Thailand.
Amara mengeluh halus. Untuk apa dia kembali kesini lagi. Ketempat yang menyimpan seribu kenangan pahit. Terlalu banyak kenangan pahit sehingga dia kini terasa sesak didadanya. Tidak putus dia berdoa agar tidak bertemu dengan orang yang tidak sepatutnya dia berjumpa. Dia tidak mahu mengimbau lagi kenangan lama.
Argh! Dalam banyak-banyak negara kenapa Thailand juga yang menjadi pilihan syarikat Tengku Maleeq untuk mengadakan Fashion Show.
"Bilik kita adalah connection room. So,orang akan tahu yang Syamira berada dibilik ini dan kita sebilik." Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Yang tinggal dibilik sebelah, bersendirian adalah Amara, bukan Syamira seperti yang wartawan dan team produksi tahu.
Amara mengangguk faham dengan penjelasan Maleeq. Dia melirik kearah Syamira yang sedang berdiri disebelah lelaki yang menjadi suaminya. Tidak ada rasa sakit hati cuma yang ada hanyalah rasa jengkel dan menyampah pada gaya Syamira yang gedik dan mengada-ngada.
"Anything else?" soal Amara pada Maleeq. Lelaki itu hanya gelengkan kepalanya sahaja.
"Okay then. Thank you. Saya nak rehat, please don't make any noise and don't disturd me," sejurus mengatakan itu, Amara terus hilang masuk kedalam biliknya.
Maleeq hanya menghantar Amara dengan pandangan mata helangnya.
Amara merebahkan tubuhnya kekatil.
Ohh... penat!
Dia kalih tubuhnya dan mencapai telefon bimbitnya. Membuka laman instagram, menaip nama seseorang dan senyuman lebar mula terukir dibibirnya.
Gambar jejaka tampan yang pernah mengisi kekosongan hatinya ditatap lama. Tentang cinta mereka, tiada siapa yang tahu, hanya dia dan lelaki itu yang tahu. Cinta mereka terpisah kerana dua tembok yang tidak dapat mereka tembus. Akhirnya, cinta mereka terkubur disitu. Di bumi Thailand yang pernah menjadi saksi bibit cinta mereka berputik.
Bohonglah jika dia tidak lagi menyimpan rasa pada lelaki itu, rasa itu masih ada cuma dia sedar diri. Jadi, biarlah dia mencintai lelaki itu daripada jauh.
Dan Amara akhirnya terlelap bersama telefon yang melekap didada. Dia tidur dengan perasaan yang sarat, sarat dengan rindu.
Rambut yang basah dilap menggunakan tuala. Tubuhnya dibalut dengan jubah mandi yang disediakan oleh pihak hotel.
Sedang ralik dia mengelap rambut, bunyi pintu dikuak dari luar mengejutkan dirinya lantas kepala dikalihkan kearah pintu biliknya.
Gosh! Maleeq... Amara menarik nafas lega. Ingatkan siapalah yang datang kebilik tengah-tengah malam ni.
"Tak reti ketuk pintu ke?"
Maleeq menjuihkan bibirnya.
"Siapa suruh tak kunci,"
Amara menjeling tajam. Menjawab pula dia malam ni.
Salah dia juga tidak mengunci pintu itu. Pintu yang menghubungkan bilik mereka berdua.
"Mana girlfriend kesayangan awak? Tak mengamuk ke mak lampir tu awak datang sini?"
Maleeq tertawa kecil. Mak Lampir?
"Dia tengah rehearsal." Balas Maleeq.
Amara menjuih bibir. Patutlah berani je datang. Matanya tertancap pada garment dust bag yang dibawa oleh Maleeq.
"Apa tu?" Soal Amara.
"Your dress. Untuk event esok."
Amara anggukkan kepala tanda faham. Bagus juga Maleeq rupanya, sudi menyediakan dress untuknya. Seperti tahu-tahu yang dia tidak menyediakan apa-apa baju yang sesuai untuk event tersebut.
YOU ARE READING
UNRECOGNIZED WIFE (18+) - EBOOK
RomanceMaleeq x Amara PEMBACA MATANG SAHAJA CONTAINS 18+ SCENE