Wifa memandang lama ke arah jam yang menunjukkan pukul 4:30 pagi. Entah kenapa, tiba-tiba dia tak boleh tidur. Nak tidur tapi tak mengantuk pulak. Aduh!
"Please lah, tadi aku minum susu kot" Kata Wifa seorang diri. Dia meletakkan tangannya didagu. Orang kata kalau minum susu boleh buat kita cepat mengantuk, ni kenapa mata aku segar sangat ni?
Semasa dia sibuk bersembang dengan dirinya sendiri, tiba-tiba perutnya berbunyi. Ya, dia lapar sebenarnya. Tapi dia malas nak turun masak. Wifa terdiam, kot-kot lah otak dia tiba-tiba berfungsi dipagi hari ni kan.
Dengan perlahan, senyuman nakal terukir dibibir Wifa. Lapar malam-malam? Wafi Kasela solusinya! Dia turun dari katil sebelum terus melangkah keluar. Pintu bilik Wafi yang berada berhadapan dengan biliknya diketuk kuat.
"Woy! Abangkuu bangunlah, Fafa lapar."
Wafi yang sedang nyenyak tidur itu terus tersedar apabila seseorang mengetuk kuat pintu biliknya. Punya lah kuat sampai macam dah nak roboh pintu tu. Matanya digosok perlahan sebelum terus melangkah ke arah pintu. Buka sahaja pintu, kelihatan Wifa yang sedang berdiri dihadapan pintu biliknya dengan tangan yang membawa patung kucing.
"Apa?" Serak suara Wafi bertanya.
"My kadhale, saya lapar la tapi saya malas nak masak. Saya mengantuk tapi tak boleh nak tidur" Kata Wifa dengan muka tidak bersalah. Wafi terdiam sebelum memandang ke arah jam di dinding. Pukul 4:34 pagi. Wafi mengeluh perlahan.
"Oh kamu mengantuk eh? Kalau macam tu takpela, saya pergi beli samyang dekat 7E je. Kamu pergi lah sambung tidur" Kata Wifa perlahan dengan riak muka yang bertukar sedih.
"Maaf kacau kamu tidur. Goodnight ya bang" Baru sahaja Wifa mahu menoleh ke belakang, laju Wafi memegang tangan Wifa.
"Hm? Pagi-pagi buta macam ni kau nak keluar? Eh memang aku takkan benarkan lah. Kalau kau dah lapar sangat, biar aku je la yang masak" Kata Wafi perlahan sebelum melangkah untuk turun ke bawah. Wifa mengoyak senyuman lebar. Eh sukanya bila ada orang yang ambil berat pasal dia! Mengantuk-mengantuk pun sanggup turun masakkan untuk aku!
Wafi tak boleh ada girlfriend, isteri pun tak boleh. Kena single je, kalau tak siapa je yang nak melayan perangai aku ni kan? Kan kan?
Wafi menggoreng nugget dan kentang goreng selama 30 minit. Wifa pula hanya sibuk bermain dengan patung kucing miliknya. Ada masa, dia akan memandang ke arah Wafi yang sedang sibuk memasak itu sambil menguap kecil.
"Kalau mengantuk, tidur je lah dulu. Nanti aku kejut" Kata Wafi. Bukan dia tak perasan yang Wifa sudah menguap lebih dari dua kali. Wifa menggeleng.
"Taknak, saya nak makan dulu lepastu baru tidur" Kata Wifa. Lepas makan baru lah kita boleh tidur dengan tenang. Wafi tersenyum kecil sebelum meletakkan pinggan yang berisi nugget dan kentang goreng tadi dihadapan Wifa.
"Baca doa dulu" Tegur Wafi apabila melihat Wifa terus nak makan nugget tu. Wifa tersengih sebelum membaca doa. Dia terus makan makanan yang digoreng oleh Wafi. Sedap! Entah kenapa tapi kalau dia rasa makanan yang dibuat oleh air tangan Wafi, rasa sedap dia lain macam!
Wafi memandang hairan ke arah Wifa yang sedang menghabiskan makanan dengan tangan yang memegang kepala. Wafi bangun dari duduknya sebelum dahi Wifa dipegangnya perlahan.
"Boleh tahan panas, kau demam ni" Kata Wafi. Wifa terdiam. Dia bukan nak nafikan. Masa dia ikut Kafi dengan Iqbal balik tadi, dia main hujan. Mana tak demamnya?
"Mana ada demam, saya sihat je cuma pening sikit la itu pun sikit je. Kamu jangan risau lah" Kata Wifa sambil tersenyum nipis.
"Ubat nak tak?" Tanya Wafi, apa yang dikatakan Wifa dia abaikan. Tak sakit konon. Wifa geleng.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kevin Anggara [ On Going ]
Ficção GeralWARNING-! ⚠️ Cerita ini tersgtlah cringe. kalau tak suka, jangan lah baca 🙏🏻 Kevin Anggara, seorang lelaki yang tenang dan penyabar, hidup dengan prinsip untuk selalu membantu orang lain. Namun, kehidupan yang indah itu berubah apabila dia bertem...