BAB 2

13.3K 87 2
                                    

"This is my room and that is yours. So make yourself feel at home,"

Maleeq menunjukkan kearah dua pintu bilik yang masih terkatup rapat. Sebelah kiri merupakan bilik tidurnya dan sebelah kanan merupakan bilik untuk Amara.

"Aku hanya masukkan perabot yang basic sahaja, if you need to change anything let me know. I'll buy it,"

"Nah, thanks but no thanks. I can buy it on my own,"

Maleeq mendengus kasar mendengar jawapan Amara. Isterinya bagai memperlekehkan dirinya. Tahulah kaya!

"Saya masuk bilik dulu,"

Tidak menunggu balasan Maleeq, Amara terlebih dahulu memboloskan diri kedalam bilik tidurnya. Bukan dia tidak perasan yang mata helang itu menikam tubuhnya tajam, namun tetap saja dia buat tidak endah. Pedulilah dia terasa atau tidak. None of her business.

Maleeq memerhatikan lagak bersahaja Amara dengan ekor matanya. Gadis itu sepertinya sedang mencabar egonya. Dia juga terus berlalu masuk kedalam biliknya. Sebentar lagi dia perlu keluar berjumpa dengan buah hatinya.

Bagasi bersaiz besar miliknya diletakkan ditepi terlebih dahulu. Mata bundar Amara meliar meneroka sekeliling ruang kamar yang sederhana besar itu.

"Hmm... Not bad," komen Amara.

Katil bersize queen, set meja solek dan almari pakaian sudah tersedia didalam bilik itu.

"Cukuplah ini, bukan aku nak tinggal selama-lamanya pun kat sini," kata Amara lagi. Bilik itu jujurnya amatlah kecil jika hendak dibandingkan dengan bilik tidur dirumahnya orang tuanya.

Amara merebahkan diri kekatil empuk itu.

Apalah nasib pada hari-hari mendatang?

Lagi dua hari majlis resepsi akan berlangsung. Penat!

Amara merenung syiling. Perbualan dia antara sepupu merangkap teman baiknya masih lagi terngiang-ngiang ditelinganya. Sewaktu itu Amara sedang disiapkan oleh Mak Andam untuk majlis akad nikah.

"Handsome gila suami kau..." Kamila mula mengeletis seperti beluncas. Ditepuk-tepuk bahu Amara yang sedang duduk dikerusi. Amara ketika itu sedang didandan oleh Mak Andam.

"Nyah! Janganlah tepuk bride. I nak betulkan tudung dia ni," suara kepit Mak Andam itu membuatkan Amara mengetap bibir, tidak mahu melepaskan tawanya bimbang jika dia akan membuatkan Mak Andam tersebut terasa hati.

"Ala.. Sorry-sorry Mak. I excited Makkk... Handsome nokk laki dia ni," balas Kamila juga didalam slang mak-nyah yang dibuat-buat olehnya.

Geleng kepala Amara dengan gelagat sepupunya itu. Nampaknya pihak lelaki dah sampai.

"Mana gambarnya? Tunjuklah sikit,"

Tidak cakap banyak, Kamila sudah menyuakan telefon bimbitnya kepada Mak Andam tersebut.

Eh! Menyempat pula dia mengambil gambar.

"Nyah!!!" Nyaring teriakan Mak Andam itu singgah ditelinga Amara.

"Handsome siot Nyah! Bergetar habis ovari mak!"

Amara dan Kamila sudah tergelak besar melihat Mak Andam itu mengedik. Sejak bila entah dia ada ovari.

"Kalau Mak jadi kau nyah, confirm malam ni mak tak lepas. Mak nak henjut puas-puas. Nak tidur pun biar duk berendam je kat dalam," ujar Mak Andam itu, tangannya masih duk membelek gambar Maleeq ditelefon pintar milik Kamila. Entah apa yang dibuat, zoom in zoom out.

