Sorry korang lambat update. Lately ni sibuk dengan urusan peribadi. Jemput baca.
Korang patah balik ke chapter atas-atas. Saya ada update bab prolog.
Btw, follow lah ig saya- farah_notfara
***
KETUKAN di mejanya menyedarkan Aleesya dari larutan fokus kerjanya. Dari tadi matanya tajam memerhati setiap huruf dan nombor yang tersiar di layar komputernya. Jari juga dari tadi laju mengetik papan kekunci.
Aleesya palingkan kepala dari komputernya dan memandang gerangan yang telah mengganggu fokusnya. Kening diangkat kepada rakannya, Maisara.
"Dah masuk waktu lunch. Jom?" ajak Maisara bersama beg tangan yang sudah sedia tersangkut di bahunya.
"Uish cepatnya lunch. Aku tak sedar," jawab Aleesya sambil menyusun ala kadar kertas dan fail yang agak bersepah di atas meja kerjanya.
"Kau fokus sangat sampai tak sedar staff lain pun dah bangun nak pergi lunch." Maisara menjulingkan matanya ke atas. Aleesya kalau sekali dah tenggelam dalam kerjanya, memang takkan timbul dah.
Aleesya tersengih sambil memandang sekelilingnya. Ya benar pekerja lain ada yang sudah beredar untuk menikmati makanan tengah hari manakala ada yang hanya makan di meja masing-masing. Pekerja di jabatan Aleesya bekerja ini memang tidak ramai dan kerana itulah hanya kesunyian dan ketenangan yang hanya akan menemani Aleesya sepanjang dia melakukan kerja. Berbeza dengan jabatan lain dimana mereka agak ramai dan suasana kerja mereka memang meriah.
Tanpa melengahkan masa, Aleesya mencapai beg tangan yang terdapat di bawah mejanya. Setelah itu Aleesya bangun dan berjalan seiring dengan Maisara menuju ke lif.
Hari ini Aleesya tidak menyediakan bekal makanan kerana dia berasa agak malas. Waktu pagi tadi juga Aleesya hanya menyediakan roti bakar dan air coklat panas untuk Baihaqi. Baihaqi hanya menerima sarapan ringkas itu tanpa banyak bicara.
Walaubagaimanapun, Baihaqi sempat juga bertanya pada Aleesya sama ada Aleesya menyediakan bekal atau tidak. Baru sahaja Aleesya mahu berbunga hati kerana dia beranggapan Baihaqi sudah terbiasa dengan rutin mereka malah Baihaqi menepis sangkaan itu dengan penuh bongkak. Dia mengatakan bahawa dia lega dan berasa amat gembira kerana Aleesya tidak menyediakan bekal untuknya. Hampeh!
"Kita makan nasi kerabu nak tak?" soal Maisara saat mereka menapak keluar dari lif dan menuju ke pintu utama syarikat ini.
"Nak cari dekat mana?" Aleesya bertanya semula.
"Aku ada perasan ada gerai tepi jalan baru buka. Dia ada jual nasi kerabu."
"Dekat mana?"
"Ala dia dekat-dekat dengan mamak." Maisara merujuk pada kedai mamak yang berdekatan dengan tempat kerja mereka.
"Habis tu kalau kita beli nasi kerabu dekat situ kena bungkuslah kan? Tak boleh makan sana kan?"
"Ya benar."
"Dah tu kalau kita dah bungkus kita nak makan dekat mana? Balik semula ke ofis?"
"Kita makan dekat mamaklah. Order air dekat mamak."
"Boleh ke macam tu? Kita tak kena halau ke kalau kita tak beli makanan diorang?"
"Takkanlah. Mamak tu dah kenal muka aku. Kau jangan risau. Ala lagipun kita kan order air." Maisara cuba menyakinkan Aleesya yang kelihatan cuak itu.
Maisara bukan tidak kenal akan seorang kawannya ini. Aleesya memang seorang yang sejenis cepat takut. Atau bahasa mudahnya cuak. Memang susah untuk dia tinggalkan Aleesya keseorangan kerana Aleesya mudah takut dan risau. Kemahiran hidup Aleesya diluar memang agak lemah.
YOU ARE READING
Jarak Umur Antara Kita
RomanceBaihaqi, seorang jejaka yang berumur 34 tahun dan telah berkahwin dengan seorang gadis yang berumur 23 tahun yang bernama Aleesya Qaisara. Konflik bermula pada awal pernikahan mereka lagi dimana Baihaqi tidak dapat menerima Aleesya Qaisara sebagai i...