Lelaki itu meneliti satu persatu kepingan foto berukuran A4 di tangannya, dahinya berkerut-kerut. Di dalam foto-foto itu, ada dua orang yang sangat dia kenali, berciuman dan tersenyum bahagia seolah-olah hidup dalam dunia mereka sendiri. Rahangnya diketap, rasa marah dan muak menyelinap masuk ke dalam hatinya. Ingin saja dia melempar gambar-gambar itu kepada sang penghantar yang duduk tenang di hadapannya.
Dia menarik nafas, cuba meredakan api kemarahan. Rasa amarah itu di buang sekali dengan nafas yang dihela. Kedut di dahinya melentur, hanya tertinggal garis usia.
"Jadi, kau mahu aku pisahkan mereka?" tanyanya kepada lelaki asing itu. Soalan itu hanya sebagai pelengkap bicara sedangkan dia lebih tahu apa yang harus dilakukan. Satu keping gambar menarik perhatiannya; terlihat si perempuan tersenyum riang sementara si lelaki mencium pipinya dari belakang. Gambar itu direnyuk dengan penuh amarah. Kemudian dia menghela nafas berat, otaknya berperang dengan hati.
Kalau ikut hati, jawapannya mati.
"Baik, aku akan memisahkan mereka, tapi dengan syarat. Berhenti mengganggu mereka. Berhenti mengganggu kami. Katakan pada Sakura, silakan berpegang pada janji."
*****
Tangan berurat itu menarik bidai, membiarkan cahaya matahari masuk menyentuh wajahnya. Matanya terpejam saat nafas ditarik, merasai setiap nikmat yang diberikan. Oksigen segar naik ke kepala, menjadikan penglihatannya semakin jelas. Lalu pandangan itu beralih melihat bangunan lima tingkat di depannya, kolam renang, pokok-pokok palma melambai, dan manusia-manusia yang berlari di atas trek, ditambah pula dengan warna langit yang cerah dan angin yang bertiup lembut.
Syrus Haven, what a view.
"Lho itu yang goblok!"
Dia berdecit kesal. Kenikmatannya terhenti saat telinganya menangkap bunyi orang bertengkar dari ruang tamu. Dia menoleh, memincingkan mata menghadap pintu dengan dahi berkerut. Suara-suara yang dia kenali dan ingin sekali dia usir.
"Apa lagi mereka lakukan?" gumamnya sendirian. Ada saja orang-orang itu mahu mengganggu paginya. Telefon berbunyi membuat dia berbalik badan, marahnya mendadak reda. Senyuman ditarik sewaktu telefon bimbit dicapai, satu panggilan video dari cinta hati. Laju butang hijau dislid ke tepi.
"Good morning, my most beloved human on earth. Baru bangun? Muah! Muah!" Muka Adelia memenuhi layar, kamera telefonnya dicium berkali-kali membuat Ren membalas dengan serupa.
"Good morning, my most beloved human on earth, universe, and hereafter. What is life without you?"
"Wow, extra." Adelia terkikih geli. "Happy second anniversary!" jeritnya teruja.
"Happy 20th Birthday, Baby, can't wait to see you tonight."
Adelia menegakkan telefon lalu berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. "Are you ready for work?"
YOU ARE READING
Ternyata Cinta
RomanceGenre: Mellodrama, slow burn For Mature readers (18+) Cerita ini 100% imaginasi penulis dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. Jika ada, itu hanya lah satu kebetulan. "Siapa nama kamu?" "Bunga Adelia. Abang?" "Namaku Ren." P...