BAB 1

18K 104 1
                                    

"Perkahwinan kita hanya satu aturan, aturan antara dua buah keluarga yang mendesak supaya kita bersatu," Tengku Maleeq bersuara tegas. Nada suaranya begitu dingin, sedingin salju dan riak wajahnya membeku seperti ketulan iceberg. Tatapan kosong dilemparkan pada gadis cantik manis berbaju kurung moden warna putih dihadapannya.

Cantik tetapi tidak mampu menggetarkan jiwanya.

Si gadis turut membalas tatapan itu juga dengan tatapan kosong.

Kacak, tapi sayang angkuh.

"Cukup masa, kita akan buat haluan masing-masing." Kata Maleeq lagi.

"Faham." Hanya sepatah dibalas oleh Amara. Dia tidak berminat untuk tahu lebih lanjut. Dia juga tidak mengharapkan apa-apa yang penting dia sudah melaksanakan apa yang papa dan mama minta. Apa yang penting, harta milik datuknya sudah jatuh ketangan dia saat dia bergelar isteri Tengku Maleeq, seorang lelaki hebat yang berjaya menjadi bualan didalam dunia fesyen diserata pelosok dunia. Siapa sahaja yang tidak kenal Tengku Maleeq, pereka fesyen pakaian yang terkemuka di Malaysia. Butik pakaian miliknya sahaja sudah ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

"Aku dah ada kekasih. Dan aku tak akan jatuh cinta pada kau. Aku juga tak nak kau jatuh cinta pada aku," kata Tengku Maleeq lagi.

Pandangan Amara masih sama, tidak beriak. Kosong.

"I won't and it will never be," balas Amara.

"Esok kau ikut aku balik rumah aku. Kita akan tinggal disana sepanjang perkahwinan ini masih terikat."

"Can we stay separately? I have my own house,"

Dia mencuba nasib. She need her space alone too.

"No. Aku tak nak ambil apa-apa risiko. Ungku Khaleeda will check on us all the time, so just bear with it,"

Amara mengeluh, akhirnya dia anggukkan kepalanya tanda setuju. Akur pada permintaan 'suaminya' yang dia sendiri tidak tahu betul atau tidak.

"Is there anything else you want to say? Because I am tired. Saya nak rehat,"

Maleeq terpempan dengan kata-kata dingin daripada Amara. Wajah gadis itu langsung tidak beriak apa-apa.

"Jangan jatuh cinta dengan aku," pesan Tengku Maleeq lagi. Amara hanya menjatuhkan kepala lagi, tanda faham. Tidak perlu dia berbahas tentang ini. Dia sudah maklum tentang suaminya yang mempunyai kekasih hati. Dia juga tiada niat untuk jatuh cinta pada Tengku Maleeq kerana lelaki bongkak seperti itu bukan citarasanya.

Dia hanya menurut kata keluarga untuk berkahwin, tidak menolak tidak juga meminta. Biarlah masa yang jadi penentu.

Maleeq merenung tajam kearah susuk tubuh Amara yang sedang berjalan kearah meja solek.

Mereka saling kenal. Tidak rapat namun mereka kenal sejak kecil. Ibu bapa mereka berteman baik.

Tudung yang membalut kepala Amara lepaskan. Rimas seharian bertudung untuk majlis akad nikah. Tidak dia hiraukan sorotan tajam daripada Maleeq, rambut yang separas pinggang dia biarkan mengurai jatuh. Dia menyikat rambutnya dengan jari sebelum menyebak rambutnya kedepan.

"Tolong saya bukakan zip baju. Ketat dan susah nak tarik,"

Permintaan bersahaja Amara membuatkan mata Tengku Maleeq membulat. Selambanya!

Tidak menolak, kaki Tengku Maleeq melangkah mendekati Amara.

"What you trying to do? Seduce me?" soal Tengku Maleeq, masih dengan nada bekunya.

Amara menjulingkan bola matanya keatas. Menyampahnya!

"What for? Ingat saya ni kebulur sangat nak jatuh cinta dengan awak?"

Sedas! Padan muka Tengku Maleeq.

Maleeq berdeham. Dia termalu sendiri namun kaki tetap juga melangkah mendekati Amara dan jarinya mula menarik turun zip baju Amara sehingga mendedahkan belakang tubuh Amara. Tengku Maleeq menelan liur. Putih gebu. Mujur tubuh itu masih berbalut singlet didalamnya. Yang terdedah cumalah bahagian bahunya sahaja.

"Thanks," ucap Amara.

"My pleasure." Balas Tengku Maleeq.

Terbuntang mata Tengku Maleeq saat Amara dengan selambanya melepaskan pakaian dihadapannya. Amara sepertinya langsung tiada perasaan janggal atau takut-takut dengan dia. Segera Maleeq memalingkan tubuh dan bergerak kearah katil. Tangannya naik memicit pelipis.

Amara nak goda aku ke? Detik hatinya.

Mendengar bunyi pintu bilik air dibuka, Tengku Maleeq menghela nafas lega.

Lebih baik dia tidur sebelum Amara keluar daripada bilik air. Entah apa pula yang akan dihidangkan oleh Amara nanti.

Amara mencebikkan bibirnya setelah melihat Tengku Maleeq sudahpun lena diatas katil. Penat sangatlah tu!

Amara menyarungkan persalinan tidur yang biasa dipakainya dibilik. Short pants paras peha dan singlet tanpa memakai bra. Dia tidak kisah Maleeq ada atau tidak, lagipun Maleeq kan tidak suka pada dia. Jadi, tiada isu kan?

Setelah mengeringkan rambut, Amara turut merebahkan diri kekatil, melepaskan lelah yang berbaring disebelah Maleeq yang sudahpun dibuai mimpi yang entah indah atau tidak.

"Hmm Mira... You dah siap mandi ke sayang?" gumam Maleeq dengan mata yang masih terpejam rapat. Amara kaku seketika saat Maleeq merangkul tubuhnya erat, menarik dia rapat kedada lelaki itu dan satu ciuman ringkas berlabuh didahinya.

Pap!

Dia menampar kuat dada Maleeq sehingga lelaki itu terjaga.

"Saya Amara! Bukan Mira."

Maleeq tercengang. Dia kedipkan matanya berkali-kali. Dia bangun terduduk dikatil. Belakang tubuh disandar pada kepala katil.

Berderau darahnya melihat pakaian ditubuh Amara saat dia menoleh kearah gadis itu yang sedang berbaring disebelahnya. Seksi dan menggiurkan.

Maleeq menelan liur.

"Baju apa yang kau pakai ni? Tak ada yang sopan ke?" Soalnya geram.

"Baju tidur Maleeq! Awak jangan nak kolot sangat boleh tak? Tidurlah... Saya banyak kerja lagi esok,"

Seraya itu Amara menarik duvet tebal itu hingga menutupi tubuhnya, meninggalkan hanya kepalanya sahaja. Tidak memperdulikan Maleeq yang masih tercengang.

Maleeq merengus kasar. Dia mengambil bantal dan terus turun dari katil. Dia lelaki! Amara patut berjaga-jaga dengan dia.

Badannya direbahkan kasar pada sofa yang berada dipenjuru bilik. Untuk malam ini sahaja. Esok mereka akan balik kerumah dia, dan Amara tidak lagi akan tidur sebilik dengannya. Itu tekadnya. 

UNRECOGNIZED WIFE (18+) - EBOOKWhere stories live. Discover now