"Bagaimana dia bisa melarikan diri? Kau cari dia sampai dapat, Malik! Cari sebelum Sakura sendiri yang menemuinya!"
Ren menyerahkan passport kepada pegawai Imigresen, bag yang disandang sesekali ditarik dan diramas cemas. Dia membetulkan topi yang menyembunyikan wajahnya dari perhatian awam. sekali-sekala dia melirik ke belakang, takut-takut kalau ada di antara orang Boris yang cuba mengejarnya lagi.
"Take off your cap." pinta pegawai itu. Dengan terpaksa Ren membuka topinya, sebuah prosedur untuk proses pengecaman wajah. Lelaki beruniform itu kemudiannya mengangguk lalu menyerahkan semula passport kepada Ren.
"Enjoy your stay." tambah pegawai itu lagi. Ren menguntumkan senyuman manis, ucapan itu menghangatkan hatinya yang gundah.
Mana tidaknya, tiga bulan hidup didalam hospital bagaikan penjara. Semua perhubungan dengan dunia luar dihadkan. Dia yang gila menjadi semakin gila. Dipaksa makan ubat dan tinggal di hospital, kalau tidak kerana perancangan rapi Aaron dan Jake yang membawanya keluar, pasti lama lagi dia di dalam. Tidak dilupakan pertolongan Seri yang cuba mengalihkan perhatian Boris.
"Ibu percayakan Ren untuk jaga Adelia. Please jaga diri. Sampai masa nanti Ibu akan jelaskan semuanya." itu kalimat terakhir Seri sebelum Ren melarikan diri. Satu persoalan baru muncul. Apa yang dimaksudkan dengan 'jelaskan semuanya'? belum sempat Ren bertanya, Jake sudah pun membawa dia pergi.
Malam itu Jake membawa Ren kesatu rumah kosong yang jauh dari ibu kota. Selepas tiga bulan merancang untuk membawa Ren keluar, rancangan itu akhirnya berhasil. Ren menyambut passport dan bag galas hitam yang dihulurkan Jake.
"Kamu sudah temui tempat tinggalnya?" soal Ren, tiket penerbangan ke London diselit masuk kedalam bag. Misinya hanya satu, membawa Adelia lari jauh dari mereka .
"Sudah, Tuan. Kami sudah mendapatkan informasinya dan Aaron akan menunggu Tuan di sana. Yang perlu Tuan lakukan hanyalah meminta Nona Adelia untuk ikut bersama. Jangan khawatir, kami akan tetap bersama dengan Tuan." balas Jake yang dibalas dengan anggukan Ren. Yakin dengan anak buahnya yang sentiasa memastikan dirinya selamat.
Lapangan Terbang Heathrow kelihatan sibuk seperti yang dijangka. Langkah kaki Ren tegak keluar dari balai ketibaan, matanya melilau mencari kelibat Aaron. Akhirnya mata coklat itu tertancap kepada seorang lelaki yang berpakaian serba hitam yang sedang berjalan tegak kearahnya.
"Tuan," sapa Aaron tegas. Ren tersenyum nipis sebelum menyerahkan bag galas kepada pembantunya.
"Ayuh, kita tidak punya banyak masa."
Aaron hanya mengangguk faham dengan arahan yang diberikan. Mereka berjalan beriringan menujuk kesebuah kereta lalu Aaron mengemudi kenderaan itu menuju ke destinasi yang telah ditetapkan.
Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam saat mereka tiba di destinasi. Rumah yang didiami keluarga Mikhail kelihatan gelap sepertinya tiada penghuni.
"Apa benar Adelia menetap disini?" tanya Ren meminta kepastian.
YOU ARE READING
Ternyata Cinta
RomanceGenre: Mellodrama, slow burn For Mature readers (18+) Cerita ini 100% imaginasi penulis dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. Jika ada, itu hanya lah satu kebetulan. "Siapa nama kamu?" "Bunga Adelia. Abang?" "Namaku Ren." P...