BREK tangan diangkat selepas Baihaqi memberhentikan kereta. Kepala Baihaqi dipusing untuk melihat reaksi Aleesya tika ini. Serentak itu mata Baihaqi dijuling ke atas. Geram dia apabila melihat Aleesya yang sudah mengulum senyum sambil memerhati pandangan dari luar keretanya.
Baihaqi bertindak mahu membuka kasut dan menanggalkan stokingnya.
"Pergi ambil selipar aku dekat belakang," arah Baihaqi sambil menanggalkan stoking hitamnya.
Aleesya mencerlung tajam pandangannya ke arah Baihaqi. Pantang betul dia apabila Baihaqi kerap mengarah-arahkannya seperti itu. Dia bukan seorang hamba kepada Baihaqi. Namun apabila mengenangkan Baihaqi sudi turuti permintaannya hari ini, dia terpaksa sabarkan hati.
Tidak mahu membuang masa, Aleesya melangkah keluar dan pergi ke pintu belakang kereta untuk mengambil selipar Baihaqi. Kasut Baihaqi juga Aleesya tempatkan di belakang. Selesai memberikan selipar kepada Baihaqi, Aleesya hanya berdiri di pintu pemandu menunggu Baihaqi melangkah keluar dari kereta.
"Lain kali, sebut tolong tau abang," tegur Aleesya sambil tersenyum manis. Dia menunggu Baihaqi yang sibuk mencari dompetnya dengan penuh sabar.
"Kau tu patutnya cakap terima kasih dekat aku sebab bawa kau pergi pasar malam ni."
Baihaqi mendengus perlahan seraya dia melangkah keluar dari keretanya. Beberapa helaian rambut yang terjatuh di dahi agak mengganggu fokusnya. Baru sahaja tangannya mahu naik menolak rambutnya, sudah ada tangan lain yang melakukan tugas itu tanpa disuruh.
Baihaqi menjeling ke arah Aleesya yang sedang fokus membetulkan rambutnya dengan terkial-kial. Terkial-kial kerana ketinggian Baihaqi sangat melebihi ketinggian Aleesya yang rendah itu. Baihaqi terus merendahkan sedikit badannya bagi memudahkan urusan isteri mithali Aleesya.
'Sudahlah pendek, ada hati nak betulkan rambut aku,' getus Baihaqi dalam hatinya.
Tetapi kerana tidak mahu merosakkan mood Aleesya, Baihaqi hanya biarkan rambutnya dibetulkan oleh Aleesya.
"Dah! Jom abang!" Aleesya tersengih bahagia. Sangat bahagia kerana dia memang sudah lama teringin mahu pergi ke pasar malam.
Sebak hatinya apabila Baihaqi bertindak menukar jalan dan memakirkan keretanya di kawasan tapak pasar malam. Baihaqi memang tidak akan berkata apa-apa, tetapi Baihaqi melakukan sesuatu itu. Ini adalah salah satu sebab mengapa Aleesya tidak pernah mengambil hati atas layanan Baihaqi terhadapnya. Kerana bagi dia, sekasar-kasar Baihaqi, masih ada terselit kebaikan dalam diri suaminya itu buat dia.
"Ish aku tak sukalah pergi tempat ramai-ramai orang macam ni. Sesak! Apa pasallah dalam banyak-banyak tempat, pasar malam ni juga yang kau teringin nak pergi? Cubalah sekali tu teringin nak main badminton ke, main golf ke, bolehlah juga aku bawakkan. Ini pergi tempat ramai orang, dengan asap-asapnya! Errr!" Tubuh Baihaqi tergeliat memandang susana pasar malam yang padat dengan manusia itu. Dia rimas! Langkahnya juga seperti rela tidak rela sahaja mengikut Aleesya.
"Pasar malam ni best tau abang. Dekat sini abang boleh nampak manusia bertungkus-lumus buat kerja demi sesuap nasi," balas Aleesya sambil matanya melilau melihat sekeliling.
Sebelah tangannya memegang dompet dan telefon manakala sebelah lengan bajunya dipegang oleh Baihaqi. Dari tadi Baihaqi hanya mengikuti langkah Aleesya dengan tidak rela. Tubuhnya sibuk mengelak dari terlanggar orang lain.
"Bertungkus-lumus apanya? Macam terseksa aje aku tengok." Baihaqi mendengus. Dia berasa tidak puas hati memikirkan semula kenapa dia buat keputusan untuk datang ke sini.
"Struggle orang lain-lain lah abang."
"Ha tahu pun kau struggle orang lain-lain. Yang kau memilih nak tengok struggle orang dekat pasar malam ni kenapa? Apa pasal kau tak tengok struggle orang gelandangan bawah jambatan tu ha? Struggle orang yang minta sedekah dekat luar bank tu?"
YOU ARE READING
Jarak Umur Antara Kita
RomanceBaihaqi, seorang jejaka yang berumur 34 tahun dan telah berkahwin dengan seorang gadis yang berumur 23 tahun yang bernama Aleesya Qaisara. Konflik bermula pada awal pernikahan mereka lagi dimana Baihaqi tidak dapat menerima Aleesya Qaisara sebagai i...