06 : Keviya

57 11 0
                                        

Diyana terdiam sambil memandang lama ke arah fail yang diberikan oleh Kevin tadi. Tugasnya sudah selesai cuma dia takut nak hantar dekat Kevin.

Ting!

Telefon Diyana berbunyi me ada orang yang menghantar mesej kepadanya. Diyana terus mengambil telefonnya yang berada diatas meja sebelum terus membuka whatsapp.

Adeenaa💘🪷
"Wahai sahabatku yang aku sayangi, kau taknak turun makan ke? Ni kan dah waktu lunch, semua orang dah turun kau tahu tak!?"

Diyana terdiam sebelum memandang kawasan sekeliling. Betul, tak ada sesiapa pun dekat sini. Diyana terus membalas mesej Adeena. Rasa takut belum hilang lagi boleh pulak si Adeena whatsapp.

Diyana
"Aku nak turun cuma aku takutlah nak hantar fail ni dekat Kevin."                                            

Adeenaa 💘🪷
"Lahh, kenapa kau nak takut? Lagipun Kevin bukan ada dalam bilik kerja dia, dia keluar. Macam yang aku cakap, semua orang dah keluar."

Diyana memandang hairan ke arah mesej Adeena. Kevin keluar? Sejak bila? Kenapa dia tak perasan langsung?

Diyana
"Hmm ok lah, kau sabar jap."

Diyana terus menutup telefonnya dan bangun untuk melangkah ke bilik Kevin. Harap-harap betullah yang Kevin keluar. Sampai sahaja dihadapan pintu bilik Kevin, Diyana terus mengetuk pintu sebanyak tiga kali.

Bila tak ada orang yang menyahut, Diyana terus membuka pintu. Dia menghembus nafas lega apabila tiada siapa-siapa didalam bilik itu. Diyana meletakkan fail itu dimeja sebelum terus melangkah keluar.

"Laparnya aku! Tak sabarnya nak makan" Gumam Diyana perlahan.

***

Haider dan Adeena memandang kosong ke arah Kevin yang sedang elok mengunyah biskut buatan Wifa.

"Bukan tadi kau suruh kongsi ke? Dah apahal dia makan sorang?" Bisik Haider kepada Wifa yang sedang bermain telefon disebelahnya.

"Entahlah" Kata Wifa sebelum mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia ada suruh dorang kongsi tadi tapi takpela.

Haider terdiam sebelum merampas bekas biskut yang berada ditangan Kevin. Membulat mata Kevin dibuatnya.

"Heh budak mata amber! Apa masalah kau? Tu biskut aku!" Marah Kevin sambil mencuba untuk mengambil kembali biskutnya.

"Wifa kata tadi kongsi kan? K-o-n-g-s-i, kongsi!" Haider mengeja perkataan itu kepada Kevin membuatkan Kevin memandang tajam ke arahnya.

"Aku baru makan dua kan? Bagilah aku makan dulu!" Kata Kevin taknak kalah.

"Dua? Eh dari sebalang penuh tinggal separuh tahu tak? Dahlah kau sorang yang makan, tak reti nak offer orang ke?" Sinis Haider berkata sambil menjeling tajam ke arah Kevin.

"Sudahlah.." Sampuk Adeena perlahan. Pening pula dia mendengar dua manusia ni bergaduh. Dah macam budak-budak!

"Sudah apa-"

"Vinvin. Jom beli air nak tak?" Potong Wifa tanpa sempat Kevin menghabiskan ayatnya. Sengaja Wifa mengalihkan perhatian Kevin.

"Air? Haih, dua air tu takkan tak cukup lagi? Kau minum ke kau buat mandi dekat badan?" Kata Kevin sebelum memandang ke arah dua air hazelnut chocolate yang berada dihadapan Wifa.

Kevin Anggara [ On Going ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang