12 : Keviya

53 7 0
                                    

Diyana memandang ke arah menu ditangannya dengan muka terkejut.

'Makanan tu tak boleh mahal lagi ke?' Kata Diyana didalam hati. Nasi goreng sahaja harganya sudah 20 ringgit, entah apa yang special pun dia tak tahu. Nama sama je nasi goreng pattaya, tak ada apa-apa yang special pun nama dia tu.

Diyana terdiam sebelum mengangkat kepalanya. Kevin yang duduk berhadapan dengannya dipandang lama. Lelaki itu hanya menayangkan riak muka kosong, langsung tak terkejut. Tak ada perasaan ke apa?

"Lama lagi ke kau nak tenung muka aku?" Tegur Kevin dengan mata tepat memandang ke arah menu ditangannya. Diyana tersentak sebelum dia menggeleng perlahan.

"Eh bila masa? Mana ada saya tenung tuan" Nafi Diyana. Kevin menjeling.

"Kau nak makan apa?" Tanya Kevin. Diyana terdiam sebelum kembali memandang ke arah menu ditangannya.

"Erk.. s-saya" Terhenti percakapan Diyana. Apa dia nak order ni? Dahlah makanan dekat sini mahal-mahal.

"Kau? Tolong habiskan ayat kau tu" Kata Kevin masih lagi menunggu sambungan ayat daripada Diyana.

"Saya tak tahu, saya ikut tuan je lah" Kata Diyana. Satu senyuman manis dihadiahkan kepada Kevin.

Kevin terdiam. Jujur, dia pun tak tahu nak order apa.

"Eh tuan ni kawan kepada Iqbal Kasandra dan Wifa Kasela kan?" Tanya pelayan itu setelah lama menatap muka Kevin. Berkerut dahi Kevin dibuatnya.

"Kenapa?"

"Apa kata tuan order je makanan yang mereka selalu order? Makanan yang mereka order pun boleh tahan sedap" Kata pelayan itu, satu senyuman manis dihadiahkan kepada Kevin. Kevin terdiam sebelum mengangguk perlahan.

"Bolehlah."

Pelayan itu mengangguk. "Minum?"

"Iced caramel macchiato, satu bungkus satu minum sini" Kata Kevin.

Pelayan itu mengangguk sebelum mencatat didalam buku nota kecilnya.

"Iced hazelnut chocolate satu" Kata Diyana setelah lama membelek-belek buku itu.

"Itu sahaja?" Tanya pelayan itu. Serentak Kevin dan Diyana mengangguk.

"Ok, tunggu ya" Kata pelayan itu sebelum terus melangkah pergi meninggalkan Kevin dan Diyana.

Diyana yang melihat bayangan pelayan itu semakin lama semakin menghilang terus memandang ke arah Kevin.

"Tuan.." Panggil Diyana perlahan.

"Hmm?" Sahut Kevin.

"Kenapa tuan bawa saya datang sini?" Tanya Diyana. Kevin yang sedang bermain telefon tadi terus mengangkat kepala untuk memandang Diyana.

"Asal?"

"Tak, kenapa tuan bawa saya makan dekat sini?" Ulang Diyana lagi.

"Kenapa? Kau tak suka ke makanan dekat sini? Rasanya baru 10 saat lepas order makanan, takkan tak suka dah?" Kata Kevin sebelum menyilangkan tangannya ke dada.

"Eh bukan macam tu maksud saya. Maksud saya, makanan dekat sini kan mahal-mahal. Saya taknak menyusahkan tuan" Terang Diyana.

"Kau tak pernah menyusahkan aku, lagipun aku punca kau tak makan tengah hari tadi" Jawab Kevin bersahaja.

"Tuan selalu ke makan dekat sini?" Tanya Diyana.

"Selalu jugak tapi setiap kali aku datang sini, Iqbal yang akan orderkan makanan untuk aku" Jawab Kevin. Sebab tu dia tak tahu nak makan apa, nama makanan yang dia selalu makan pun dia tak tahu.

Kevin Anggara [ On Going ]Where stories live. Discover now