"Dia hanya nak permainkan aku," kata Amara pada Kamila.
Kamila berkerut kening. Inikah Amara yang dia kenal? Gadis itu sangat perahsia dan tidak pernah meluahkan isi hatinya namun kali ini panjang lebar luahan yang dimuntahkan oleh Amara.
"Kau demam ke ni?"
Keluhan kasar Amara dapat dia dengar dari corong telefon. Sudah hampir dua jam lamanya mereka berbual ditelefon, dan selama dua jam itulah Amara tidak henti-henti mencurahkan segala yang terpendam dihatinya kepada Kamila.
"Aku serius ni. Kau jangan main-main boleh tak?"
Kamila tergelak dihujung talian.
Amara menarik wajah cemberut. Jika Kamila dihadapan matanya, sudah pasti dia akan mencubit-cubit Kamila.
"Ara... aku rasa dia cemburu tengok kau dengan lelaki lain. Sebab tu dia marahkan kau malam tu," ujar Kamila. Melalui cerita Amara, itulah kesimpulannya.
"Tapi dah dua minggu dia hilangkan diri. Langsung tak balik rumah, tak contact aku,"
"Mungkin dia rasa bersalah?"
Amara mengeluh lagi. Dia sendiri naik hairan dengan dirinya. Kenapa rasa rindu pada Maleeq yang timbul dihatinya. Sepatutnya dia membenci Maleeq, sepatutnya dia marah. Namun sebaliknya. Rasa yang timbul itu datang tanpa dia pinta.
"Tak apalah. Aku nak tidur dulu. I'm exhausted..."
"Ara,"
"Hmm..." malas-malas Amara menjawab.
"Kau patut bagi diri kau dan dia peluang untuk kenal sama lain dan aku rasa dah sampai masanya untuk kau ambil hak kau kembali daripada perempuan tu,"
Amara terdiam.
Otaknya cuba mencerna kata-kata Kamila.
Punat merah pada telefon bimbitnya ditekan. Dia meletakkan telefon bimbit keatas meja disisi katil. Badannya direbahkan keatas katil.
Amara menarik nafas dalam.
Ya Tuhan...
Aku tidak tahu apa yang ada didalam hati ini.
Amara tersentak apabila terasa bahagian katil disebelahnya terhenyak. Segera dia mengalihkan tubuh dan terkejut melihat Maleeq yang sedang berbaring disebelahnya. Lelaki itu sedang memandangnya tajam.
"Bila awak balik?" Soal Amara hairan. Mata ditenyeh perlahan. Kenapa dia tiba-tiba munculkan diri setelah lama menghilangkan diri.
"Just now," balas Tengku Maleeq.
Amara kembali diam. Dia hanya mampu membalas pandangan mata tajam Maleeq sesaat, selepas itu dia terus melarikan pandangannya. Amara tidak selesa, dia ingin bangun daripada katil itu.
Belum sempat dia bangun, lengannya dilelar oleh Tengku Maleeq sehingga tubuhnya jatuh kembali kekatil atau lebih tepat keatas dada lelaki itu.
"Maleeq..."
"Amara... aku hampir gila. Aku asyik teringatkan kau."
Amara kelu. Dia tidak menjangkakan luahan itu terbit daripada mulut Maleeq.
"Amara... I miss you so much..."
Tangan Tengku Maleeq mula mengusap pipi Amara.
Amara masih pegun. Tubuhnya mengeras. Kejung.
Saat wajah Tengku Maleeq menghampirinya, Amara menahan dada lelaki itu membuatkan Tengku Maleeq terpinga-pinga.
"Ba-bau dia," dua patah perkataan yang terbit daripada mulut Amara membuatkan Maleeq melepaskan tubuh Amara. Lalu dia bangun daripada katil dan meraup wajahnya berkali-kali. Kesal dengan khilafnya.
"I haven't touch her since last two weeks. After what we have, I always and only think about you. Aku dari rumah dia, aku cuba singkirkan kau dari otak aku. I kiss her but only for second before I push her. I can't do it anymore with her." Entah mengapa dia meluahkan semuanya pada Amara, yang jelas dia tidak mahu Amara salah faham.
Amara menggigit bibirnya. Dia menarik nafas dalam. Dia juga tidak pasti mengapa dengan dirinya sendiri. Saban hari dia menunggu kepulangan Maleeq. Sepertinya ada sesuatu yang tidak selesai antara mereka.
"Pergi mandi. Saya tunggu awak..."
Bibir Tengku Maleeq tersungging senyum. Amara tidak menolaknya.
"Mandikan aku. Bersihkan tubuh aku daripada sisa sentuhan dia. Gantikan semuanya dengan sentuhan kau."
Amara terpana dengan permintaan suaminya. Lidahnya kelu untuk membalas kata-kata Maleeq. Apa yang terluah daripada mulut Maleeq sukar untuk dia hadam.
"Sa-saya..."
"Come with me,"
Tidak sempat dia menolak, tubuhnya kini sudah pun dicempung oleh Maleeq dan dibawa ke bilik air. Tubuhnya diletakkan diatas meja singki.
Dia menelan liur saat melihat Maleeq sedang membuka butang baju kemejanya sendiri.
"Amara... you look so innocent but yet so seducing." Suara serak itu melontarkan bicara sambil tangan masih melepaskan butang-butang bajunya. Pandangan mata tidak dikalihkan malah semakin galak menatap tajam kearah isterinya yang sudah keras seperti patung diatas meja singki.
Pakaian yang dipakai oleh Amara mengugat jiwa jantannya. Night dress bertali halus dan separas peha.
Usai menanggalkan pakaiannya, dengan hanya berboxer, Tengku Maleeq mengangkat tubuh Amara sekali lagi dan kini mereka berdua berdiri tegak dibawah pancuran air yang mula membasahi tubuh mereka berdua. Tengku Maleeq menarik tubuh Amara rapat pada tubuhnya. Hinggakan tidak ada ruang antara mereka.
"Maleeq..." perlahan suara yang keluar daripada mulut Amara. Tengku Maleeq tersenyum saat mendengar gemersik suara isterinya. Dia suka sisi lembut isterinya.
Amara... didalam tegasnya tetap ada rasa malu-malu dan gugup.
"Yes Amaryllis..." jawab Tengku Maleeq dengan nada suara yang begitu seksi. Dia melepaskan dress yang dipakai oleh Amara, meninggalkan hanya seluar dalam pada tubuh Amara.
"You're so fucking gergous Amara." Terketar-ketar tangan Tengku Maleeq menyelak rambut hitam beralun milik Amara kebelakang.
Dia kalah melawan perasaannya sendiri. Bermati-matian dia cuba menolak apa yang terbit dihatinya. Rasa serba salah yang menghurung jiwanya kini diganti dengan rasa rindu yang begitu sarat.
"I want us to remember this day, the day you become mine and I become yours,"
YOU ARE READING
UNRECOGNIZED WIFE (18+) - EBOOK
RomanceMaleeq x Amara PEMBACA MATANG SAHAJA CONTAINS 18+ SCENE