Bab 8- Denial

161 41 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Adelia mengigit bibir teringat kata-kata Ren siang tadi.

"Aku mahu kamu. Boleh?"

Cepat-cepat dia menggelengkan kepala, menyingkirkan ingatan nakalnya kepada lelaki itu. Tak, ini salah. Sebaiknya dia memberi jarak antara mereka. Kalau Ibu dan Daddy dapat tahu, teruk Adelia nanti.

Tapi dari nada lelaki itu, dia sepertinya tidak serius. Hanya sengaja bermain-main dengan perasaan Adelia. Adelia menahan gelojak jiwanya, dia mengenggam tangannya kuat. Cuba berkompromi dengan mindanya sendiri. Ren itu cuma abang tiri. Tiada pertalian darah. Agama dan bangsa juga lain, mereka tidak pernah membesar bersama, jumpa pun hanya sekali itupun sewaktu di pesta pernikahan Ibubapa. Jadi apa yang salah?

Tentu saja salah. Daddy sudah membesarkan Adelia dari kecil. Bukan kah bodoh jika dia mengkhianati tangan yang memberi dia makan? Apa dia mahu Daddy mati terkejut?

Adelia melepaskan nafas berat. Panggilan siang tadi terus ditamatkan tanpa Adelia mahu membahasnya dengan lebih lanjut. Dibiarkan benda nipis itu menjerit minta diangkat namun Adelia hanya memandangnya sepi.

Dadanya terasa ketat. Mindanya berserabut.

"Adel!"

Sontak Adelia berpaling saat namanya dipanggil. Terlihat Kak Ya sedang berdiri dihadapan pintu dengan wajah bingung.

"Adelia okay tak? Dari tadi akak pangggil tengok kamu ralit sangat termenung."

Adelia memaksakan senyum cuba menyorok dari jiwanya yang berkecamuk.

"Ya, Kak. Sorry. Adel rasa tak sedap badan." Mendengarkan itu Kak ya terus berjalan mendaptkan Adelia yang sedang berbaring diatas katil. Wajahnya terlihat risau, terus diltekup tangannya pada dahi Adelia. Tangan itu ditekup berulang kali, cuba merasakan haba panas dari badan gadis itu.

"Hmm... tak panas pun." Balas Kak Ya curiga. Adelia tersengih melihat kelakuan dungu Kak Ya.

"Akak, Adel bukan demam. Adel rasa tak sedap badan, sakit perut." Dalihnya.

Kak Ya menepuk dahi, kedua mereka ketawa geli. Kak Ya menggeleng-geleng kepala dengan kebodohan sendiri.

"Hahaha, betul juga tu. Nanti Kak Ya ambil kan ubat tapi mari turun makan dulu. Mak Imah dah masak untuk makan malam." Kak Ya tersenyum "Dah nak dekat pukul 7, Ibu dengan Daddy pun dah on the way balik." Tambahnya sambil mengusap kepala Adelia.

Gadis itu ditatap penuh prihatin. Usia Kak Ya dan Adelia hanya berjarak 10 tahun, gadis muda itu sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Hidayah atau senang disapa Kak Ya itu datang jauh dari kampung, sudah berkahwin namun belum dikurniakan anak. Kak Ya yang merupakan anak saudara Pak Hassan kebetulan mencari kerja pada ketika itu, dibawa masuk kedalam Keluarga Gajendra sebagai pembantu untuk menolong Mak Imah sejak 6 tahun lepas.

Ternyata CintaWhere stories live. Discover now