan yang berada di dalam lif tersebut kerana peristiwa semalam.

"Kau okay?" Soal Ryan yang hanya diam dari tadi.

"Err, saya okay je... Thanks." Balas Tulip perlahan.

"Hm." Ryan keluar dari lif apabila telah tiba di lobby, begitu juga dengan Tulip.

Ryan tiba-tiba berhenti sebelum berpusing pada Tulip. Tulip juga turut memandang ke arahnya.

"What's your name?" Soal Ryan.

"Tulip." Balas Tulip.

Ryan tersenyum nipis sebelum dia menundukkan kepalanya dan melangkah pergi.

Tulip mengerutkan dahinya. 'Itu je?'

Tulip pergi ke kedai yang berada di bawah appartment rumahnya memandangkan rumah itu lengkap dengan segalanya.

Aiskrim magnum di ambil sebelum dia beratur untuk membuat pembayaran.

Ryan juga turut beratur di belakang Tulip. Tulip mengerut apabila dia melihat lelaki itu turut berada di situ. 'Mamat ni memang ada dekat mana-mana ke?'

"Err, awak duduk dekat sini juga ke?" Soal Tulip pada Ryan. Kalau dilihat dari segi penampilannya nampak seperti orang biasa sahaja, namun wajahnya sangat tampan. Lagipun, jangan menilai seseorang itu dari rupanya sahaja kan?

Ryan hanya menggeleng.

"Habistu awak buat apa dekat sini?" Soal Tulip. Dia memang jarang bercakap dengan mana-mana lelaki kecuali pekerjanya, tetapi entah kenapa dia rasa selamat dengan lelaki ini.

Ryan tidak menjawab malah hanya merenung ke dalam anak mata coklat keemasan milik Tulip.

"I like your eyes." Puji Ryan.

"Err, thanks." Tulip tidak tahu sama ada lelaki ini ikhlas atau tidak memandangkan dia memuji dengan wajah yang tidak berperasaan.

"Aku ikhlas, don't worry." Ujar Ryan yang seperti sudah menganggak apa yang difikirkan gadis itu.

Telah tiba giliran Tulip untuk bayar, dia melihat air mineral yang di ambil oleh Ryan.

"Letak lah, saya bayar sekali." Ujar Tulip.

"Hah?" Takkan lah aku nak suruh perempuan yang bayarkan.

"Tak apa, letak lah." Ujar Tulip lagi sekali.

Ryan hanya akur sebelum meletakkan air mineral di atas kaunter pembayaran itu.

"Semua sekali 10 ringgit." Ujar akak cashier itu.

Ryan seperti tidak percaya apa yang dia baru sahaja dengar, semua sekali ni 10 ringgit?!

"Saya tahu, harga dekat sini memang yahudi sikit." Ujar Tulip sebelum menghulur air mineral kepada Ryan.

"Thanks." Botol air mineral itu bertukar tangan.

"Berapa air mineral ni? Nanti aku bayar balik." Ucap Ryan.

"Kan saya cakap saya belanja." Balas Tulip yang sedang membuka plastik magnum itu, susah la pula nak buka!

"Sini." Ryan mengambil aiskrim itu sebelum membukanya untuk Tulip.

"Thank you!" Balas Tulip sebelum dia menikmati aiskrim magnumnya.

Ryan hanya memerhati.

"Awak tak jawab lagi soalan saya." Tulip memandang ke arah Ryan.

"Soalan?" Ryan mengerutkan dahinya.

"Awak buat apa dekat sini?" Tulip mengulang semula soalannya yang tidak terbalas tadi.

"Kerja." Balas Ryan sepatah.

"Kerja? Awak kerja apa?" Soal Tulip lagi.

"I'm a mechanic." Balas Ryan sebelum dia minum air mineralnya itu.

"Ohh." Tulip mengangguk.

"Awak selalu datang sini ke?" Soal Tulip lagi. Banyak betul soalannya.

"Tak." Balas Ryan.

Tulip hanya mengangguk sebelum dia terus diam. Ryan mengerutkan dahinya. 'Diam pula?'

"Saya naik atas dulu lah, bye." Ujar Tulip sebelum dia melangkah masuk ke dalam lif.

Ryan hanya memerhati sebelum matanya memandang ke arah seorang lelaki yang berpakaian hoodie hitam di sebalik tembok.

Dia menjungkitkan kedua belah keningnya pada lelaki itu apabila lelaki itu melihat ke arahnya. 'Nak apa?'

Dia meneguk air mineralnya sehingga habis sebelum membuang botol itu di tong sampah. Ryan melangkah ke arah motornya sebelum dia naik ke atas motornya, helmet dipakai sebelum dia mengangkat jari tengah pada lelaki berhoodie tersebut.

Motor itu kemudiannya bergerak laju meninggalkan kawasan itu.

"Kau memang menyusahkan aku lah!" Marah Hanif yang memakai hoodie itu.

Tulip [OG]Where stories live. Discover now