Tok!
Tok!
Tok!
Mendengar sahaja bunyi ketukan pada pintu, Wafi terus memandang ke arah Wifa yang sedang duduk sambil menonton cerita didi & friends.
"Kenapa pandang aku macam tu?" Tanya Wifa dengan mata tepat memandang ke arah tv.
"Tak rasa nak buka ke?" Tanya Wafi.
"Nak buka ka? Takyah lah, takut setan yang ada kat luar tu" Selamba kata Wifa sambil memandang ke arah jam yang menunjukkan pukul 1 pagi.
"Sekarang dahlah pukul 1 pagi. Takut hantu je yang ada kat luar tu" Kata Wifa lagi sebelum dia memandang ke arah Wafi.
"Apa susah? Bawa je lah selipar. Kalau yang kat luar tu hantu, kau ketukla kepala dia. Nah" Kata Wafi sambil menghulurkan satu selipar yang berada berdekatan dengan mereka.
"Kalau ketuk kepala dia, rasa-rasa dia akan rasa sakit tak?" Tanya Wifa. Wafi mengangkat bahu.
"Entah, belum cuba belum tahu" Kata Wafi bersahaja. Dia kembali menghulurkan selipar itu kepada Wifa.
"No, thanks" Wifa mengambil penyapu yang berada disebelahnya. Wafi sekadar menggeleng perlahan. Adik siapa ni?
Wifa terus melangkah ke arah pintu sebelum pintu rumahnya dibuka.
"Eh Kasim?" Kata-kata Wifa mengundang jelingan tajam daripada Kenzo.
"Apa kau buat kat sini, Kasim?" Tanya Wifa sambil memandang ke arah Kenzo. Wafi dibelakang sudah mengerutkan dahinya. Siapa pulak Kasim?
"Kasim kepala bapak kau! Aku Kenzo!" Marah Kenzo sambil memandang tajam ke arah Wifa.
"Eh bapak-bapak jangan main!" Wifa turut memandang tajam ke arah Kenzo. Ewah, main bapak-bapak lak.
"Kau nak apa? Aku tengah sibuk ni" Kata Wifa sambil menyilangkan tangannya ke dada.
"Aku nak jumpa Kevin, dia ada?" Tanya Kenzo sambil memandang ke dalam rumah untuk mencari sosok adiknya.
"Tak payah jumpa lah. Dah berambus, aku nak tengok didi & Friends pun tak tenang" Bebel Wifa sambil melangkah untuk masuk ke dalam rumah. Kenzo terus menarik kasar tangan Wifa.
"Eh kau lepas!" Marah Wifa.
"Mana Kevin?" Tanya Kenzo lagi.
"Baik kau lepas sebelum aku patahkan tangan kau" Kata Wifa sambil memandang tajam muka Kenzo.
"Fafa, asal ni?" Tanya Iqbal yang baru sahaja sampai dirumah. Wifa memandang lama muka Iqbal.
"Ada orang nak jumpa Kevin" Kata Wifa. Iqbal sekadar mengangguk.
"Jap aku panggilkan" Kata Iqbal sebelum melangkah untuk masuk ke dalam rumah. Bahu Kenzo dilanggarnya kasar sehingga Kenzo terenjak sedikit ke tepi.
"Hi guys!" Kata Iqbal setelah membuka pintu bilik Kevin. Kelihatan Kevin dan Kafi berada disitu.
"Eh Iqbal? Bila kau balik?" Tanya Kevin. Dia yang sedang berbaring tadi terus bangun untuk duduk.
"1 minit lepas" Jawab Iqbal.
"Oh ya ada orang cari kau. Dia tengah tunggu kau kat luar" Kata Iqbal. Kevin mengerutkan dahinya.
"Siapa?"
"I don't know but aku akan panggil dia beruk" Jawab Iqbal selamba.
"Kau suruh je lah dia balik. Aku malaslah" Kata Kevin sambil memandang ke arah Iqbal.
YOU ARE READING
Kevin Anggara [ On Going ]
General FictionKEVIN ANGGARA, merupakan seorang lelaki yang baik dan sentiasa tenang dalam menghadapi masalah. ADRESIA DIYANA, seorang yang pendiam tetapi pemurah dengan senyuman namun disebalik senyuman itu, terdapat satu kesedihan yang disembunyikan. Disaat oran...