"Tengok ni Nyah! Besar! Mak confirm besar." Disuakan pula gambar yang telah di 'zoom in' pada bahagian tengah kelangkang itu pada Amara namun cepat sahaja ditutup oleh tangan Kamila.

"Mak! Tak senonohlah kau. Amara ni anak dara lagi tau. Jangan tunjuk yang bukan-bukan,"

"Eh ala sorry-sorry. Mak excited nyah."

Tergelak besar mereka bertiga disitu. Haish, handsome sangat ke Maleeq tu?

Amara rasa biasa-biasa sahaja. Dia pernah berjumpa dengan lelaki yang lebih tampan daripada Maleeq. Maleeq memang ada auranya yang tersendiri, tetapi entah kenapa, aura itu masih tidak cukup untuk membuatkan Amara tertarik padanya.

"Ara, kau dah ready nak jadi isteri orang?"

Amara mendongakkan sedikit wajahnya. Memandang Kamila yang berada dihadapannya dengan penuh tanda tanya.

"Kenapa soalan kau random sangat ni?" Amara melepaskan tawa kecil. Tidak kelihatan cukup bersediakah dia? Pagi ini sahaja daripada selepas subuh lagi dia ditata rias oleh Mak Andam bagi majlis akad nikah yang akan berlangsung pada jam 10 pagi nanti. Sejak dua minggu sebelum itu juga dia sering dipaksa oleh mamanya untuk ke spa.

Tidak cukupkah persediaan itu?

"Ara... aku serius ni,"

"Ya. Aku pun serius. Aku lebih daripada bersedia ni," balas Amara. Satu senyuman manis dilemparkan pada Kamila.

"Kau tahu apa nak buat malam pertama?" Tanya Kamila. Keningnya terjungkit-jungkit dan senyum nakal terhias dibibirnya.

Amara hanya membalas dengan jelingan tajam. Dia bukanlah sesuci itu untuk tidak tahu apa yang akan terjadi pada pasangan yang berkahwin.

"Kau ni fikir tang situ je. Banyak benda lain lagi kau patut fikir dan nasihatkan aku ni,"

Amara mencebik bibir.

Otak kuning betul!

"Sex is important too! Kau kena tambat hati suami kau dengan dua benda je. Satu perut dia, another one is ehem-ehem dia. Confirm melekat habis!"

Amara membuat muka toya. Apa bendalah otak dia ni.

"Lepas tu, jangan garang-garang sangat. Baran kau tu simpan sikit,"

Amara memicingkan matanya.

"Aku bukan garang. I'm just protecting myself daripada ditindas orang. That is two different things tau,"

"Samalah tu. Tetap garang juga macam harimau lapar."

"Diamlah. Aku nak bersiap ni,"

Kamila mencebikkan bibirnya pada Amara. Dia tahu gadis itu sengaja tidak mahu melayannya.

"Aku ada belikan sesuatu untuk kau. Boleh pakai untuk malam pertama,"

Pap!

Amara melemparkan berus makeup yang sempat dicapainya pada Kamila.

Erghh menyampahnya! Kamila pula ketawa terbahak-bahak dengan reaksi Amara. Seronok juga dapat kenakan Amara.

Amara menyimpulkan senyuman. Terasa geli hati dengan sepupunya itu. Teringat akan hadiah yang dimaksudkan oleh Kamila, bingkas Amara bangun dan mencapai bagasinya dan mengeluarkan bungkusan hadiah itu.

Hanya hadiah daripada Kamila dibawanya kerana dia penasaran untuk tahu apa disebalik bungkusan rapi itu.

Dengan tidak sabar, Amara mengoyakkan bungkusan hadiah itu. Membulat besar matanya melihat barangan disebalik bungkusan yang cantik itu.

"What the fuxxxx,"

Amara mengeluh berat. Tak boleh pakai punya sepupu. 

UNRECOGNIZED WIFE (18+) - EBOOKWhere stories live. Discover now