"Aden! Kenapa kau siram aku?" Marah Diyana sambil memegang bajunya yang basah kuyup akibat disiram oleh Adeena.
"Siapa yang kejut taknak bangun? Kau kan" Kata Adeena selamba. Bukan main lembut lagi dia kejut Diyana tadi tapi Diyana dah macam tidur mati dah gayanya. Disebabkan Adeena geram, dia siram je lah Diyana guna air.
"Sejuk tahu tak!?" Diyana bercekak pinggang sambil memandang tidak puas hati muka Adeena.
"Aku minta maaf" Kata Adeena.
"Ok, aku maafkan kau" Kata Diyana sebelum bangun dari duduknya.
"Oh ya, surat permohonan kerja kau ada dekat atas sofa luar. Nanti kau ambil" Kata Adeena. Diyana sekadar mengangguk sebelum dia terdiam lama.
"Apa nama tempat kerja kau tu eh? Aku nervous lah.. macam mana kalau semua orang tak suka aku?" Tanya Diyana perlahan.
"Tempat kerja aku tu nama dia 'Anggara De Vin Company.' Tak payah nervous lah, orang dekat sana baik-baik" Kata Adeena sambil tersenyum bagi menyakinkan Diyana.
"Tapi kat situ ada tiga orang perempuan ni masalah mental. Nanti kalau dia hina kau ke apa, kau tutup telinga je. Buat-buat tak dengar" Sambung Adeena. Diyana mengerutkan dahinya.
"Perempuan mental?" Tanya Diyana.
"Ya. Nama diorang Tania, Rachel dengan Erin. Waktu aku mula-mula masuk pun aku kena hina dengan diorang tapi aku buat-buat tak dengar" Kata Adeena. Diyana sekadar mengangguk.
"Oh ya, si Kenzo tu ada datang cari kau lagi ke?" Tanya Adeena sambil memandang lama ke arah Diyana. Diyana terdiam sebelum mengangguk perlahan.
"Setiap kali kau tak ada kat rumah, setiap kali tu jugakla dia datang cari aku" Terang Diyana. Adeena menggenggam erat tangannya membentuk penumbuk.
"Aish, tak padan dengan dah nak kahwin jantan tu. Aku sampai blur, Kevin adik ke dia yang adik? Tak matang langsung!" Bebel Adeena.
"Yana, lepas ni kau jangan keluar sorang-sorang dah tau? Bahaya!" Kata Adeena. Diyana mengangguk tanda faham.
"Ya, aku tahu lah" Jawab Diyana malas.
"Eh dahlah, baik kau pergi bersiap cepat! Aku tunggu kat luar" kata Adeena sebelum dia terus bangun dan melangkah keluar.
Diyana terdiam sebelum bangun dan terus bersiap untuk ke tempat kerjanya.
***
Setelah beberapa minit, Diyana dan Adeena akhirnya tiba disebuah syarikat yang bernama 'Anggara De Vin Company.' Hari ini merupakan hari pertama Diyana bekerja disitu.
"Besarnya!" Penuh kagum Diyana memandang ke arah bangunan dihadapannya. Cantik!
"Ya, memang pun. Gaji pun lumayan" Kata Adeena.
"Eh jom beli ayam gunting depan tu nak tak?" Kata Adeena sambil menunjuk ke arah sebuah kedai ayam gunting yang berada tidak jauh dari mereka.
"Boleh ke?" Tanya Diyana. Entah kenapa dia rasa takut. Tak pasal-pasal hari pertama kerja dah kena pecat sebab si Adeena.
"Apasal pulak tak boleh? Kau ingat bos kita tu nak penampar kita ke kalau lambat? Lebih kurang kena bebel je" Selamba kata Adeena sambil menarik tangan Diyana untuk pergi ke kedai ayam gunting itu.
"Tak payah lah tarik-tarik, aku boleh jalan sendiri" kata Diyana. Secara tiba-tiba Adeena berhenti mengejut membuatkan Diyana terus terlanggar belakang badan Adeena.
![](https://img.wattpad.com/cover/360756640-288-k564398.jpg)
YOU ARE READING
Kevin Anggara [ On Going ]
Ficción GeneralWARNING-! ⚠️ Cerita ini tersgtlah cringe. kalau tak suka, jangan lah baca 🙏🏻 KEVIN ANGGARA, merupakan seorang lelaki yang baik dan sentiasa tenang dalam menghadapi masalah. ADRESIA DIYANA, seorang yang pendiam tetapi pemurah dengan senyuman namun...