IL 1: Dia

547 38 7
                                    

Arlyn P.O.V

Ting!

Tanda notifikasi Whatsapp masuk.

Aku mencapai telefon pintar Android yang terletak diatas meja. Membuka aplikasi berwarna hijau.

' Meeting jam 2, jangan lewat.' - Madam Sarah.

Aku membaca mesej yang dihantar didalam group Whatsapp office. Didalam hanya terdapat 5 orang ahli sahaja termasuk aku. Tertulis diatasnya 'Marketing Sparkling'.

Aku segera membalas dengan menghantar stiker kartun membuat tanda 'Okay'. Begitu juga dengan beberapa ahli yang lain. Ada yang sekadar membalas 'Noted' dan ada yang menghantar stiker seperti aku.

Baru sahaja aku hendak meletakkan telefon diatas meja, notifikasi Whatsapp berbunyi lagi.

' Btw, nanti Bos masuk meeting sekali.' -
Madam Sarah.

Mata aku membulat. Seriously!

Cepat-cepat aku memusingkan kerusi ke belakang. Mengheret kerusi beroda dengan aku yang masih duduk diatasnya. Menghampiri meja Madam Sarah.

"Madam, ada meeting apa? " Bisik aku.

Madam Sarah mendekatkan diri kepada aku.

"Tak tau, Bos yang panggil. Semua department masuk meeting sekali." Balas Madam Sarah ikut berbisik.

Lina, salah seorang staff marketing menghampiri kami berdua. Ikut sama dalam 'perbincangan.'

"Jarang-jarang Bos nak join sekali. Entah-entah dia nak marah sebab sale tak capai target. Habislah kita, kita yang buat marketing semua." Lina berbisik.

Pantas Madam Sarah menepuk bahu Lina.

"Ish, janganlah cakap macam tu. Akak yang kena tiaw nanti."

"Ke dia ada nak buang pekerja. Biasanya macam tu kan? Depan staff lain dia buang orang." Aku pula menambah.

Terus sahaja ketiga kami melirik ke kiri, kearah pintu bilik kaca yang tertutup. Padanya terdapat tanda nama berwarna emas terlekat.

Terbayang-bayang seperti ada aura - aura negatif keluar dari bilik tersebut.

"Siapa pula yang buat hal kali ni?" Ujar Lina

"Haish, seram pula rasa." Ucap Madam Sarah masih dalam keadaan berbisik sambil menggosok-gosok lengan bajunya. Membuat gaya seperti meremang.

Aku mengangguk laju.

Aku memandang kearah jam dinding yang tergantung.

11.40 pagi. Masih ada beberapa jam sebelum meeting.

******

"Jom, jom nanti lambat masuk." Aku, Madam Sarah dan Lina bergegas berjalan ke arah meeting room yang berada di tingkat bawah.

Cepat-cepat kami menuruni satu persatu anak tangga. Jam menunjukkan 1.50 tengahhari.

Sparkling Group merupakan nama syarikat tempat aku bekerja sekarang. Salah sebuah syarikat dalam bidang Food & Beverages (F&B). Syarikat kami menghasilkan produk minuman dan masih lagi baru dalam industri ni. Baru je nak masuk 5 tahun. Masih dalam fasa membangun lah katakan.

Dan aku bekerja di department marketing. Kerja - kerja mengiklan, mempromote produk tu sudah semestinya tugas utama kami. Yelah, kalau takde marketing, macam mana orang nak kenal apa yang kita jual. Ye dok?

Ice & Love (GxG)Where stories live. Discover now