Bab 5- Rahsia

175 45 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Ibu, bila nak balik? Dah hampir dua minggu ni. Ibu kata seminggu je," omel Adelia di hujung talian. Seri menggeleng-gelengkan kepala lalu meletakkan telefon pintarnya di atas meja, menghalakan skrin padanya yang sedang memotong bawang agar Adelia bisa melihatnya.

"Ibu dengan Daddy lama sikit dekat sini. Ren kan tak sihat," balas Seri, dia memasukkan bawang ke dalam bekas dan mengeluarkan lobak merah dari dalam plastik. Walaupun ada pembantu, Seri lebih senang memasak sendiri. Seharian dia cuba memujuk Ren makan, namun anak tiri itu tetap menolak. Sehinggalah Ren memintanya membuat sup ayam, membuatkan Seri bersemangat untuk berjuang di dapur.

Melihat anak perempuannya dari balik layar menyenangkan hati Seri. Mujur saja keluarga Amelia sudi menumpangkan Adelia lebih lama. Boleh saja Adelia tinggal di rumah Mak Imah dan Pak Hassan, tapi Seri tidak mahu Adelia terasa bosan. Pasangan itu cuma tinggal berdua, anak-anak mereka pun sudah besar dan membawa haluan masing-masing.

"Abang Ren jatuh sakit? Kesiannya. Nanti say hai dekat dia untuk Adel."

"Pergilah DM dia sendiri. Ibu dah bagi Instagram dia kan?" Balas Seri sambil mengaduk sup dalam periuk. Adelia memutarkan bola mata.

"Dah DM tapi tak reply. Entah-entah dia pun tak ingat Adel. Tak nak lah, buat malu je."

Seri mengalihkan perhatian dari Adelia, melihat Ren berjalan menuju ke dapur bersama Hiro dalam gendongan. Lelaki itu terlihat suram, akhirnya dia menempatkan diri di bangku berhadapan dengan Seri.

"Ren nak makan?" tanya Seri, lelaki itu mengangguk perlahan. Matanya masih belum memandang Seri, hanya menatap Hiro yang nyenyak tidur kerana dibelai manja.

"Ibu tengah on call dengan Adelia. Ren nak bercakap dengan dia?"

Ren menggeleng. Sudah tiga hari dia membungkam diri dalam bilik dan tidak berinteraksi dengan sesiapa kecuali Seri. Itu pun hanya dengan anggukan dan gelengan.

"Sayang, nanti Ibu call balik. Ibu nak siapkan makanan untuk abang dulu."

"Okay Ibu, bye bye. Bye Abang Ren! Take care." ucap Adelia girang.

"Sekejap ya Ren. Sup atas dapur. Ibu nak goreng sayur sikit."

Ren sekali lagi mengangguk. Sesekali dia mengeluh, hanya merenung melihat kaunter dapur yang diperbuat daripada batu marmar. Rumah besar ini terasa kosong. Dia merindui Obasaan dan dia yakin Hiro juga merindui wanita itu.

"Ini Adelia."

Tiba-tiba Seri menghulurkan telefon pintarnya kepada Ren. Wajah sugul itu berpaling melihat Seri lalu matanya jatuh pada layar telefon. Tangan Ren menyambut huluran Seri lalu diamatinya benda nipis itu. Jelas terpampang satu akaun Instagram: @FlowerDelia_

Ren teringat mesej yang dia dapat semalam, masih belum dibalas. Biarkanlah dulu, Ren masih belum bersedia untuk berkomunikasi dengan sesiapa.

Ren mengamati akaun Instagram itu, ada beberapa gambar di skrin. Foto Adelia yang diambil dalam beberapa waktu berlainan, raut wajahnya terlihat bahagia. Tapi hampir separuh postingan itu hanya gambar makanan.

Ternyata CintaWhere stories live. Discover now