"Apakah Tuan yakin tidak mau kami ikut ke Malaysia?" Soalan Jake dibalas dengan gelengan.
Satu persatu baju yang dilipat dibawa masuk kedalam bagasi besar berwarna hitam. Tiket dan passport lengkap diselit didalam bag sandang miliknya.
"Tidak, aku masih perlukan kalian disini." Balasnya lalu bagasi tadi di zip sampai habis. Kepergiaan Ren akan menjadi satu titik penting dan kedua pengawalnya ini harus bersedia di Jepun untuk memerhati setiap tindak tanduk Sakura. Satu pun tidak boleh terlepas.
"Tapi kalau Tuan kenapa-napa di sana, bagaimana?" Aaron pula mencelah. Ren mencekak pinggang.
"Ikut sahaja arahan ku. Kalian terus disini menguruskan urusan Sakura. Tapi ingat pastikan tidak ada satu pun yang tahu hal ini. Setiap Gerakan harus dilaporkan kepadaku. Faham?"
"Baik Tuan!" Balas mereka serentak.
Perbualan itu dihentikan dengan bunyi ketukan pintu. Berdiri disitu, Aiko, si pembantu rumah dengan wajah tegang.
"Tuan, ada tetamu yang datang." Bagitahu perempuan itu.
"Siapa?"
"Miss Catherine."
Ren mendengus, sedikit terkejut dengan perkhabaran itu. Tidak sangka Catherine sanggup terbang sampai ke Jepun untuk menemuinya.
"Katakan aku tidak ada." Balas Ren lalu menurunkan bagasi dari katilnya.
"Miss Catherine bilang ini urusan penting." Wanita dalam pertengahan 30an itu tertunduk takut melihatkan wajah Ren yang masam mencuka. Lelaki itu mengerang sebal, tidak suka dengan kelakuan tiba-tiba Catherine.
"Ya sudah. Minta dia tunggu di ruang tamu, nanti aku susul."Balasnya .
"Jake, Aaron..." Ren mengidik dagu mengarahkan mereka keluar. Seperti faham isyarat itu, mereka membawa turun bag-bag kebawah untuk disimpan ke dalam kereta.
Lelaki itu melangkah tegak menuju ke tingkat bawah. Catherine yang sedang menghirup teh cepat-cepat meletakkan cawan itu kembali kedalam piring.
"Ren..." sapa Catherine yang tersenyum manis lalu berdiri saat melihat Ren berjalan perlahan kearahnya. Tanpa merespon, Ren menghenyakkan punggung diatas sofa sambil diikuti Catherine.
"Aku ingin cepat. Jadi, bilang apa yang kamu mahu?" Tanya Ren tegas. Senyuman Catherine tadi terhapus dari wajahnya kerana sikap Ren, seketika dia menjadi ralat.
"Aku mendengar khabar bahwa kau akan ke Malaysia?" Catherine mula bersuara. "Aku juga mendapat tahu bahwa kamu ingin meneruskan pertunangan ini. Aku cuba menghubungi mu tapi kamu tidak pernah menjawab. Jadi aku langsung kemari."
Ren melihat Catherine atas bawah, hampir setahun dia tidak bertemu perempuan itu dan masih saja dia terlihat sama. Cuma satu yang berbeza, Ren sudah tidak memandang Catherine dengan perasaan cinta. Rasanya total hilang.
YOU ARE READING
Ternyata Cinta
RomanceGenre: Mellodrama, slow burn For Mature readers (18+) Cerita ini 100% imaginasi penulis dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. Jika ada, itu hanya lah satu kebetulan. "Siapa nama kamu?" "Bunga Adelia. Abang?" "Namaku Ren." P...