PROLOG

15 0 0
                                    

          "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" Suffieyya Mierana perlahan sebelum dia membuka matanya dan melihat telefon bimbitnya yang berada di tangan.

          Terjatuh ke lantai telefon bimbit miliknya sebaik sahaja melihat sesuatu di telefon bimbitnya itu. Nombor tak dikenali.

          _UNKNOWN_

'congratulations! you are accepted to work at ZM company as a new employee. please come to ZN company next week for the second interview session. '

           "S..serious lah?" Tanya Suffieyya kepada diri sendiri tanda tidak percaya. Air mulai bergenang di tubir mata kerana dia masih tidak percaya dia diterima bekerja di syarikat terbesar asia itu.

           "Umi! Umi!"tanpa membuang masa, dia terus bangun dari duduknya dari birai katil dan langsung bergegas turun ke tingkat bawah untuk bertemu dengan uminya.

           "Ya, adik?"jawab Puan Hafiyah lembut. Kelihatan Puan Hafiyah sedang menonton drama melayu bersama Encik Irfan yang sedang merangkul pinggangnya sambil menonton telvisyen bersamanya.

          "A...adik diterima umi!"kata Suffieyya. Air matanya masih bergenang di tubir matanya.

           "Diterima? Diterima apa, adik?"tanya Puan Hafiyah tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh anak bongsunya itu.

           "Syarikat ZM! Adik diterima kerja di syarikat itu! Syarikat terbesar di asia!"

           Puan Hafiyah yang mendengarkan itu jelas terkejut dan tidak percaya apa yang didengarnya tadi."Se...serious la, adik?"tanya Puan Hafiyah meminta kepastian

          Soalan Puan Hafiyah hanya menerima jawapan anggukan dari Suffieyya Mierana.

           "Alhamdulillah ya Allah..."Puan Hafiya terus berdiri dari duduknya lalu mendapatkan tubuh Suffieyya ke dalam pelukannya. Tangan Puan Hafiyah mengusap lembut belakang badan Suffieyya.

           Encik Irfan juga turut bangun lalu mendapatkan anak bongsunya itu. Kepala anak bongsunya itu dipeluk dan diusap lembut

          "Tahniah , Suffieyya Mierana Binti Muhammad Irfan, abah bangga dengan kamu"ujar Encik Irfan lembut. Tangannya tidak berhenti mengusap kepala anak bongsunya itu.

           "Thank you, abah."balas Suffieyya dengan senyuman lebar. Air matanya turun mengalir di pipi.

           "Abah yang patutnya berterimakasih pada kamu, terima kasih sebab dah buat abah bangga pada kamu."ujar Encik Irfan lagi.

           "Lepas ini, umi dan abah dah tak perlulah kerja, biar adik yang transfer duit dekat account umi dan abah tiap minggu"ujar Suffieyya bersama sengihan kecil

           Terus mengeras tangan Puan Hafiyah yang sedang mungusap belakang badannya tadi. Suffieyya yang perasan tangan uminya berhenti mengusapnya, memandang uminya penuh tanda tanya.

           "Adik, kan umi dah kata. Dah tak perlu bahas benda ini. Biarlah umi nak bekerja sekalipun."ujar Puan Hafiyah. Encik Irfan yang mendengar apa yang dikatakan oleh Puan Hafiyah itu hanya mengangguk setuju.

           "Tapi umi, kesihatan umi itu lebih penting. Umi dan abah sudah tua, bagaimana kalau nanti ada apa apa terjadi?"risau Suffieyya

           "Ehh, abah dengan umi nampak aje tua, tapi kami ini bersifat dan berjiwa muda lagi tahu?"ujar Encik Irfan. Tangannya disilangkan ke dada.

           "Hek eleh, yalah tu. Nanti waktu nak angkat benda berat, tiba tiba pinggang terseliur"kata Suffieyya. Sempat dia tertawa kecil semasa di penghujung ayatnya itu.

           "Ehh, apa kata macamtu, adik? Takbaiklah! Kata kata ialah doa, tahu tak?"ujar Puan Hafiya pula.

           "Hehehe, sorry umi, abah"kata Suffieyya bersama sengihan kecil.

           Puan Hafiya dan Encik Irfan yang mendengar perkataan maaf Suffieyya itu hanya menggeleng perlahan bersama senyuman kecil. Haih, anak sapelani.

           "Kau tengok itu, tengoklah macam mana umi dengan abah layan anak pembawa sial tu!" Bisik Elsa Umiyyah keras kepada adik kembarnya itu. Daritadi, pasangan kembar itu hanya mengintai mereka bertiga disebalik dinding.

           "Cis, setakat syarikat terbesar di asia itu, aku pun boleh dapat lah! Malah, aku bukan boleh dapat yang terbesar di asia aje tau, silap silap di dunia." Sombong Chelsa Amiyyah pula berkata, adik kembar Elsa Umiyyah.

           Pasangan kembar itu hanya melihat mereka bertiga dari jauh dengan muka yang penuh dendam.

Mr . Zrean M (OG)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang