Bab 6

3.9K 262 53
                                    

JARI diketuk bagi menjatuhkan sisa nasi yang terlekat di sekitar jari-jemarinya. Lalu jari itu membersihkan sisa nasi di pinggan lalu disuap ke dalam mulut. Aleesya mengunyah dengan sopan sambil mata memandang orang lain di meja makan yang besar ini.

Pada waktu ini mereka semua sedang makan malam bersama-sama. Pembantu rumah telah menyediakan banyak hidangan yang lazat dan menyelerakan untuk makan malam mereka. Aleesya makan dengan penuh berselera kerana rasanya sudah lama dia tidak menjamah makanan hasil tangan orang lain. Kebiasaannya dia lebih gemar memasak dan makan sendiri masakannya.

Sedang leka Aleesya membersihkan sisa ayam di pinggannya, tiba-tiba seekor udang diletakkan ke atas pinggannya. Lalu Aleesya pantas memandang ke arah kanannya dimana Baihaqi sedang memandangnya sambil menunjukkan seekor udang masak lemak cili api. Baru sahaja hati Aleesya mahu berbunga kerana dia beranggapan Baihaqi menghulurkan udang itu buat dirinya, namun...

"Kopekkan," arah Baihaqi selamba sambil meratah seketul ayam.

Terus berubah wajah Aleesya yang tadi mekar dengan senyuman. Cis! Dia fikir Baihaqi ambil berat tentangnya sehingga dengan rela hati menghulurkan udang ini namun rupanya-rupanya hanya mahu meminta tolong Aleesya untuk mengupas kulit udang ini saja. Oh Aleesya lupa! Baihaqi memang suka meminta tolong Aleesya untuk mengupas undang buatnya kerana Baihaqi malas. Itu saja alasannya. Ringkas dan padat. Kadangkala, bukan hanya udang. Pernah juga Baihaqi meminta tolong Aleesya patah-patahkan kulit ketam buatnya. Baihaqi ialah seorang yang pemalas.

"Tolong mana tolong?" soal Aleesya sambil menyenggol bahu Baihaqi.

"Tolong."

"Tolong apa?"

"Tolong kopekkan udang boleh?" Baihaqi senyum terpaksa sambil menjungkit keningnya lama.

"Ha kan bagus macam tu. Bila nak minta orang buat sesuatu, sebutlah tolong. Jangan tahu nak arah aje. Kita jadi manusia kena beradab." Aleesya menegur sambil tangannya laju mengupas kulit udang itu buat suaminya. Suami dah minta tolong, kenalah kita patuh. Baru dapat pahala dan keredhaan Allah.

"Diamlah budak. Banyak cakap," pintas Baihaqi.

"Tsk!" Aleesya menjeling tajam Baihaqi yang masih mengunyah ayamnya.

"Wahhh! Ica tegur budak degil ni?" Sadiq bersuara dengan wajah yang bangga dan terkejut.

Aleesya tayang riak biasa.

"Itulah! Angah pun tak sangka Haq ni boleh dengar cakap isteri dia. Kalau tak, selama ni kitorang tegur memang tak lut dalam kepala otak dia ni." Suhail menambah.

Sadiq dan papa angguk kepala berkali-kali.

"Dulu papa dah bising suruh dia cabut subang dekat telinga dia tu pun, dia buat tak tahu tau. Bila papa ugut nak cucuh api dekat telinga, barulah dia takut. Rebel sungguh Haq ni waktu muda dulu." Papa pula mengambil gilirannya untuk menambah.

Aleesya tergelak perlahan seraya memandang suaminya yang hanya menayang wajah selamba seperti tidak terkesan dengan kata-kata mereka. Pasti Baihaqi sudah biasa dengan kata-kata keluarganya.

Aleesya pandang pula cuping telinga Baihaqi dimana terdapat bekas tindik telinga. Aleesya jadi teringat waktu awal perkahwinan mereka, memang Aleesya terkejut apabila dia terlihat kesan tindik telinga itu. Selama ini dia hanya menyaksikan lelaki lain di alam maya atau di kaca televisyen mengenakan subang di telinga. Tidak menyangka pula dia mendapat suami yang mempunyai bekas tindik telinga.

"Itu yang tak sangka bila Ica boleh selamba tegur Haq. Kira betullah keputusan mama papa untuk kahwinkan Haq dengan Ica. Haq memang kena berdamping dengan perempuan yang berani menegur. Bukan yang jenis menunduk takut dengan suami," ujar Sadiq.

Jarak Umur Antara KitaWhere stories live. Discover now