Bunyi kicauan burung mengejutkan Baihaqi dari tidurnya yang lena. Matanya mula terpisat-pisat menahan cahaya matahari yang menerobos melalui celah langsir di dalam bilik itu. Posisi badannya yang tertiarap itu dibetulkan kepada melentang. Tangan kanan naik memicit pelipisnya. Nafas dihela lemah.
Timbul rasa menyesal kerana buat keputusan untuk tidur selepas dia menunaikan solat subuh tadi. Tidak memasal sekarang kepalanya sakit dan badannya merasa lemah. Padahal dia sudah banyak kali dipesan supaya tidak tidur selepas subuh kerana badan akan menjadi letih. Selain itu, laluan rezeki juga akan menjadi sempit.
Memikirkan itu, Baihaqi berusaha menguatkan tubuh badannya dan bangun dari pembaringannya. Rambut yang kusut masai hanya dia biarkan.
Tempat tidur disebelahnya Baihaqi perhatikan. Penghuninya sudah tiada. Sudah pastilah sedang berperang di dapur untuk menyediakan sarapan buatnya. Takpun, mungkin sedang sibuk menguruskan kain-kain baju mereka yang mungkin sudah beberapa hari tidak dibasuh.
Ting! Ting! Ting!
Bunyi mesej masuk dalam telefon Baihaqi menghentakkan dia dari lamunan. Biasalah baru bangun, pasti akan termenung dulu. Dia tidak biasa bangun pagi terus cergas, melainkan dia terbabas tidur dan terlambat untuk ke tempat kerja. Namun sejak ada penghuni di sebelahnya di atas katil ini, dia sudah tidak terlambat untuk ke tempat kerja dan kehidupannya sekarang sudah lebih teratur kerana sudah diuruskan oleh seseorang itu.
Sebelah tangannya melangkau ke arah meja di tepi katil untuk mengambil telefon miliknya. Butang hidup ditekan dan mata memerhatikan mesej yang terpapar di skrin telefonnya itu.
Mesej dari kawan-kawannya yang mengajak dia untuk bersarapan bersama. Kata mereka, Baihaqi sudah lama tidak sertai apa-apa aktiviti dengan mereka.
Mulut dicebik perlahan. Dah lama apa? Padahal baru minggu lepas mereka lepak bersama sehingga larut malam. Saja aje mereka mahu bergurau dengannya dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Jari laju mengetik skrin telefon itu untuk membalas mesej-mesej mereka. Sesekali, mulut terukit senyuman dan gelak perlahan tercetus dari mulutnya. Berkawan dengan mereka sangat-sangat menghiburkan hari-hari Baihaqi.
Namun, satu mesej dari kawannya yang bernama Ammar telah membuatkan senyumannya mula memudar.
+Ish korang ni, Haq kan dah kahwin! Hari ni cuti sempena public holiday jadi mestilah dia nak spend time dengan bini dia.
-Ah! Tak ada maknanya Haq nak spend time dengan bini dia. Selama ni kan dia lagi selalu lepak dengan kita. Lagipun Haq pernah beritahu yang bini dia tak kisah pun.
Balasan dari lagi seorang kawannya bernama Ariel muncul laju selepas Ammar menghantat mesejnya itu.
+Mana ada suami tak sayang bini! Tengok macam Shah tu. Sekarang dia utamakan bini dia dalam segala hal. Lepak dengab kita pun jarang dah. Kenapa kita tak pernah persoalkan pun? Kenapa dengan Haq kita persoalkan?
-Ala kau rileks lah. Kan Haq beritahu kita dia tak suka pun dengan bini dia. So, kita sebagai kawan kenalah jadi penenang untuk Haq. Kalau dah tak suka, kenapa paksa?
-Tak baiklah Ariel cakap macam tu.Ammar dan Ariel saling membalas mesej dan tiada sesiapa pun yang menyelit dalam perbualan mereka. Untuk mengelakkan keadaan menjadikan panas, Baihaqi mula membalas.
+Mar, aku okey ajelah. Apa yang Ariel cakap tu betullah. Aku ni lebih rela lepak dengan korang daripada duduk dalam rumah ni dengan budak muda dan tak matang tu.
Emoji mata ke atas sempat Baihaqi tepekkan di sebelah teks itu.
-Ha see? Aku dah cakaplah Mar. Kau jangan risau, kita sebagai kawan kenalah support member.
YOU ARE READING
Jarak Umur Antara Kita
RomanceBaihaqi, seorang jejaka yang berumur 34 tahun dan telah berkahwin dengan seorang gadis yang berumur 23 tahun yang bernama Aleesya Qaisara. Konflik bermula pada awal pernikahan mereka lagi dimana Baihaqi tidak dapat menerima Aleesya Qaisara sebagai i...