Maleeq mengepal tangannya kuat. Dari jauh dia ternampak Amara berjalan keluar dari dewan itu sambil berpegangan tangan bersama seorang lelaki.
'Shit!' Sumpahnya.
Jika ada wartawan yang nampak, reputasinya akan terjejas. Berita ini akan menjadi bualan hangat dimedia. Dia bimbang jika akan timbul berbagai spekulasi dan gosip.
Meluap-luap perasaan marahnya. Dalam dia tidak sedar, dadanya berombak kasar.
Siapa lelaki itu?
Kenapa Amara mengikutnya?
Apa hubungan mereka?
Soalan-soalan itu bermain-main dimindanya.
Argh! Kacau.
Ada satu rasa yang menjentik hatinya. Perasaan itu membuatkan Maleeq tidak senang duduk. Otaknya sudah tidak lagi fokus pada kerjanya saat ini.
PAP!
"Auch!" Maleeq mengaduh sakit. Tidak semena lengannya ditampar kuat oleh Syamira.
"Baby!"
Syamira mengetap bibir. Hampir tiga kali dia memanggil nama Maleeq, langsung tiada sahutan daripada lelaki itu.
"You tengok apa? Tiga kali I panggil you tak dengar."
"Sorry Sayang. I lost focus."
Syamira menjeling tajam.
"You cari bini you ke apa?" Soal Syamira.
Maleeq gelengkan kepalanya sebelum menjawab.
"Hell no sayang. I tengah fikirkan sesuatu tadi," jawab Maleeq.
Syamira memincingkan matanya. Tidak berpuas hati dengan jawapan Maleeq.
"Sayang...," meleret Maleeq memanggil kekasihnya.
"I dah ada you, buat apa I cari dia. You're more than enough for me,"
Dan dengan kata-kata itu, akhirnya Syamira tersenyum sampai ke telinga.
Mahu sahaja dia memeluk Maleeq saat ini. Jika bukan kerana mereka berada di tempat umum, sudah pasti beribu kucupan yang akan dihadiahkan pada Maleeq.
"I ingatkan you cari dia. Dari tadi you asyik tenung exit door je," kata Syamira lagi.
Maleeq menarik senyum hambar. Tangannya naik menggosok belakang tengkuk. Dia juga tidak sedar berapa lama dia termenung.
"Sorry Sayang." Ucap Maleeq.
"Jom pergi sana, I nak kenalkan you dengan designer from Singapore. He is one of your big fan,"
"Really? Who?" soal Syamira dengan teruja.
"You will know later, come,"
Lalu Maleeq berjalan mendahului Syamira menuju kearah designer yang dimaksudkan olehnya.
"Oh Shit!"
Amara mengurut dada. Hampir luruh jantungnya melihat Maleeq sedang duduk diatas kerusi didalam biliknya sambil berpeluk tubuh. Mata lelaki itu tajam menikam dirinya.
"What you doing here?" soal Amara kehairanan. Keningnya berkerut seribu.
Apa yang Maleeq buat dibiliknya. Mana Syamira? Jika tidak selalunya mereka akan berkepit sahaja.
"Where the hell have you gone?" Soal Maleeq pula. Soalan Amara dibiarkan tidak berbalas.
"Sa-saya.." Amara tergagap-gagap. Tidak sangka yang Maleeq perasan akan kehilangan dia.
YOU ARE READING
UNRECOGNIZED WIFE (18+) - EBOOK
RomanceMaleeq x Amara PEMBACA MATANG SAHAJA CONTAINS 18+ SCENE