Bab 19 - Interlude

123 21 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Indonesia? Sebulan? Serius lah?" soalan itu berulang kali ditanya untuk mendapat jawapan yang tepat dan jawapannya masih tetap sama, tidak ada yang berubah.

Ya, Indonesia. Ya, sebulan. Ya, Serius.

Ren mengangguk tanpa memandang Adelia. Tangannya tidak berhenti bekerja, setiap helaian baju yang sudah dilipat dimasukkan kedalam bagasi. Adelia yang berdiri bercekak pinggang hanya memerhati lelaki itu dengan panas hati. Sekarang cuba fikir, Ren baru datang ke Malaysia, tup tup tak sampai sebulan harus bekerja di luar negeri. Permainan apakah ini?

"Tahu tak, by the time you balik nanti result SPM dah keluar?"

"Tahu sayang..."

"Dah tu?" suara Adelia naik satu lagi nada. Itu pun sudah sehabis baik dia mengecilkan suaranya, ditekan-tekan supaya tidak didengari oleh Ibu dan Daddy. Mujur rumah ini di desain 3 tingkat. Kalau satu? Alamatnya 40 deretan rumah boleh dengar Adelia membebel.

Sejak-sejak bercinta, emosi Adelia senang naik dan turun, ada saja yang tidak kena. Hormon stress tak segan memancut-mancut tapi mujur saja lelaki dihadapannya ini seorang yang penyabar. Cuba bayangkan kalau Ren juga sama naik, perang dunia ketiga, perang saudara, dan perang dingin akan tercetus.

She's mad and she isn't playing.

Macam mana Adelia tak marah? Esok nak terbang, malam ini baru bagitahu. Bayangkan seharian Adelia menanti kepulangan Ren, sudah bersedia nak bercerita tentang harinya, nak beritahu Ren tentang kerinduannya, hujung-hujung lelaki itu cakap "I need to go to Indonesia tomorrow."

Are you kidding me? Where is this coming from?

"Daddy dah tak ada orang lain ke nak hantar? Punya lah banyak pekerja tapi last-last Ren yang kena?" Adelai mengomel, masih belum berpuas hati. Bertambah sakit hati apabila melihat reaksi Ren yang tenang tak terkutik. Langsung. Adelia lagi rela Ren sama naik angin dengannya. Kalau boleh bergaduh kenapa harus bertenang?

"Ya Sayang. Aku ada kerja yang harus diuruskan secepatnya. Aku harus memberi perhatian disana. Aku bakal ganti Daddy menguruskan proyek disitu." Dan hanya Ren dan Daddy tahu, ini bukan urusan Spectra Holdings secara keseluruhan. Dia harus bertemu Jonathan secepatnya kalau tidak, susah dia nak menghalang Sakura nanti.

Adelia mengeluh sebal, melilit tangan pada dadanya. Membuang muka jauh, wajah Ren terlalu jelek untuk dipandang.

"Jangan marah-marah." Ujar Ren, beg kecil berwarna hitam yang berisi alatan mandian pula dimasukan. Tidak banyak barang harus dibawa, rumah keluarga di Indonesia masih terbuka untuknya. Entah berapa juta kali Adelia merengus, sampai naik pekak Ren dibuatnya. Suhu bilik yang sejuk tiba-tiba menjadi hangat, yang jelas aura Adelia kini bagaikan dikelilingi api.

"Kenapa tak pergi terus setahun ataupun tak payah balik? Kan senang?" Adelia mengejek. Ren berpaling menatap Adelia, wajahnya berkerut, sejak bila lidah Adelia begitu berbisa. Lelaki itu menaikkan kening. Menatap muka cantik yang kini diganti dengan wajah bengis. Lagi bengis berbanding medusa.

Ternyata CintaWhere stories live. Discover now