"Baby, you kenapa daripada tadi asyik senyum sorang-sorang ni,"
"Hah? Apa?"
Teguran Syamira memecahkan lamunan Maleeq. Dia seolah-olah baru sahaja kembali kedunia nyata. Buat seketika dia hilang didalam lamunan. Mindanya kembali mengulang tayang kejadian yang berlaku dirumahnya sebentar tadi.
Syamira, kekasih hati Maleeq mula menarik muncung. Maleeq mengabaikan dirinya. Dia penuh semangat menceritakan tentang harinya, rupanya Maleeq langsung tidak memberi perhatian padanya.
"You ni kenapa? I duk pot pet pot pet langsung you tak dengar kan," omel Syamira. Tangannya mula naik memeluk tubuh, tubuhnya pula dikalihkan kearah lain daripada menghadap Maleeq yang tadinya duduk disampingnya disofa.
"Sorry sayang. I fikirkan tentang kerja. Banyak benda yang I kena fikir," dalih Maleeq. Haraplah Syamira percaya. Dia cuba menyentuh bahu Syamira, namun cepat sahaja ditepis oleh gadis itu.
"Hmm entah-entah you teringat bini you dekat rumah tu?" soal Syamira, penuh dengan syak wasangka.
"Hahaha..." Maleeq ketawa janggal. Tepat sekali tekaan Syamira. Memang fikirannya sekarang sedang teringatkan cumbuan manis dia bersama Amara sebentar tadi. Pertama kalinya dia mencumbui wanita yang bergelar isterinya itu, dia sudah hampir terleka. Niatnya hanya untuk mengusik sahaja, malah dia yang terbuai.
"Buat apa I nak teringatkan dia bila I dah ada you yang cantik jelita ni. Lagipun dia tu dah macam adik-adik I je and one more thing dia bukan taste I. Taste I pada perempuan cantik, anggun dan seksi macam you,"
Gasak sajalah apa jua alasan, janji buah hatinya tidak merajuk.
"Betul ni you tak ada perasaan dekat dia?"
Syamira kembali berpaling kearah Maleeq. Keningnya berkerut, mulut dimuncungkan kehadapan sedikit. Penuh sabar dia menanti jawapan Maleeq.
"Hahaha,"
Maleeq meraih Syamira kedalam pelukannya.
"Tak mungkin I akan jatuh cinta pada perempuan tu. Hati I sudah terlalu sarat dengan you. Fikiran I hanya ada you dan jiwa raga I memang untuk you,"
Luahan Maleeq membuatkan Syamira sedikit lega. Bibirnya mula melakarkan senyuman dan kini tangannya mula membalas pelukan Maleeq.
"Janji dengan I yang you tak akan tinggalkan I? Okay?"
"Janji. I will never leave you,"
Semakin lebar senyuman Syamira mendengar kata-kata manis Maleeq.
Mana mungkin dia akan melepaskan lubuk emas seperti Maleeq kepada perempuan lain. Dan Maleeq ialah orang yang mampu menaikkan namanya didalam dunia permodelan ini. Namanya semakin dikenali semenjak dia bekerja dibawah syarikat Maleeq. Walaupun hubungan cinta mereka terpaksa disorokkan, Syamira tidak peduli. Yang paling penting adalah kemasyhuran Maleeq yang dapat menjulang namanya lebih tinggi.
Tangan Syamira naik merangkul leher lelaki itu. Wajah tampan Maleeq ditatap penuh kasih.
"I love you baby..." luah Syamira dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibirnya. Wajahnya merapat kearah muka Maleeq. Bibirnya singgah pada bibir lelaki itu.
Maleeq juga tersenyum. Kucupan bibir Syamira dibalas mesra. Tangannya yang tadi merangkul pinggang Syamira kini beralih pada bontot bulat milik Syamira. Dengan mudah Maleeq mengangkat tubuh Syamira dan diletakkan diatas ribanya.
"Sayang, do you feel it? It's hardened only for you," ucap Maleeq dengan suara yang garau dan seksi.
Syamira menggerakkan bontotnya depan belakang pada daging kental yang sedang mengeras itu. Bibirnya menyulam senyum nakal sambil tangan meramas-ramas rambut pada bahagian belakang kepala Maleeq.
Mereka kembali berbalas kucupan. Kucupan dalam dan penuh ghairah.
Malam itu, malam mereka.
