"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Adelia. Happy birthday to you."
Suara mereka bergabung menyanyikan lagu hari jadi buat Adelia. Bukan hanya keluarga Gajendra namun pelayan di restoran itu juga turut serta meraikan perayaan itu. Kek red velvet berbentuk bulat berukuran enam inci itu diletakkan dihadapan Adelia. Matanya bersinar menatap lilin yang bercahaya dengan senyuman lebar terukir menampakkan sepasang lesung pipit yang indah.
"Terima kasih Ibu, terima kasih Daddy!" Ucap Adelia riang, ditatap wajah kedua orang tuanya bersilih ganti. Dia kemudian memalingkan perhatian kepada lelaki yang tersenyum senang padanya.
"Terima kasih." katanya lagi, kali ini dengan perlahan. Senyuman riang itu bertukar menjadi senyuman penuh makna. Ini kali pertama dia menyambut hari jadi bersama seseorang yang bergelar kekasih. Kekasih hati Adelia.
"Sama-sama." Ren mengerakkan bibir tanpa mengeluarkan suara.
"Cepat tiup!" desak Seri yang sudah tidak sabar untuk merakam momen ini didalam telefon bimbitnya. Tanpa ditunggu, Adelia terus meniup lilin tersebut.
"You forgot to make a wish." Celah Ren.
"I already did."
Ren mengangkat satu kening melihat Adelia tertawa kening. Agak-agak apa lah yang di doakan oleh Adelia.
Malam itu dipenuhi dengan senda gurau dan tawa. Boris senang menerima kehadiran Ren, perbualannya dua beranak itu mengalir bagaikan air. Walaupun Ren tidak membesar bersama Boris tapi hubungan mereka lebih baik berbanding dengan hubungan Ren dan Sakura.
Saat Boris mendapat perkhabaran bahawa Ren akan menetap di Malaysia, dia merasa senang, dari dulu Boris mahu membawa anak lelaki itu untuk tinggal bersamanya di Malaysia tapi perjanjian dengan Sakura menjadi perangkap. Gara-gara harta, Sakura memberinya kata dua, ambil harta itu tetapi harus serahkan Ren kepada Sakura secara total. Oleh disebabkan kasihan terhadap Sakura yang dibuang bapanya sendiri, Boris mengalah untuk hak penjagaan anak.
Tetap saja Boris ralat dengan cara Sakura, menjebak Ren kedalam bisnes gelapnya. Untung saja anak nya ini membesar bersama Nyonya Mayumi, kalau tidak... Membayangkan Ren menjadi manusia jahil itu tidak pernah ada dalam otak Boris. Sebagai pewaris tunggal Gajendra, Ren harus meninggalkan bayang-bayang Sakura, tidak baik untuk reputasinya kelak.
"Result SPM lagi dua bulan, kamu sudah bersedia?" tanya Boris kepada Adelia. Ren menjeling Adelia sambil mengunyah makanan. Mengetahui rancangan itu menyebabkan dia sukar melepaskan Adelia pergi. Pengalaman bersama Catherine membuatkan dia trauma tapi tentu saja Ren tidak akan menghalang. Gadis itu bijak, pasti sia-sia kalau dihentikan. Jika perlu, dia sanggup menyusul. Tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama.
Adelia menjeling kearah Ren yang terlihat tenang, Adelia tahu soal ini akan menjadi rumit buat mereka, lebih-lebih lagi jika pilihan pertama Adelia adalah universiti luar negara.
YOU ARE READING
Ternyata Cinta
RomanceGenre: Mellodrama, slow burn For Mature readers (18+) Cerita ini 100% imaginasi penulis dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. Jika ada, itu hanya lah satu kebetulan. "Siapa nama kamu?" "Bunga Adelia. Abang?" "Namaku Ren." P...