+ Aku izinkan kau nak buat apa dan kemana sahaja kau nak pergi as long as kau jaga maruah aku sebagai suami kau. Don't ask me anything or tell me where you want to go. You're free to live your own life.
Amara mencebik bibir membaca balasan whatsapp daripada Maleeq.
Berlagak!
Dia hanya mengikut pesan Mamanya, taat pada suami, sentiasa minta izin suami untuk keluar daripada rumah. Dia terlupa hendak memberitahu Maleeq dirumah yang dia akan ke rumah orang tuanya malam ini. Jadi Amara mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada Maleeq melalui whatsapp namun setelah mendapat balasan sebegitu daripada Maleeq, rasanya tidak perlu lagi Amara memaklumkan pada Maleeq tentang aktivitinya.
Amara mengeluh lemah. Sampai bila perkahwinan ini akan bertahan?
Jari jemarinya ligat memutarkan pen ditangan, pandangan kosong dilemparkan pada komputer dihadapannya. Fikirannya melayang terbang mengenangkan perjalanan hidupnya.
Tok tok tok
Lamunan Amara dipecahkan oleh ketukan pintu di bilik pejabatnya.
"Come in,"
Setelah melihat gerangan yang muncul disebalik pintu itu, Amara terus tersenyum lebar.
Segera Amara bangun dan menyambut kedatangan Datuknya, Tan Sri Akhbar.
"Rindu Atok..." luah Amara manja sambil memeluk lengan lelaki tua itu. Sememangnya dia adalah cucu kesayangan Tan Sri Akhbar kerana itu hampir separuh aset miliknya diserahkan sepenuhnya pada Amara.
"Manja..."
Terkekek Amara ketawa apabila Tan Sri Akhbar mencuit hidungnya.
"Manja dengan Atok je. Duduklah, do you want coffee or tea?" Pelawa Amara.
"Coffee please," balas Tan Sri Akhbar. Dia melabuhkan punggung pada sofa empuk didalam pejabat Amara. Sofa 3 seater yang memang disediakan untuk tetamu yang datang kepejabatnya.
Amara menekan butang interkom memberitahu pembantu peribadinya untuk menyediakan minum dan snek buat mereka.
Kemudian Amara juga turut melabuhkan duduk disamping Tan Sri Akhbar.
"Atok sihat? Sorry... Lama Ara tak jenguk Atok,"
Semenjak dia mengambil alih syarikat perkapalan mewah milik Tan Sri Akhbar, sangat sukar untuknya mencuri masa bagi melawat keluarganya.
"Tak mengapa, Atok faham Ara busy. I used to be in that position and I know how hectic it is," balas Tan Sri Akhbar.
"How's life after marriage? Bahagia?"
Dia menoleh kearah Tan Sri Akhbar dan tersenyum.
"Ara bahagia. Maleeq is such a gentleman. He's sweet and kind too. Kami masih dalam proses mengenal hati budi lagi," balas Amara. Tak mengapakan menipu untuk kebaikan?
Tok tok tok
Perbualan mereka terganggu seketika apabila pintu pejabat diketuk oleh Siti, pembantu peribadi Amara. Gadis tinggi lampai itu masuk bersama dulang ditangan. Diletakkan coffee dan snek keatas meja dihadapan Amara dan Tan Sri Akhbar.
Dengan senyuman manis dibibir, dia menyapa Tan Sri Akhbar dengan lembut.
"Tan Sri apa khabar?" Tanya Siti, berbasa basi.
"Alhamdulillah. Semakin sihat dan bertenaga semenjak bersara." Balas Tan Sri Akhbar. Matanya tidak lepas memandang wajah bujur sirih milik Siti. Cantik. Sedap mata memandang.
Tan Sri Akhbar mengambil cawan yang berisi kopi panas itu dan mencicipinya. Bibirnya menyulam senyum selepas merasai kopi itu.
"Sedap. You still know how to make my coffee,"
Siti tersenyum mendengar pujian daripada Tan Sri Akhbar. Mana mungkin dia lupa, hampir 3 tahun dia berkhidmat untuk lelaki itu sebagai pembantu peribadi sebelum Tan Sri Akhbar bersara dan digantikan dengan Amara.
"Thank you Tan Sri. Mestilah I ingat, hari-hari I buatkan you kopi dulu." Balas Siti sambil tersipu-sipu malu.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, I keluar dulu Tan Sri, Puan Amara,"
Siti menundukkan sedikit kepalanya kepada mereka berdua dan berlalu keluar daripada pejabat itu. Sedar yang mata Tan Sri Akhbar masih melekat padanya, Siti melentikan lagi tubuhnya semasa berjalan.
"Ehem!"
Sengaja Amara berdeham kuat. Bukan main Atoknya!
"Gatal eh Atok. Tengok Siti macam nak tembus kain baju dia,"
Tan Sri Akhbar sengih busuk pada cucunya. Aduh! Kantoi pula...
"Lawa budaknya. Kamu tak nak Nenek baru ke?"
"Atok!" Amara ketap gigi. Menyempat je orang tua ni! Walaupun usianya sudah cecah 65 tahun, tidak dapat dinafikan yang Tan Sri Akhbar masih lagi kelihatan gagah dan perkasa. Badannya tegak dan sasa. Raut wajahnya juga tidak dimamah usia, masih tampan dan segak.
Tan Sri Akhbar ketawa besar.
"Just joking Ara. Atok setia dengan arwah Nenek kamu. She is my first love..." Ada nada hiba diakhir ayat Tan Sri Akhbar. Delima, kekasih hatinya yang pertama sekali menghuni hatinya. Dia tidak pernah mampu untuk melupakan Delima walaupun sudah hampir setahun Delima pergi meninggalkan dirinya sendirian.
Amara meletakkan tangannya pada tangan Tan Sri Akhbar. Dia tahu yang Atoknya sangat merindui Arwah Neneknya. Begitu juga dengan dirinya.
"Oh ya Atok... Ara dapat proposal daripada G-Group untuk anak syarikat mereka, Travel Bee Sdn Bhd. Mereka nak collabarate dengan kita,"
Tidak mahu terus dilanda hiba, Amara menukar topik perbualan mereka. Mujurlah dia teringat tentang proposal itu. Dia juga memerlukan nasihat daripada pakar.
Amara bangkit dan menapak kearah meja kerjanya. Dia mengambil kertas kerja yang baru sahaja diterima olehnya pagi tadi, dihulurkan pada Tan Sri Akhbar.
"Sound interesting. Tell me more..."
Dengan penuh semangat Amara menceritakan serba sedikit tentang syarikat itu.
YOU ARE READING
UNRECOGNIZED WIFE (18+) - EBOOK
RomanceMaleeq x Amara PEMBACA MATANG SAHAJA CONTAINS 18+ SCENE