"Weh Fafaa" Panggil Kevin kuat sambil memandang ke arah Wifa yang sedang memegang gelas didapur. Wifa yang mendengar namanya dipanggil terus memandang ke arah Kevin.
"Kat sini kau rupanya. Penat aku pusing sekeliling rumah semata-mata nak cari kau" Kata Kevin. Rumah mereka bukannya kecil, lagi-lagi si Wifa ni random. Kat semua tempat dia boleh ada.
"Why are you cari-cari me? Kau dah why dan what kau nak?" Soalan Wifa menerima jelingan tajam daripada Kevin. Nak speaking konon, speaking pun ke laut.
"Entahlah, diorang kata kau sorang je yang tak pergi kerja harini" Kata Kevin. Wifa hanya mengangguk sebelum memandang ke arah gelas yang berada ditangannya.
"Kau tak pergi kerja ke, Vinvin?" Tanya Wifa sebelum dia memandang ke arah Kevin yang sedang berdiri tegak dihadapan pintu masuk dapur.
"Ayah aku kata dia nak uruskan syarikat aku harini. Dia kata aku tak payah datang" Kata Kevin sebelum melangkah mendekati Wifa. Gelas air yang berada di atas meja, dia ambil sebelum terus mengisi air. Tiba-tiba tekaknya rasa kering.
"Kau tak rasa ke ada something wrong dengan ayah kau?" Tanya Wifa. Dahi Kevin berkerut sebelum dia memandang ke arah Wifa.
"Maksud kau?"
"Tak ada apa lah, abaikan" Kata Wifa sebelum menggeleng perlahan.
"Eh jap, kau tu dah kenapa tak pergi kerja?" Tanya Kevin kepada Wifa yang sedang termenung. Entah apa yang dia fikirkan.
"Ha? Apa ja?" Tanya Wifa dengan muka blur.
"Aku tanya, kenapa kau tak pergi kerja?" Ulang Kevin.
"Oh sebab aku sebenarnya malas. Lagipun Ariel ada. Pandai-pandai lah dia uruskan syarikat aku tu" Selamba kata Wifa. Selalunya memang Wifa akan menyuruh Ariel yang merupakan personal assistant dia untuk menguruskan syarikat jika dia tiada. Dia? Dia hanya akan pergi ke syarikat itu apabila diperlukan sahaja.
"Haih, jahatnya kau. Kesian Ariel dapat bos macam kau" Kata Kevin dengan muka simpati. Kesian ya kalau jadi Ariel.
"Jahat? Eh baiklah tu. Dia sorang je yang gaji aku naikkan 50 ribu sebulan" Kata Wifa sambil meletakkan gelasnya di atas meja sebelum dia memandang ke arah Kevin yang sudah membulat matanya.
'50 ribu?' Kata Kevin di dalam hati.
"Wow sugar daddy, minta 5 ribu" Kata Kevin sambil menadah tangan dihadapan Wifa.
"Sugar daddy, sugar daddy. Aku lempang karang bersepai gigi kau" Kata Wifa sebelum menjeling tajam ke arah Kevin. Duit dah banyak tapi nak minta duit orang. Haih.
"Fafa, kau dah ada girlfriend ke?" Tanya Kevin. Sengaja nak kacau Wifa.
"Soalan tu kalau boleh bodoh lagi pun tak apa. Menangis hati aku dengar soalan kau, rasa macam nak ketuk kepala kau guna selipar pun ada" Kata Wifa sebelum melangkah pergi ke ruang tamu. Dah tahu aku single, ditanya lagi. Haih, sengaja lah tu.
"Garanglah you ni, ni yang i suka you tahu tak?" Kata Kevin. Sedaya upaya dia menahan dirinya agar tidak melepaskan ketawa.
"Kau nak apa ni, Vinvin? Nak penampar ke apa?" Tanya Wifa dengan mata tepat memandang ke arah cerita didi & friends.
"Kau ada nak pergi mana-mana tak nanti?" Tanya Kevin sebelum dia melangkah ke hadapan Wifa. Matanya tepat memandang ke dalam anak mata biru milik sahabatnya.
"Tak kot, asal?" Tanya Wifa. Makin blur otaknya mendengar soalan Kevin.
"Baguslah! Jom teman aku pergi rumah keluarga aku" Kata Kevin sambil tersenyum kecil ke arah Wifa.
![](https://img.wattpad.com/cover/360756640-288-k564398.jpg)
YOU ARE READING
Kevin Anggara [ On Going ]
Ficción GeneralWARNING-! ⚠️ Cerita ini tersgtlah cringe. kalau tak suka, jangan lah baca 🙏🏻 KEVIN ANGGARA, merupakan seorang lelaki yang baik dan sentiasa tenang dalam menghadapi masalah. ADRESIA DIYANA, seorang yang pendiam tetapi pemurah dengan senyuman namun...