Kevin memandang kosong ke arah kad jemputan majlis kahwin Kenzo dan Xaviera.
"Mamat ni punya taknak kalah, bukan satu tapi 20 kad dia hantar kat aku. Kalau kad tu ada tulisan lain-lain tak apa jugak ni tak, sama je semua" Bebel Kevin seorang diri didalam bilik.
"Argh! Malasnya aku nak pergi. Dahlah kerja kat syarikat aku tu berlambak-lambak!" Kata Kevin sebelum memegang kepalanya. Serabut pulak otak dia sekarang.
"Heleh, cakap je lah yang kau jealous" Kata Kafi yang berada dihadapan pintu bilik Kevin. Kevin tersentak sebelum terus memandang ke arah Kafi.
"Kau ni memang suka terjah masuk bilik orang ke apa? Tak reti bagi salam dulu ke?" Tanya Kevin sambil menjeling tajam ke arah Kafi.
"Dia main jeling-jeling sobatt, tachod titew" Kata Kafi sebelum melepaskan ketawa kecil. Kevin sekadar memandang kosong ke arah Kafi. Gila ke apa tiba-tiba nak gelak?
"Ya Allah! Tolong, komakan lah hamba. Sesungguhnya hamba tidak sanggup ada kawan seperti orang gila dihadapan hamba ini" Kata Kevin sebelum meletakkan kepalanya di atas meja. Kafi menjeling.
"Jangankan koma, kau mampus pun aku sanggup datang kubur semata-mata nak kacau kau" Kata Kafi sambil melangkah ke arah katil Kevin untuk duduk.
Buk!
Kevin menghentuk kuat kepalanya di atas meja. Tadi stres sebab Kenzo sekarang stres sebab Kafi.
"By the way, nasi padang ada nasi padang?" Tanya Kafi tiba-tiba membuatkan Kevin terus memandang ke arahnya dengan dahi yang berkerut.
"Apa yang nasi padang?" Tanya Kevin dengan muka blur. Takkan dia lapar nasi padang kot?
"Ish! Majlis perkahwinan mamat dengan minah tu lah, nanti ada nasi padang tak?" Kata Kafi membuatkan Kevin terus memandang tajam ke arahnya.
"Kau ni.." Kevin memejamkan matanya seketika, cuba untuk mencari kesabaran.
"Alolo, siapa dia bestie bucuk-bucuk Kafi? Cuba angkat tangan ketot tu si-"
Pak!
Terhenti percakapan Kafi apabila ada bantal yang menghinggap ke mukanya.
"Hah! ambik kau! Puas hati aku" Kata Kevin sambil memandang tajam ke arah Kafi.
"Garang naw you ni, ni yang i gewramm ni" Kata Kafi sebelum melepaskan ketawa kecil.
Baru sahaja Kevin ingin mengambil bantal yang baru terus Kafi mengangkat tangannya tanda mengalah.
"Alolo, ok ok. Asal kau taknak pergi majlis tu? Jangan cakap kau masih cintakan Xaviera" Kata Kafi sebelum dia melangkah ke arah Kevin dan memegang bahu lelaki itu. Kevin terdiam seribu bahasa. Dia benci Xaviera tapi dalam masa yang sama, dia rindukan Xaviera.
Kafi yang melihat Kevin hanya mendiamkan diri terus mengangguk tanda faham. "I see, kau masih cintakan Arayna?"
"Tak! Aku dah tak cintakan dia. Perasaan aku kat dia sepatutnya dah mati. Aku benci dia Kaf, tapi dalam masa yang sama aku rindukan dia" Kata Kevin perlahan. Kafi terus mengusap lembut belakang badan Kevin bagi menenangkan lelaki itu.
"It's ok, sesetengah orang memang perlukan masa yang lama untuk melupakan seseorang yang pernah dia cintai. Aku faham tu" Kata Kafi membuatkan Kevin tersenyum tawar.
"Aku sentiasa doakan yang kau dapat lupakan Xaviera. Kau tahu kan banyak lagi perempuan yang sukakan kau" Kata Kafi memberi semangat kepada Kevin.
"Semua orang sukakan aku sebab rupa dan harta, bukan sebab hati. Sama macam Xaviera" Kata Kevin. Jujur, Xaviera membuatkan dia kembali benci pada perempuan.
![](https://img.wattpad.com/cover/360756640-288-k564398.jpg)
YOU ARE READING
Kevin Anggara [ On Going ]
General FictionWARNING-! ⚠️ Cerita ini tersgtlah cringe. kalau tak suka, jangan lah baca 🙏🏻 KEVIN ANGGARA, merupakan seorang lelaki yang baik dan sentiasa tenang dalam menghadapi masalah. ADRESIA DIYANA, seorang yang pendiam tetapi pemurah dengan senyuman namun...