Bab 10

2.8K 275 45
                                    

Boh lah komen sikit

***

TUALA kecil digunakan untuk mengeringkan rambutnya yang basah. Sambil mengeringkan, matanya galak memandang Aleesya yang masih lena di atas katil itu. Dengusan dilepaskan perlahan. Masuk kali ini, sudah dekat sepuluh kali gamaknya dia mengejutkan Aleesya. Jika ikut hati jahatnya, mahu saja dia meninggalkan isterinya dan bertolak ke PD seorang diri.

Kaki didekatkan dengan katil lalu bahu Aleesya ditepuk perlahan. Langsung tiada respon. Bahkan sedikit pergerakan pun tiada.

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 5.45 pagi. Dia sudah maklum pada Aleesya bahawa dia mahu bertolak awal pagi kerana dia ada mesyuarat yang perlu dia hadiri di PD nanti.

"Budak!" Tidak cukup menepuk bahu, dia menggeletek pula tapak kaki Aleesya. Ada respon, tapi masih tidak mencelikkan matanya.

"Bangunlah! Aku dah lambat ni. Nak ikut ke tidak?" Baihaqi bersuara geram.

Aleesya mula menggerakkan badannya dengan malas. Sebelah tangan naik menggaru pipi kanannya.

"Lima minit," ujar Aleesya dan terus mahu melelapkan mata semula.

"Tak ada lima minit! Kau nak lima minit, 50 jam aku boleh bagi. Tak payah ikut." Baihaqi merengus geram. Kaki mula bergerak mahu meninggalkan Aleesya terkontang-kanting. Baru sahaja mahu bergerak untuk memakai baju, Aleesya sudah memanggilnya.

Baihaqi menoleh dan dia lihat Aleesya memanjangkan tangannya ke arah Baihaqi. Tidak berkata banyak, Baihaqi memegang tangan itu dan terus dia menarik perlahan membantu Aleesya untuk bangkit dari pembaringannya.

"Tolong ambilkan tu," arah Aleesya kepada Baihaqi sambil menunjukkan sesuatu di atas meja di tepi katil.

Sekali lagi, Baihaqi bergerak tanpa banyak kata. Dia mencapai sepit rambut dan dihulurkan pada Aleesya. Matanya memerhatikan gelagat Aleesya yang sedang melurutkan rambutnya dengan jari sebelum dikumpul menjadi satu dan terus disepit.

"Mengantuknya!" Aleesya menutup wajahnya dengan telapak tangannya. Menyesal pula dia menonton filem malam tadi. Mentang-mentang cuti, terus dia membuang masa dengan menonton filem pada tengah malam.

"Cepat mandi, Puan Aleesya Qaisara. Subuh dah nak masuk. Aku nak gerak lepas subuh." Baihaqi sudah bergerak ke arah wardrobe untuk menyarungkan bajunya.

Hela nafas perlahan, Aleesya menolak selimut tebal yang membelit kakinya. Dengan perlahan dan malas, dia mengatur langkah ke kamar mandi. Katil dibiarkan begitu sahaja. Malas dia mahu kemas sekarang. Nanti-nanti sajalah.

PERUT berkeroncong lapar minta diisi. Aleesya mengusap perlahan perutnya sambil memeluk bantal awan dan jalan menuju ke lot parkir kereta. Angin sejuk menerpa wajahnya membuatkan dia sedikit mengantuk.

Mata Aleesya sibuk memerhati belakang badan Baihaqi yang tersarung kemeja kerja berwarna hitam. Di tangan kanan Baihaqi terdapat bagasi yang terisi pakaian mereka berdua. Aleesya yang kemas baju mereka dan masukkan ke dalam bagasi itu jadi Baihaqi perlu mengusungnya.

"Abang, lapar..." ngadu Aleesya pada Baihaqi yang sedang memasukkan bagasi ke dalam sebuah kereta besar.

"Nanti kita singgah sarapan dulu," balas Baihaqi lalu jalan ke pintu pemandu.

Jarak Umur Antara KitaWhere stories live. Discover now