Bab 10 - Janji

163 39 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Argh!" Lelaki itu jatuh melutut, dengan wajahnya yang berantakan dan berdarah-darah. Dia meludah air liur yang bercampur darah ke lantai. Wanita yang berdiri dihadapannya hanya melihat dia dengan dingin. Tidak langsung rasa kasihan lelaki itu. Lelaki itu bangkit berdiri, kalau dulu dia berharap mereka terus menamatkan nyawanya tapi kali ini tidak.

Dia punya alasan untuk terus berdiri.

Wanita dingin itu menampar pipi Ren "Anak tidak guna!" rokok di bibir merah itu kini dikepit diantara dua jari. Wajah jelita itu kelihatan persis seperti Medusa. Cantik dan menakutkan.

Ren hanya tersenyum sinis, langsung tidak kisah ditampar dihadapan orang-orang Sakura.

"Kalau aku tidak ada perancangan buat mu, sudah lama aku bunuh!" Ren langsung tidak merasa gentar malahan suara itu kedengaran lucu.

Jake dan Aaron berdiri tidak terkutik dan hanya menunduk. Rasa bersalah menjalar dihati mereka. Ini bukan kali pertama mereka menyaksikan Ren dipukul oleh anjing-anjing Sakura dan setiap kali itu juga mereka tidak berdaya untuk menolong. Ren selalu berpesan untuk jangan ikut campur kalau tidak mahu nyawa mereka melayang.

"Sudah Sakura. Itu anak mu." Kedengaran suara Genji dari belakang. Orang kanan Sakura ini satu-satunya orang yang tidak takut membantah. Sakura berpaling, menatap Genji dengan marah.

"Kau juga mahu membantah ku!?" Tempik wanita gila itu lagi.

"Mana mungkin. Mana aku berani membantah mu tapi jangan diikutkan hati. Kau tahu bahwa aku benar." Balas Genji bersahaja lalu dia duduk diatas sofa sambil menyilang kaki. Genji mengisyaratkan orang-orang Sakura untuk keluar. Ini perbincangan keluarga yang tidak harus didengari orang lain.

Ren melirik kearah Genji yang duduk tidak jauh daripadanya, Genji mendengus. Setiap kali Ren diseksa Ibunya, Genji akan datang memujuk Sakura dengan caranya tersendiri Kadangkala dia sendiri naik bosan dengan baran wanita itu.

"Disebabkan kesalahan bodoh mu, Toji-san lari. Jangan sampai orang-orang ku menemuinya atau dia bakalan mati. Dan itu kesalahan mu." Gertak Sakura lagi.

Ren mengeluh. Dia tidak peduli siapa yang akan mati sekarang, yang pasti bukan dirinya. Sesiapa juga akan lari untuk menyelamatkan diri, termasuk dirinya. Otaknya hanya memikirkan Adelia. Sebuah alasan untuk tetap berjuang.

"Kalau kau tidak betah disini, kau bisa memilih untuk bernikah dengan Catherine." Ucap wanita itu dingin. Jadi ini alasannya sering menyeksa Ren, untuk membuat lelaki itu memilih Catherine.

Ren berfikir sejenak. Idea berkahwin dengan Catherine sekarang tidak kedengaran buruk malahan akan menyelamatkan dirinya. Mungkin ini akan menyelamtkan dirinya. Bahkan dia tidak perlu lagi membuat kerja kotor Sakura.

"Benar Ren, kalau aku jadi kau, aku nikah sama Catherine. Cantik, sopan, dari keluarga terhormat. Aku juga dengar dia mencintai kau. Sepatunya kau ikut saja." Genji menyampuk sambil memetik api membakar rokok dibibirnya.

Ternyata CintaWhere stories live. Discover now