Prolog

3.3K 102 1
                                    

Minta follow ig saya plis my g- @/farah_notfara

***

DI dalam masjid yang besar dan indah, suasana hening terasa di antara barisan mereka yang duduk menunggu. Cahaya lembut dari lampu gantung kristal memancar menyorot karpet merah yang menghiasi ruangan.

Dengan langkah yang penuh keyakinan, Baihaqi yang mengenakan baju melayu berwarna putih mula memasuki masjid dan melabuhkan duduk di sisi bapanya. Mata-mata ahli keluarga yang terlibat memandang tunak ke arah Baihaqi dari dia melangkah masuk ke dalam masjid ini. Akhirnya, putera bongsu Datin Suraiya dan Dato' Bazli yang berumur 34 tahun itu sudah bersedia untuk mengemudi sebuah kapal besar bersama-sama wanita yang sebentar lagi akan bergelar isterinya.

Terletak tidak jauh dari kedudukan Baihaqi, terdapat mempelai wanita yang dihiasi dengan gaun pengantin berwarna putih, duduk di antara kawan baiknya dan bakal ibu mertuanya. Wajahnya berseri-seri, dihiasi senyuman gembira yang menandakan ketenangan dalam hatinya. Separuh hatinya tidak sabar untuk bergelar seorang isteri kerana akhirnya, dia tidak lagi keseorangan sampai bila-bila. Namun, separuh hatinya lagi menampung rasa takut dan risau untuk memegang gelaran yang baru iaitu seorang isteri kepada seorang suami. Mampukah dia?

"Itu macam kesan tindik telinga je?" Satu suara yang berbisik dekat dengan telinga Aleesya telah menyedarkannya dari lamunan.

Mata Aleesya bergerak memandang sisi kepala Baihaqi atau lebih tepat memandang cuping telinga Baihaqi. Ya, benar. Terdapat kesan tindik telinga. Matanya memandang pula perlakuan Baihaqi yang sedang mendengar dan mula menandatangani beberapa borang penting dihadapan Tok Kadi. Dia tidak pernah tahu bahawa Baihaqi memakai subang telinga. Selama ini dia hanya berhubung bakal ibu mertuanya berkaitan hal perkahwinan mereka.

'Bukan ke kalau lelaki tindik telinga, dia tak boleh jadi imam? Jadi wali pun tidak boleh.' Soalan itu tercetus di dalam hati Aleesya.

Serentak itu, Aleesya menggeleng kepala perlahan. Tidak, dia tidak patut mempersoalkan dosa orang lain. Itu antara dia dengan Allah. Sedangkan dia pun tidak pernah suci dari dosa apatah lagi orang lain. Manusia ini berbeza-beza. Dosa yang dilakukan pun berbeza-beza.

Mungkin Baihaqi sudah bertaubat dan beristighfar. Walhal, sudah diterangkan banyak kali di dalam kitab suci Al Quran bahawa Allah ialah Maha Pengampung. Dosa setinggi gunung, dosa seluas lautan pun Allah boleh ampun asalkan manusia menyesali dan berjanji untuk tidak melakukan dosa itu lagi. Allah Maha Pengampun. Allah Maha Penyayang.

"Muhammad Baihaqi bin Bazli." Hanya suara Tok Kadi yang menemani kesunyian di dalam masjid ini. Semua orang diam dan memerhati dengan khusyuk.

"Ya saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Aleesya Qaisara binti Ghazali dengan mas kahiwnnya 6000 ringgit tunai."

Aleesya memejamkan matanya. Dia membayangkan mama dan babanya ada disampingnya untuk menyambut hari bahagia ini. Hatinya sebak lantas tangannya memegang erat gubahan bunga yang disediakan buat pengantin perempuan sepertinya.

'Mama, baba. Ica dah kahwin. Ica sudah tidak keseorangan. Ica ada suami Ica untuk teman Ica. Mama baba tak perlu risau okey?'

"Tahniah Ica." Satu suara telah menyentakkan Aleesya dari lamunan sedihnya. Tepi tubuh kanannya dipeluk sang kawan baik yang bernama Maisara.

"Terima kasih Ica sudi terima lamaran mama." Ibu mertuanya, Datin Suraiya pula yang memeluk tepi tubuh kirinya.

Aleesya tidak pernah terbayangkan bahawa suatu hari nanti dia akan menjadi menantu dalam keluarga yang mempunyai darjat tinggi dan dihormati. Keluarga yang dilihat sebagai keluarga yang mulia, satu realiti yang sangat bertentangan dengan Aleesya yang berasal dari rumah anak yatim, hidup sebatang kara, dan menjalani hanya kehidupan yang sederhana.

Jarak Umur Antara KitaWhere stories live. Discover now