Bab 9

3.5K 286 64
                                    

PINTU dikuak dan Baihaqi melangkah keluar dari bilik kerjanya. Tepat dia melangkah keluar, mata disajikan dengan Aleesya yang sedang leka menonton televisyen sambil berbaring mengiring di atas sofa. Aleesya hanya diam tidak menegur Baihaqi.

Baihaqi berjalan mendekati Aleesya dan melabuhkan duduk di hujung kaki Aleesya. Baihaqi rampas alat kawalan jauh yang berada dalam genggaman Aleesya dengan wajah selamba. Kemudian dia selamba menukar siaran tv itu.

Aleesya tika itu hanya menjeling tajam sahaja melihat perlakuan suaminya itu. Dia bangun dari baringannya dan mula bangun untuk meninggalkan ruang tamu ini. Dia malas mahu melayan Baihaqi.

"Minggu depan aku outstation. Dekat PD," kata Baihaqi sambil mata masih terarah pada skrin televisyen.

"Nak ikut." Tak jadi Aleesya mahu melangkah masuk ke dalam bilik setelah dia mendengar kata-kata Baihaqi. Dia labuhkan semula duduk di atas sofa. Sebelah kaki dia letak di atas sofa.

"Tak payah. Aku pergi sana untuk bekerja bukan bercuti. Lagipun kerja kau nak campak mana?"

Aleesya mendekatkan jarak mereka sehingga lututnya bertemu dengan peha Baihaqi yang tersarung seluar pendek itu.

"Ica boleh minta cuti."

"Aku pergi sana sebab sibuk bekerja. Kau duduk sana nanti siapa yang nak melayan kau?" Berkerut wajah Baihaqi memandang Aleesya yang sibuk mahu sertai dia pergi outstation.

"Ala Ica tak sukalah duduk rumah sorang-sorang. Ica nak ikut. Lagipun Ica dah lama tak apply cuti. Inilah masanya Ica boleh guna cuti Ica." Aleesya merayu. Dia memang bersungguh mahu mengikut Baihaqi pergi outstation. Dia tidak mahu tinggal di rumah ini berseorangan tanpa Baihaqi. Dia tidak suka!

"Kau boleh ambil cuti tapi kau duduk rumah atau pergi mana-mana je kau nak. Yang penting tak payah ikut aku."

"Ala Ica boleh stay hotel sorang-soranglah. Yang penting Ica tak nak duduk sini sorang-sorang."

"Sama je pun. Kau ikut aku, kau akan stay hotel sorang-sorang. Kau duduk sini, kau stay sorang-sorang juga. Kau nak takut apa?"

Baihaqi bingung dengan sikap Aleesya yang satu ini. Nampak sungguh penakut. Semua perkara tidak boleh lakukan sendiri. Apabila dia menyuruh Aleesya melakukan sesuatu dengan sendiri, pasti Aleesya akan menabur macam-macam alasan dan salah satunya adalah dengan alasan takut.

"Ala bolehlah..."

"Sebenarnya aku tak faham dengan kau ni. Apa yang kau takutkan sangat? Aku tahulah kau ni budak mentah lagi tapi aku rasa budak macam kau ni boleh aje kalau nak berdikari kan? Apa yang susah sangat? Eh waktu aku umur macam kau ni dah macam-macam perkara aku buat sorang-sorang tau." Baihaqi mula membebel panjang.

Matanya galak memerhati Aleesya yang sudah memuncung panjang. Tidak tahu kenapa, tapi dia merasakan gaya Aleesya ketika ini sungguh menunjukkan gaya kebudak-budakannya. Nampak manja dengan rambut yang lurus dilepas panjang hingga ke pinggang. Fringes rambut yang menutup dahi itu memang menyerlahkan lagi kecomelan Aleesya. Ditambah pula dengan baju tidur bercorak Hello Kitty. Kenapa nampak comel sangat ni? Mata Baihaqi terkelip-kelip memandang Aleesya. Liur ditelan. Tidak pernah-pernah selama ini dia terasa ingin memuji penampilan Aleesya.

"Ica bukan ta-takut. Ica cuma..." Aleesya agak tergagap-gagap mahu mencari jawapan.

"Cuma apa?" Baihaqi mendesak.

"Cuma tempat isteri kan di sisi suami. Ha! Ica kena selalu ada di sisi abang." Aleesya memberi sepotong jawapan dengan yakin sambil tangannya bergerak di awang-awangan.

Baihaqi geleng kepala mendengar jawapan Aleesya itu. Ada sahaja modal jawapan isterinya itu.

"Abang beria-ia tak nak Ica ikut ni kenapa? Abang ada pasang lagi sorang ya? Madu Ica duduk dekat PD ke?!" Suara Aleesya meninggi saat tuduhan itu dilemparkan.

Jarak Umur Antara KitaWhere stories live. Discover now