Otot diseluruh wajahnya sudah hampir kejung. Kakinya sudah lenguh berdiri. Kasut tumit tinggi yang tersarung dikakinya membuatkan kaki Amara semakin tidak selesa. Dia tidak faham mengapa harus ada majlis resepsi ini. Buang duit dan buang masanya. Sudah dibantah, namun tetap sahaja kedua-dua belah keluarga berkeras mahu mengadakan majlis. Akhirnya Amara hanya akur pada permintaan kedua ibu bapanya.
Majlis resepsi yang di rai begitu gah itu langsung tidak memberi kesan padanya. Dia tidak bahagia malah sikap mesra Maleeq padanya membuatkan dirinya semakin menyampah dengan lelaki itu.
Pegangan erat tangan mereka yang bertaut sepanjang majlis itu berlangsung tidak memberi sebarang erti. Kucupan mesra yang sekali sekala singgah pada pipinya daripada Maleeq semakin menambah rasa meluatnya pada lelaki itu.
Hipokrit!
Cumbuan lelaki itu tempoh hari masih berbekas dihatinya. Dia tidak rela!
"Senyum. Jangan nak buat malu aku," bisikan Maleeq pada telinganya membuatkan Amara menjulingkan bebola matanya. Lelaki itu semakin menjengkelkan!
"Awak tak nampak saya tengah senyum macam orang mental sekarang ni? Nak suruh senyum macam mana lagi? Macam kera?"
Maleeq berdeham janggal. Berbisa sungguh mulut isterinya yang kecil molek itu.
"Mesralah sikit. Pegang tangan aku elok-elok. Kau nampak kayu. Nanti apa kata orang pula,"
Oh please. Amara semakin menyampah.
Dia tidak membalas kata-kata Maleeq namun pegangan tangan lelaki itu dilepaskan seketika sebelum dia merangkul lengan lelaki itu dan meraih kembali jari jemari Maleeq. Disulamkan jari jemari mereka bersama.
Tangan yang bertaut diangkat oleh Amara, dilayangkan dihadapan mata Maleeq agar lelaki itu berpuas hati. Pandangan matanya mencari mata Maleeq.
"Puas hati?"
Maleeq terdiam. Tangannya sebelah lagi naik menguis hidung yang tidak gatal. Sikap Amara benar-benar sukar untuk ditafsirkan.
"Jangan fikir yang aku ni hadap sangat untuk pegang tangan kau. Aku buat semua ini hanya untuk kepuasan keluarga kita. Remember Amara, there's a boundary between us."
Semakin muak Amara mendengar kata-kata lelaki itu yang tidak pernah jemu mengingatkan dia tentang hubungan mereka.
"Lepas tu awak ingat saya hadap sangat nak pegang tangan gajah awak tu? Sudahlah kasar macam kertas pasir!"
Maleeq ketap bibir. Dia tidak pernah menang jika bertengkar mulut dengan Amara.
Mereka kembali melayang tetamu yang tidak putus-putus datang. Ada yang hendak bergambar, ada yang datang berbual dengan Maleeq. Amara diperkenalkan kepada rakan-rakan Maleeq dan begitu juga Maleeq, diperkenalkan oleh Amara kepada rakan-rakannya serta klien perniagaan mereka.
Pada hakikatnya memang ramai ahli perniagaan yang datang untuk menyaksikan penyatuan dua buah keluarga yang gah dan mashyur itu.
The marriage... it's all about business.
Ucapan tahniah yang tidak putus-putus dan doa-doa semoga jodoh mereka berkekalan hanya disambut dengan senyuman manis Amara. Kalau tidak fikirkan air muka keluarganya, mahu sahaja Amara meluahkan isi hatinya yang dia tidak menginginkan hubungan yang berkekalan dengan lelaki itu. Tidak ingin. Dia tidak mahu jodohnya berkekalan lebih-lebih lagi dengan lelaki angkuh seperti Maleeq.
Kemesraan yang terjalin diantara mereka hanyalah palsu. Senyuman yang terlakar dibibir penuh kepura-puraan dan kisah mereka hanyalah kisah dongeng.
Kisah ini, sepatutnya tiada didalam diari hidup Amara kerana dia sudah mengimpikan dirinya disamping seseorang.
Amara hanya pasrah.
YOU ARE READING
UNRECOGNIZED WIFE (18+) - EBOOK
RomanceMaleeq x Amara PEMBACA MATANG SAHAJA CONTAINS 18+ SCENE