BAB 3

12.7K 89 2
                                    

Maleeq bersiul-siul sambil kaki melangkah menuruni anak tangga. Kunci kereta ditangan dipusing-pusingkan keudara. Hatinya senang untuk bertemu kekasih hati.

Walaupun harus secara tersembunyi, tetap juga dia akan bertemu kekasih hatinya. Bimbang jika pujaan hatinya merajuk nanti.

Dirinya yang baru sahaja tiba diruang tamu kaku ditempat dia berdiri. Susuk tubuh perempuan yang sedang meniarap dilantai rumahnya dipandang tanpa berkelip mata.

Kedua belah kaki terangkat keatas, dihayunkan perlahan-lahan manakala kedua belah tangan menongkat dagu. Mata pula tertancap pada televisyen yang sedang menayangkan siri drama Thailand.

Maleeq menelan liur kesat melihat sekujur tubuh yang begitu seksi pada pandangan matanya.

She's careless!

"Ehem..." dia berdeham, cuba menarik perhatian Amara. Melihat tiada tindak balas daripada isterinya, dia cuba berdeham sekali lagi. Kali ini lebih kuat.

"Ehemm..."

Amara menoleh kearah Maleeq dengan dahi yang berkerut seribu.

"Sakit tekak ke apa?" Soal Amara hairan.

"Ke-kenapa kau baring kat lantai?" Tidak menjawab pertanyaan Amara, dia membalas dengan pertanyaan juga.

Rasa seperti mahu menampar mulut sendiri yang tergagap-gagap, Maleeq mengetap gigi.

"Saja. Selesa," balas Amara ringkas. Dia kembali memalingkan wajahnya kearah skrin besar dihadapannya.

Maleeq memicit pelipisnya. Dugaan apakah ini? Matanya masih tertancap pada dua ulas bongkah bontot milik Amara yang hanya berbalut seluar pendek paras peha sahaja, mendedahkan peha gebu dan betis buntingnya.

Sekali lagi Maleeq menelan liur kesat.

"Kau memang tak ada baju yang elok ke?"

Soalan daripada Maleeq membuatkan Amara menjulingkan bebola matanya. Salah ke pakai crop-top dan seluar pendek? Tidak mungkinlah pakaian sebegini pun boleh menaikkan nafsu syahwatnya, dia kan sudah mempunyai kekasih.

Tanpa melarikan pandangannya daripada skrin besar itu, Amara membalas pertanyaan Maleeq.

"Elok juga saya pakai baju, kalau saya bogel macam mana? Sanggup ke nak tengok lama-lama,"

Maleeq berdecit. Tidak sangka gadis itu berani membidasnya lagi.

"I am a man Amara. A healthy one,"

Amara mendengus kasar. Dia bangun daripada meniarap dan bersila dilantai. Sebiji bantal diambil dan diletakkan keatas ribanya, cuba melindungi apa yang patut.

"Then what? Awak dah ada girlfriend kan? And awak sendiri yang beritahu yang awak tak akan jatuh cinta pada saya. So basically, sepatutnya tidak ada masalah untuk saya berpakaian senonoh atau tidak. Nafsu mesti datang bersama cinta kan?"

Hujung bibir Maleeq terjungkit sinis. Polosnya.

"Kau tahu kenapa ada orang sanggup langgan pelacur?"

Maleeq mendekati Amara. Dia melabuhkan punggungnya dihadapan sofa yang bertentangan dengan gadis itu.

Badan Amara menegak keras. Matanya memandang Maleeq dengan tajam.

"Manalah saya tahu," balas Amara.

"It's all about lust. Nafsu semata-mata dan nafsu boleh datang tanpa cinta,"

Amara terdiam seketika setelah mendengar kata-kata Maleeq. Otaknya cuba mencerna setiap bait kata-kata Maleeq.

"Itu semua sebab tak cukup satu. Kalau betul-betul setia dan sayang, perkara macam tu tak sepatutnya timbul kan?"

Maleeq tergelak. Sangat sinis bunyinya pada pendengaran Amara.

"Amara... Amara...,"

Maleeq bangun daripada duduknya, menapak mendekati Amara dan duduk bercangkung dihadapan gadis itu. Wajah angkuh Amara yang masih lagi mendongak kearahnya ditatap dalam.

