"Take a sip of Yana secret potion" Adeena menyanyi sambil menyikat rambutnya.
"She will make you fall in love" Adeena mengerling sekilas ke arah Diyana yang sedang sibuk melipat baju.
"For a spell that can't be broken, one drop should be enough."
"Boy, you belong to her" Nyanyi Adeena sambil menunjuk ke arah Diyana menggunakan jari telunjuknya.
"She got the recipe, and it's called black magic" Adeena bangun dan melangkah ke arah Diyana. Sampai sahaja dibelakang Diyana, Adeena terus memegang bahu Diyana membuatkan Diyana memejamkan matanya. Cuba untuk mencari kesabaran.
"And it's called black magic.."
"Kau dah kenapa? Nak mampus dah ke apa?" Tanya Diyana dingin sebelum membuka matanya untuk memandang muka Adeena.
"Hehe, kau dengar tak aku nyanyi tadi? Sedap tak suara aku?" Tanya Adeena dengan satu senyuman yang terukir dibibir merahnya.
"Hmm bolehlah" Jawab Diyana malas.
"Hmm Yanaaa" Meleret suara Adeena memanggil.
"Ya sayang, apa?" Sahut Diyana malas.
"Kau suka Kev-"
"Tak!" Belum sempat Adeena menghabiskan ayatnya, laju Diyana memotong. Haa.. mula dah soalan bodoh dia.
"Eh kau dah kenapa? Aku tak habis cakap lagi kan!" Marah Adeena sebelum tangannya naik memeluk tubuh.
"Tak payah nak habiskan. Buat serabut otak aku je nak jawab" Kata Diyana. Muka sahabatnya langsung dia tak pandang.
"Kenapa kau macam benci je dekat Kevin? Kau dendam dengan dia ke sebab dia suruh kau jadi personal assistant dia?" Tanya Adeena dengan muka hairan. Takkan sebab tu kot?
"Bukan sebab tu cuma aku trauma nak percayakan dia, lagi-lagi dia tu adik Kenzo. Kau tak tahu betapa hancurnya hati aku bila kena curang depan mata aku sendiri. Kalau abang dia pun kaki curang apatah lagi dia?" Kata Diyana. Bukan sekali Kenzo curang tapi lebih dari empat kali.
"Dan kau pasti ke Kevin tu ikut perangai abang dia? For your information, Kevin is much more mature than your ex" Kata Adeena. Dia bukan nak membela Kevin, dia hanya tegakkan kebenaran. Kevin setia sangat dengan Xaviera tapi Xaviera yang melayan lelaki sana sini. Diyana terdiam. Bila difikirkan balik, betul jugak apa yang Adeena kata.
"Tak apa lah, abaikan. Oh ya, kau tengok tak post baru Kafi?" Tanya Adeena sambil tersengih kecil.
"Post Kafi? Tak pun, kenapa?" Tanya Diyana. Jangankan tengok, nama akaun Kafi pun dia tak tahu.
"Tak ada lah cuma Haider dalam gambar tu handsome weh! Kevin pun boleh tahan handsome" Sengaja nama 'Kevin' ditekankan. Diyana yang mendengar nama Kevin terus memandang ke arah Adeena.
"Mana? Nak tengok" Kata Diyana.
"Ha? Tengok apa?" Tanya Adeena sebelum mengerutkan dahinya.
"Ish! Gambar si hantu purpleky tu lah!" Kata Diyana dengan nada kuat.
"Jap aku terfikir, kenapa kau panggil Kevin tu hantu purpleky eh?" Tanya Adeena.
"Sebab dia menakutkan kalah hantu lepastu mata dia warna purple" Terang Diyana. Adeena terdiam sebelum membulatkan mulutnya.
Adeena mengambil telefonnya yang berada diatas meja untuk membuka Instagram. Akaun Instagram Kafi ditekan sebelum dia terus menghulurkan telefonnya kepada Diyana.
"Ni, handsome kan bakal suami aku" Kata Adeena sambil tersenyum. Ingat saja muka Haider terus memerah mukanya. Diyana sekadar memandang kosong gambar itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kevin Anggara [ On Going ]
General FictionWARNING-! ⚠️ Cerita ini tersgtlah cringe. kalau tak suka, jangan lah baca 🙏🏻 Kevin Anggara, seorang lelaki yang tenang dan penyabar, hidup dengan prinsip untuk selalu membantu orang lain. Namun, kehidupan yang indah itu berubah apabila dia bertem...