Kevin termenung kosong sambil mengacau air hazelnut chocolate yang berada ditangannya.
"Weh human, apahal kau termenung?" Tegur Wifa Kasela apabila melihat sahabatnya yang sedang termenung. Kevin menggeleng perlahan sebelum mengangkat kepalanya untuk memandang ke arah Wifa.
"Tak ada apa" Perlahan suara Kevin sebelum dia kembali memandang ke arah air hazelnut chocolate miliknya.
"Kau ok? Tak sihat ke?" Tanya Wifa. Risau pula dia tengok Kevin yang hanya mendiamkan diri. Selalunya lelaki itu yang akan membisingkan rumah sampai jiran datang tegur tapi hari ini lain pula.
"Tak ada apa. Aku just sakit tangan" Bohong Kevin. Sejujur, dia teringat kata-kata Xaviera semalam. Xaviera suka Kenzo. Dia terus menghembus nafas.
"I know you're lying" Kata Wifa tegas dengan mata tidak lepas dari memandang Kevin.
"Eh kau! Kau dengan Wafi sama je. Dua-dua susah nak tipu" Selamba kata Kevin sebelum melepaskan ketawa kecil.
"Of course dek! Aku kan kembar dia" Kata Wifa dengan muka bangga.
"Eh jangan nak tukar topik! Apa masalah kau? Cerita dekat aku" Kata Wifa dengan suara yang kembali tegas.
"Aku buat apa yang kau suruh aku buat. Aku dah putus dengan Xaviera" Kata Kevin. Wifa ternganga kecil.
"I'm sorry.. aku just.."
"Tak apa, aku faham. Aku nampak yang dia pegang tangan Kenzo depan mata aku sendiri" Potong Kevin sambil tersenyum tawar ke arah Wifa.
"Siapa je yang tahu tentang ni?" Tanya Wifa. Bukan boleh si Kevin ni, kerja nak pendam aja masalah dia bukan kongsi.
"Kau" Jawab Kevin sebelum mengangkat kakinya untuk duduk bersila.
"Ada baiknya kalau kau bagitahu kat Wafi, Kafi dengan Iqbal pasal ni" Kata Wifa sebelum mengusap rambut Kevin. Kevin terdiam lama.
"Hah? Tahu apa pulak ni? Weh wawaf, tengok diorang rahsiakan sesuatu dari kita!" Sampuk satu suara. Kelihatan Kafi dan Wafi yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.
"Eh giovane maestro?" Kata Kevin sambil memandang ke arah Wafi. Wafi sekadar tersenyum.
"Weh, kau tahu tak-"
"Tak" Kata Wafi dan Kafi serentak.
"Eh bangang, bagi aku cakap dulu lah bebal!" Marah Wifa. Ewah, apa barang main potong-potong!
"Ok ok, cakaplah dek" Kata Kafi.
"Xaviera dengan Kevin dah putus" Kata Wifa. Terus membulat mata Kafi mendengarnya, Wafi pula hanya diam.
"What? Apa maksud kau putus?" Tanya Kafi. Mukanya jelas terkejut.
"Xaviera suka abang aku" Perlahan Kevin menjawab. Sejujurnya, sakit hatinya masih belum hilang.
"Aku dah agak dah" Gumam Kafi perlahan.
"Dah lah, tak payah sedih-sedih untuk perempuan macam tu" Pujuk Wifa. Nadanya bertukar lembut.
"Betul! Berdamai dengan takdir adalah sebaik-baiknya pilihan. Biarkan takdir berjalan, sebagaimana Allah telah tetapkan untuk kau" Sampuk Wafi setelah lama mendiamkan diri. Kevin terkedu.
"Dah, bagi menghilangkan sedih, jom aku belanja mixue nak?" Ajak Kafi. Kevin terus membulatkan matanya.
"Serious?" Tanya Kevin meminta kepastian.
"Ya la, pernah ke aku menipu?" Kata Kafi. Wifa terdiam sebelum menjeling tajam ke arah Kafi.
"Ok fine, aku memang selalu menipu tapi kali ni aku tak tipu, serious!" Sambung Kafi lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/360756640-288-k564398.jpg)
YOU ARE READING
Kevin Anggara [ On Going ]
Aktuelle LiteraturWARNING-! ⚠️ Cerita ini tersgtlah cringe. kalau tak suka, jangan lah baca 🙏🏻 KEVIN ANGGARA, merupakan seorang lelaki yang baik dan sentiasa tenang dalam menghadapi masalah. ADRESIA DIYANA, seorang yang pendiam tetapi pemurah dengan senyuman namun...