"You better stay innocent. The world is too cruel for you,"

Amara terdiam. Dia bukan innocent! Amara cuba mengalihkan wajahnya namun cepat tangan kekar Maleeq mencengkam rahangnya. Memaksa mata mereka bertembung.

Mata mereka bersabung. Entah berapa lama mereka sebegitu. Maleeq meneliti segenap wajah cantik isterinya dan dalam tidak sedar dia menelan liur. Liar matanya meneroka setiap lekuk wajah itu. Mata bundarnya yang cantik, hidung yang mancung dan akhirnya mata Maleeq jatuh pada dua ulas bibir yang merah bak delima itu. Sekali lagi liur kesat ditelan.

Amara diam tidak terkutik. Matanya hanya memerhati halkum Maleeq yang bergerak-gerak. Tika itu, jantungnya sudah berdegup laju seperti baru sahaja selesai larian pecut 100 meter.

"Beautiful," bisikan tanpa sedar terkeluar daripada bibir merah Maleeq.

"Ma-Maleeq..."

Suara halus yang berbunyi daripada bibir Amara dibalas lembut oleh Maleeq.

"Hmm..."

Amara bagaikan terpana dengan panahan mata hazel itu.

Tanpa amaran, Maleeq menarik wajah Amara rapat pada wajahnya. Dua ulas bibir kemerahan milik isterinya kini melekap pada bibirnya. Bibir yang tadinya kering kini sudah basah. Mata Amara membulat besar. Tindakan Maleeq membuatnya tergamam, kaku disitu dia tanpa mampu bertindak balas.

Bibir Maleeq mula bergerak mengulit bibir bawah Amara. Tangan yang tadinya mencengkam rahang gadis itu kini sudah beralih kearah belakang kepala Amara. Ditekan kepala itu agar tidak terputus ciuman yang bernafsu itu. Matanya juga sudah mula tertutup rapat. Ciuman dibibir itu tidak lagi lembut, kini sudah bertukar rakus saat dia merasakan bibir gadis itu sudah mula memberi tindak balas.

Kring kring kring

Deringan kuat daripada telefon bimbit Maleeq membuatkan kedua-dua manusia itu tersentak. Tangkas sahaja tangan Amara menolak tubuh Maleeq sehingga lelaki itu jatuh terduduk.

Maleeq menarik nafas dalam. Dia alpa untuk seketika.

Tangannya menyeluk kedalam poket seluar, mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyambut panggilan itu.

"Yes Sayang... I'm on my way now,"

Amara menjulingkan bebola matanya. Bantal yang tadinya berada diatas ribanya diletakkan kebawah dan dia bergerak untuk bangun. Tangannya yang dilelar oleh Maleeq membuatkan dia jatuh terduduk lagi dilantai itu. Mata Maleeq yang masih menikam kearahnya tajam membuatkan Amara semakin tidak selesa. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu sedang bercakap mesra dengan kekasihnya.

Usai bersembang ditelefon, Maleeq kembali tersenyum sinis pada Amara.

"What have we done just now, it lust not love."

"Bullshit!" Hambur Amara pada Maleeq.

Lelaki itu hanya membalas dengan tawa sinis.

Berombak kasar dada Amara ketika itu.

"As I said, I am a man. A healthy man. You should take precautions before something more passionate happen between us."

"You!" Jari Amara naik menuding tepat dihadapan muka Maleeq.

"I've got to go. See you soon my wifey,"

Chup!

Sekali lagi bibir Maleeq singgah pada bibir Amara. Walaupun hanya sekilas sudah cukup untuk membuatkan jantung Amara tidak tenteram. Lalu Maleeq terus bangun meninggalkan Amara sendirian terpinga-pinga ditengah ruang tamu itu.

"Arghh!!!"

Amara menjerit kuat saat susuk tubuh Maleeq hilang daripada pandangan matanya.

"Stupid man!" Hamburnya lagi.

Tangan Amara naik memegang dada. Degupan jantungnya yang deras itu seakan terasa mahu meletup.

UNRECOGNIZED WIFE (18+) - EBOOKWhere stories live. Discover now