Bab 3

1.9K 139 25
                                    

WAKTU pulang sudah tiba, Aleesya kelihatan masih tekun menekan papan kekunci di atas meja kerja. Matanya kejap-kejap mengerling ke arah skrin komputer, kejap-kejap mengerling ke arah kertas di atas mejanya. Kadang kala dia berhenti seketika untuk mematahkan sendi di jari untuk menghilangkan lenguh di jarinya.

Keluhan dilepaskan saat mata terpandang jam yang tertera di skrin komputer. Cepat saja masa berlalu. Pejam celik, waktu kerjanya sudah habis. Hari yang siang sudah mahu berganti malam. Esok datang pejabat dan buat kerja yang sama seperti sekarang.

“Bila nak balik Ca?” soal seorang rakan kerja merangkap kawan baik Aleesya yang bernama Maisara. Mejanya terletak bersebelahan dengan meja Aleesya.

“Nak balik dah ni. Lagi sikit nak siap ni,” balas Aleesya tanpa memandang wajah rakan baiknya itu. Mata dan jari masih bekerja di komputer itu.

“Nak naik aku tak?” tanya Maisara lagi. Dirinya santai berdiri di kubikelnya sambil memerhati gelagat Aleesya yang masih fokus dengan kerjanya. Matanya digerakkan  pula memandang sekeliling ruangan pejabat yang luas ini dan memerhatikan mereka yang sudah mempersiapkan diri untuk pulang ke rumah. Namun ada juga yang masih bertapak di tempat masing-masing membuat kerja seperti Aleesya.

“Tak. Dua hari lepas aku dah tumpang kau kan? Hari ni suami aku ambil.”

Maisara angguk kepala.

“Kalau kau nak tumpang aku, beritahu je tau? Aku okey aje. Aku bukan apa, aku kesian bila teringat suami kau pernah lupa nak jemput kau balik kerja sampai kau kena tunggu berjam-jam dekat luar bangunan. Nasib baik security syarikat ni baik nak temankan kau.” Sakit hati Maisara apabila mengenangkan tentang kejadian itu. Aleesya menelefonnya pada waktu itu dan memintanya menjemput Aleesya di tempat kerja sedangkan waktu kerja sudah lama habis. Bila ditanya, Aleesya menjawab bahawa Baihaqi lupa dan tertidur sehingga Aleesya tiada pilihan lain selain meminta tolong Maisara datang menjemputnya di tempat kerja. Dan saat itulah baru dia tahu bahawa suami Aleesya tidak menyukai dengan Aleesya.

“Sekali itu aje dia terlupa. Lepas tu tak dah.”

“Still dia boleh lupa bini dia. Sudahlah lupa, boleh pula terbongkang sampai bini call pun tak angkat-angkat. Tidur mati.”

Aleesya tergelak mendengar kutukan Maisara terhadap suaminya. Sejak kejadian Baihaqi lupa menjemput dia di tempat kerja, memang kebencian Maisara terhadap suaminya berada di skala yang tertinggi. Sebutlah nama Baihaqi di depan wajah Maisara, pasti kawannya akan kutuk habis-habisan.

“Nak buat macam mana? Waktu tu pula aku baru aje kahwin dengan dia. Selama ni dia terus balik ke rumah bila waktu kerja dah habis. Tiba-tiba kena menjemput bini pula dekat syarikat lain. Dia tak biasa lagilah dengan rutin baru dia."

“Ha sebelahkanlah suami kau tu. Sayang sangat.”

“Dah suami aku. Kenalah sayang.” Aleesya gelak lagi.

“Ergh! Dahlah aku balik dulu. Majikan aku dekat rumah tu mesti bising bila tengok aku tak balik-balik lagi. Aku ni dahlah kuli aje dalam rumah tu. Majikan aku tu tahu makan, tidur, berak aje.”

Sekali lagi tawa Aleesya terlepas. Membayangkan kucing gebu yang diberi nama Mat Labu milik Maisara membuatkan hati Aleesya menggebu. Dia sangat sukakan kucing tetapi Baihaqi tidak sukakan kucing sekaligus tidak membenarkan dia untuk membela kucing.

“Bye, Mai. Jumpa esok.”

“Jumpa esok juga! Kalau apa-apa jadi, telefon aku terus tau!” Aleesya angguk kepala.

Setelah bayang Maisara menghilang, Aleesya terus mengemaskan kertas dan pen yang berselerakan di atas meja. Dia menyusun kemas kertas-kertas itu dan mengasingkan mana yang sudah siap dan juga mana yang perlu dia sambung esok. Komputer dimatikan sekaligus suis di mejanya juga dimatikan. Beg tangan di bawah meja dicapai dan disangkut di bahu.

Jarak Umur Antara KitaWhere stories live. Discover now