Bab 11

3.4K 294 50
                                    

Komen sikit & follow my ig plis- farah_notfara

***

ALEESYA terpegun melihat pemandangan yang terbentang di hadapannya sekarang ini. Sebuah hotel mewah yang ditempah oleh suaminya itu nampak sangat cantik. Kakitangan hotel yang berpakaian seragam kemas menyambut mereka dengan senyuman mesra. Beg-beg mereka diambil dengan penuh hormat dan mereka dipimpin ke lobi hotel yang luas dan elegan. Suasana lobi dipenuhi dengan hiasan mewah dan aroma harum dari bunga-bungaan segar yang diletakkan di merata sudut.

Setelah proses daftar masuk selesai, mereka diiringi oleh seorang pembantu hotel ke bilik mereka. Koridor menuju ke suite mereka dikelilingi dengan tingkap-tingkap besar yang membolehkan mereka menikmati panorama laut yang tidak terputus. Setiap langkah membawa mereka lebih dekat kepada penginapan yang telah lama Aleesya impikan.

Hotel mewah yang terletak di tepi pantai dan hotel penginapan mereka dibina di atas laut? Siapa yang tak suka? Aleesya sedari tadi tidak putus senyuman dari bibirnya.

Dari tadi Aleesya hanya mengekori Baihaqi dan Ammar dari belakang sambil memeluk bantal awannya. Bagasi mereka diuruskan oleh pekerja hotel ini jadi mereka bertiga hanya berlenggang menuju ke bilik hotel.

Bilik hotel yang ditempah oleh Baihaqi terletak di atas laut jadi Aleesya tidak berhenti senyum melihat pemandangan indah ini. Sepanjang 23 tahun dia hidup, ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki di hotel mewah yang terletak di atas laut. Bunyi deruan laut yang menyapa gegendang telinga Aleesya sangat menenangkan jiwanya.

Melihat perlakuan Baihaqi dan Ammar yang selamba berjalan sambil berborak santai itu pasti mereka sudah terbiasa datang dan menginap di hotel bertaraf lima bintang seperti ini.

Sesampainya di bilik hotel milik Baihaqi dan Aleesya, pintu terbuka dan sekali lagi Aleesya terpegun melihat ruang tamu yang luas dan dihias dengan mewah. Hiasan dalaman yang moden dan elegan dipadankan dengan warna-warna tenang, mencipta suasana yang nyaman dan menenangkan. Balkoni peribadi yang besar menghadap ke laut, dengan perabotan santai yang sempurna untuk menikmati matahari terbenam nanti.

"Wahhh cantiknya!" Aleesya bersuara sambil matanya melilau melihat pemandangan indah di dalam bilik hotel ini.

Bilik hotel ini luas dan besar. Sekali lagi, ini adalah kali pertama Aleesya menginap di bilik hotel sebesar ini.

"Wow ada kelopak bunga ros atas katil! Abang tempah bilik ni sekali untuk kita honeymoon ke?" Aleesya menyakat sambil tersenyum-senyum sambil memandang Baihaqi yang baru lepas menutup pintu bilik.

Terbeliak mata Baihaqi memandang keadaan atas katil yang penuh dengan kelopak bunga ros dan tuala yang berbentuk swan sedang bercium. Baihaqi mengetap rahang kuat. Pasti kerja Ammar! Selama ini urusan penginapan memang dia serah bulat-bulat pada kawan dan juga merangkap pembantunya itu.

"Sweet juga abang rupanya. Tapi... Ica bawa baju tidur kartun-kartun. Tak apa ke abang?" Aleesya menyoal dengan wajah tersipu malu.

"Kau jangan nak merepek sangat. Bukan aku yang tempah bilik ni. Ni semua kerja Ammar." Sebelah tangan Baihaqi naik menggosok telinganya yang sudah memerah.

Dah kenapa pula dia tiba-tiba rasa malu ni?!

Aleesya terus tergelak perlahan melihat Baihaqi yang sudah tidak tentu arah itu. Dia hanya bergurau saja. Walhal dia sudah tahu bahawa Baihaqi tidak akan sesekali dengan sengaja untuk menempah bilik hotel berupa seperti ini. Malas mahu bicara panjang, Aleesya berjalan menuju ke balkoni bilik.

"Cantiknya!" Aleesya teruja melihat pemandangan indah dari balkoni bilik ini. Di hadapannya terbentang sebuah pantai yang indah.

Telefon yang berada di dalam poket skirt jeansnya dikeluarkan, dan dia segera merakam pemandangan yang menakjubkan itu. Aleesya mengambil pelbagai gambar, dari pantai yang menawan hingga burung-burung yang berterbangan bebas di langit. Dia juga tidak melepaskan peluang untuk menangkap keindahan langit yang mempesona. Setiap detik yang berlalu menjadi kenangan berharga dalam gambar-gambar tersebut, menggambarkan betapa indahnya suasana di sekelilingnya.

Jarak Umur Antara KitaWhere stories live. Discover now