Bab 11

19 4 0
                                        

"Tutu! Nak lunch sekali tak?" soal Julianna yang hanya merempuh masuk office Tulip seperti biasa.

"First, stop slamming at my door. Second, I already had plans." balas Tulip tanpa melihat ke arah Julianna. Dia ralit membuat kerja kertasnya yang sudah bertimbun.

"What? Tapi kau selalu makan dengan aku..." Julianna mencebik.

"Memang lah tapi..." Tulip berhenti sebelum dia teringat sesuatu.

"Kau nak ikut?" soal Tulip yang sudah bangun dari tempat duduknya dan sedsng mengemas meja.

"Hah? Aku?"

"Yelah, nak ke tak?"

"Tapi..." dia memang mahu ikut, tetapi rasa seperti menyibuk pula nanti.

"Aku baru teringat, kawan dia pun ada sekali." ujar Tulip.

"Kawan? Siapa dia? Lelaki ke? Kau keluar pergi dating ke?" serang Julianna dengan soalan, Tulip sudah menghela nafas.

"Jom jela." Tulip terus menarik tangan Julianna keluar menuju ke lif. Banyak mulut betul.

"Ehh, jangan tarik-tarik! Apa ingat aku lembu atuk kau ke?" seloroh Julianna sebelum dia dijeling tajam oleh Tulip.

Tulip menggelengkan kepalanya perlahan sambil masuk ke dalam lif, butang lif ditekan. Aku sumpah kau jadi lembu karang baru tahu.

"Ryan-" Andikka terkedu melihat Ryan yang hanya memakai baju t putih dengan seluar track.

"Hoi, kenapa kau pakai macam tu, hodoh gila!" Andikka memandang lelaki itu atas dan bawah. Biar betul budak ni.

"Atleast muka aku handsome." balas Ryan yang sedang menyikat rambutnya.

Andikka hanya menjeling. Hek eleh, kerek siot.

"Nasib baik kau memang handsome, kalau tak dah lama aku buang kau dekat tingkat tiga rumah kau ni."

Ryan tidak menghiraukannya sebelum dia pula yang terkedu melihat Andikka.

"Apa? Kenapa kau pandang aku macam tu?" Andikka mengerutkan keningnya, dah kenapa mamat ni. Handsome sangat ke aku?

"Tak ada, kau hodoh sangat sampai aku terkedu." bidas Ryan sebelum dia melangkah ke pintu hadapan rumahnya.

Andikka hanya merenung pemergian lelaki itu dengan tajam. Kalau bukan sebab kau bos aku memang dah lama aku sekeh kepala kau.

"Tengku, err..." terdiam pembantu rumah itu apabila melihat cara pemakaian Ryan. Tidak pernah dia seperti ini.

"What?"

"Err... ini kunci kereta Tengku.." pembantu itu menghulurkan kunci kereta Ferrari kepada lelaki itu. Tidak berani dia ingin bertanya tentang cara pakaian lelaki itu. Namun begitu masih terselah mukanya yang tampan.

"Nak aku tinggal ke?" Ryan memandang tajam Andikka yang hanya tercengak di hadapan pintu keretanya.

"Eh tak tak!" Andikka terus masuk ke dalam perut kereta.

LaFerrari yang berwarna merah cherry itu bergerak laju membelah jalan raya.

"Ada ke penganggur bawa sport car?" Andikka memandang Tengku Ryan dengan hairan. Dia tahu yang lelaki itu menipu untuk menjadi seorang penganggur, tapi... dah bawa kereta macam ni nak jadi penganggur apanya.

"Kenapa kau tipu dia?" soal Andikka.

"Tipu apa?" soal Tengku Ryan semula tanpa memandang ke arah lelaki itu.

"Mula-mula kau cakap kau kerja mekanik, lepastu kau kata kau pinjam motor kawan, and sekarang kau kata kau penganggur."

"Because, I like her attention." jujur lelaki itu dengan riak wajah yang sedikit bangga.

"Ewahh, suka hati kau je kan?" Andikka tidak percaya dengan apa yang dia sedang saksikan.

"Kalau sepupu kau tu tau memang habis lah." ujar Andikka lagi.

"Don't worry, even if I don't tell him, eventually he'll knows it by himself."

"Err... Ryan..?" Tulip memandang lelaki itu atas bawah. Kesian pula dia melihat pemakaian lelaki itu.

"Hi." ujar Ryan sepatah.

"Awak... awak kata awak penganggur?" soal Tulip, dia melihat bahawa lelaki itu membawa kereta yang mahal itu tadi.

"Memang pun... kenapa..? kau tak suka..? kalau kau tak suka..." Ryan menayangkan riak wajah yang sedih.

Andikka yang berada di sebelah sudah menayangkan wajah menyampah. Mula lah, mula.

"Ehh, tak tak, saya suka- eh! Err... maksud saya,  saya tak kisah tapi..."

"Tapi?" Ryan mengangkat sebelah keningnya.

"Tapi awak bawa kereta mahal tadi..."

Ryan menjeling tajam ke arah Andikka supaya membantu dia.

"Oh! Ha, kereta tu saya punya!" Andikka mula bersuara sebelum jelingan maut dari lelaki itu menerkamnya.

Ryan hanya mengangguk setuju dengan muka kesiannya.

"Kau kawan dia ke?" soal Tulip pada Andikka.

Andikka hanya mengangguk. Aih, dengan aku, ber aku kau pula.

"Oh, kalau macam tu jom pergi baju baru untuk awak." ujar Tulip membuatkan Ryan terkejut. Sudah lah banyak baju di rumahnya yang tak terpakai, inikan pula nak beli lagi baju.

"Okey..." Ryan hanya setuju.

"Err... Awak berdua nak naik kereta saya ke kereta..."

"Kereta dia je." kata Ryan sambil menunjuk ke arah Andikka. Walhal kereta itu milik dia sendiri.

"Oh, okey lah kalau macam tu-"

"Tutu!" Julianna yang baru sahaja lepas beli air kelapa itu memeluk lengan Tulip.

"Eh, kau ni pergi beli air kelapa ke pergi panjat pokok kelapa?" seloroh Tulip apabila gadis itu terlalu lama membeli air.

"Aku-" terus terhenti percakapan Julianna apabila dia melihat Andikka di hadapannya.

"Err.." Andikka pula hanya menggosok lehernya tanpa melihat ke arah gadis itu.

Tulip hanya memandang hairan ke arah mereka berdua manakala Ryan pula hanya menayangkan wajah tidak peduli.

"Kenapa?" soal Tulip pada sahabatnya.

"Tak ada apa, jom lah." Julianna terus menarik tangan Tulip menuju ke kereta.

"Ehh! Sabar lah!" Tulip yang ditariknya hanya akur sahaja.

"Is she the one?" soal Ryan sebelum Andikka hanya mengangguk.

"Come on." Ryan menepuk bahu lelaki itu sebelum dia melangkah ke arah keretanya tadi.

Andikka hanya memandang Julianna dari jauh sebelum dia mengekori Ryan dari belakang.

Tulip Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang