Bab 5

2.9K 215 17
                                    

HUJUNG minggu, Baihaqi dan Aleesya sedang bersiap untuk balik ke rumah keluarga Baihaqi. Aleesya pada waktu ini sedang leka menggosok tudung bawal miliknya dan juga blouse berwarna merah jambu lembut. Tudung yang dipadankan pula berwarna putih. Aleesya bertindak mahu menggosok tudung terlebih dahulu sementara menunggu suaminya yang sedang mandi.

Selang beberapa minit, tepat-tepat Aleesya selesai menggosok baju, Baihaqi keluar dari bilik mandi dengan hanya tuala berwarna hitam yang dililit di pinggang. Aleesya hanya pandang dengan pandangan kosong. Ini kerana dia sudah biasa dengan pandangan itu. Sudah enam bulan mereka sebilik, tiada sebab untuk Aleesya berona pipi bagai melihat tubuh bogel Baihaqi itu. Waktu awal perkahwinan, iyalah dia malu. Tetapi tidak sekarang. Hatinya sudah kental dengan pemandangan membunuh itu.

“Termenung apa? Pergi mandi. Kau tu dahlah mandi lama. Nak scrub badanlah sabun badanlah berendamlah bagai. Buang masa aku aje.” Baihaqi menegur apabila dia perasan Aleesya hanya termenung memandang papan seterika itu.

“Abang nak Ica tolong gosokkan baju?” tanya Aleesya dan hanya abaikan bebelan Baihaqi. Baihaqi apabila semakin usia meningkat ini, dia memang kuat membebel.

“Tak perlu. Kau pergi mandi aje sekarang ni.”

Baihaqi jalan menuju ke almari baju dan terus pintu almari itu ditolak. Helaian baju yang banyak tergantung itu dipandang lama. ‘Nak pakai baju apa?’. Baihaqi menyoal dalam hati. Sekilas, matanya memandang baju Aleesya yang baru lepas digosok dan tergantung bersebelahan dengan papan seterika itu. Warna merah jambu.

“Aku mana ada baju warna macam tu,” bisik Baihaqi perlahan.

“Apa dia abang?”

Terangkat bahu Baihaqi apabila ada suara yang dekat di tepi telinganya. Langsung dia tidak sedar bila Aleesya muncul di tepinya.

“Kau ni kenapa? Terkejut aku tahu tak?”

“Abang ni takkanlah macam tu pun terkejut. Lemah betul. Baik abang pergi check jantung dekat IJN. Asyik terkejut aje risau juga.” Aleesya balas selamba dan terus menapak ke arah bilik air.

“Kau ni kan budak! Mulut tu memang tak ada insurans eh? Cakap macam mengharapkan aku ni ada penyakit jantung. Oh kau sukalah kalau aku ni ada penyakit. Senang kau nak blah dari hidup aku kan?” Baihaqi membebel sambil mencekak pinggang.

Wajah Aleesya berkerut. Mak ai! Sampai ke situ suaminya boleh berfikir hanya kerana dia bergurau kepada suaminya untuk pergi ke IJN? Ini bukan overthinking dah ni. Ini overthanoverthinking dah ni.

Baihaqi mengecilkan mata memandang tubuh belakang Aleesya yang sudah menghilang di sebalik pintu bilik mandi itu. Baihaqi perasan satu benda dalam diri Aleesya, semakin lama, Aleesya semakin berani dengan dia. Semakin lepas lakunya. Apa-apa yang dia tegur pasti Aleesya akan menjawab. Kalau dulu waktu mereka baru berkahwin, Aleesya nak pandang mata dia pun segan. Tertunduk-tunduk kepala itu. Sekarang, agaknya kalau dia berbogel depan Aleesya pun agaknya Aleesya tidak kisah langsung.

“Apalah aku nak buat dengan budak ni? Biar takut sikit dengan aku? Ni kerja asyik nak menjawab aje. Dia ingat aku ni member-member dia aje ke?” bebel Baihaqi sampai tangan mencapai sehelai baju yang dia sudah putuskan untuk pakai hari ini.

Sedang leka dia memakai tali pinggang, telefonnya berdering. Baihaqi bergerak pantas ke arah telefonnya yang terletak di atas katil. Jari menggesek ikon hijau dan telefon dilekap di telinganya.

“Ya ma?” soal Baihaqi selepas salam sudah diberi.

“Bila nak sampainya? Semalam kata gerak pukul 11 pagi. Sekarang dah nak masuk zohor tak sampai-sampai lagi. Rumah mama dengan rumah Haq bukan jauh mana.”

Jarak Umur Antara KitaWhere stories live. Discover now