"Aku perasan kau suka tengok dia ni berlakon. You like him?"
Amara mengangkat muka, memandang kearah suara yang datang menyapanya.
Dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja dan kembali memakukan pandangan pada layar television yang sedang menayangkan cerita kegemarannya. Cerita Thailand bertajuk Forbidden Love, lakonan pelakon lelaki terkenal Ghuz Bright. Lelaki kacukan Thailand-America yang menjadi kegilaan para gadis. Siapa sahaja yang tidak suka pada lelaki kacak seperti itu? Tinggi lampai, berkulit kuning langsat dan memiliki sepasang mata yang indah. Berwarna keperangan dan akan lebih menyerlah jika disimbahi cahaya semulajadi matahari. Mata itu akan kelihatan bersinar dan memancarkan cahaya yang begitu terang. Sungguh mengagumkan.
Tengku Maleeq melabuhkan duduk disebelah Amara. Meletakkan dua mug yang berisi kopi panas, satu untuknya dan satu untuk Amara. Matanya juga ikut menonton cerita yang sedang ditayangkan di kaca TV. Dia mencebik, entah apa yang best sangat sehinggakan Amara langsung tidak terkutik dan hanya fokus pada cerita itu. Acap kali dia ternampak cerita daripada pelakon yang sama ditayangkan ditelevisyen rumahnya.
Maleeq datang menyapa berhajat. Ada perkara yang hendak dia sampaikan pada Amara.
Dia berdeham kecil.
"Minumlah," pelawa Maleeq.
"Hmm... Thanks," balas Amara. Masih juga tidak mengalihkan pandangannya daripada kaca TV.
"Aku akan ke Thailand next week. Ada Fashion Show dan Syamira akan menjadi salah seorang model disana." Maleeq memulakan bicara.
Melihat Amara masih membisu, dia menyambung bicara.
"Aku nak kau ikut aku. Syamira dan aku akan duduk sebilik dan aku perlukan kau sebagai shadow."
Kali ini Amara memalingkan wajahnya pada Maleeq yang sudah pastinya sedari tadi memandangnya.
"Am I looks like a puppet for both of you?" Lontaran soalan pedas itu sudah Maleeq jangkakan daripada mulut kecil Amara.
"No, you're not. But you are my only hope. Aku tak nak Syamira buat hal disana. The whole event is relied on her. She is the main model," jelas Maleeq. Matanya memandang Amara dengan penuh harapan agar isterinya itu akan membantunya.
Amara mendengus kasar. Kenapa perlu libatkan dirinya didalam masalah mereka. Sudah lupakah Maleeq yang dia sendiri memberitahu Amara yang dia mereka tidak akan masuk campur urusan masing-masing?
You're free to live your own life konon!
"I'm busy."
Maleeq mengeluh hampa. Dia amat memerlukan pertolongan Amara kali ini. Perlukan dia melutut?
"I really need your help. Aku buat semua ini bukan sebab aku mahu, tetapi demi kepentingan syarikat aku. Syamira akan buat hal jika dia tak dapat apa yang dia nak. Sekarang dia mahukan aku untuk teman dia," ujarnya lagi panjang lebar.
Amara meluat. Itulah padahnya bercinta dengan model syarikat sendiri. Menyampah! Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sikap Syamira yang gedik itu.
Sekali lagi dia mendengus kasar.
"Fine! 5-star hotel with jacuzzi inside and of course, near to town."
"Great. Consider it done!"
Senyum lebar Maleeq mendengar keputusan daripada Amara. Lega.
"Thank you so much."
Spontan, Maleeq merangkul bahu Amara.
Amara kejung. Tindakan spontan Maleeq membuatkan jantungnya mula berdegup laju.
"Err..." lidah Amara kelu. Dia masih terkedu dengan tindakan Maleeq.
Sedar akan tingkahnya, Maleeq segera melepaskan rangkulan tangannya pada bahu Amara. Dia mengusap belakang lehernya. Keadaan menjadi agak janggal antara mereka.
"Sorry,"
Amara sekadar anggukkan kepalanya sahaja. Tak mengapalah, orang tengah bahagia kan.
Maleeq meminta diri terlebih dahulu meninggalkan Amara sendirian diruang tamu.
Bibirnya masih tersenyum lebar. Naik pening dia memikirkan permintaan tidak masuk akal Syamira. Kekasihnya semakin mengada-ngada semenjak dia berkahwin dengan Amara. Risau kena caras katanya.
Jika diikutkan, Amara memang jelas lebih cantik jika dibandingkan dengan Syamira. Namun kedinginan antara dia dan Amara menjadikan hubungan mereka terbatas dan dia tidak sempat untuk menyimpan rasa pada Amara walaupun ada kalanya dia hampir tidak dapat mengawal diri.
Tidak pernah mereka berbual panjang. Masing-masing sibuk dengan urusan diri sendiri. Amara sibuk dengan kerjayanya sebagai pengarah syarikat perhotelan dan kapal mewah milik keluarga gadis itu dan Maleeq juga sibuk menguruskan rangakaian butik terkemuka miliknya yang kini sudah berjaya menembusi pasaran barat.
Kali ini, projek di Thailand juga mesti berjalan dengan lancar. Hanya itu harapannya sehingga dia sanggup meminta bantuan Amara.
YOU ARE READING
UNRECOGNIZED WIFE (18+) - EBOOK
RomanceMaleeq x Amara PEMBACA MATANG SAHAJA CONTAINS 18+ SCENE