Karl P.O.V
.
.
." Mel! "
Bushh!!!
Tubuh aku tenggelam ke dalam lautan yang gelap dan tidak berdasar. Tangan aku terkapai-kapai cuba untuk mengapungkan diri.
" Tolong!" Aku berteriak.
Berharap ada yang mendengar.
Aku masih tenggelam timbul, cuba untuk mencuri nafas.
Keadaan langit juga gelap, tanpa kerlipan bintang bahkan rembulan, sama gelap seperti lautan luas yang tidak berpenghujung.
Suasana sekeliling yang tidak disinari cahaya menambahkan lagi ketakutan dihati...Dan baru aku sedar...
Dua susuk tubuh, lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari aku...turut sama terkapai-kapai, mencari nafas. Sesekali tenggelam timbul ke dalam air.
" Mummy! Daddy! " Teriak aku dalam usaha cuba untuk kekal terapung.
Mahu berenang kearah mereka, aku juga tidak mampu. Seperti kaki aku ditarik-tarik untuk terus tenggelam ke dasar lautan.
Beberapa kali aku tertelan air...
Nafas aku semakin terasa sesak...
Badan aku juga semakin tidak berdaya...melemah...
Perlahan-lahan aku mulai tenggelam...
Aku hanya mampu memandang permukaan air yang semakin jauh dari gapaian.
.
.' Anyone! Tolong aku! '
.
.Sepasang tangan asing mencapai tanganku , menarik aku ke dalam pelukan. Memeluk tubuh aku erat, dan membawa aku kembali ke permukaan...
.
.
." Bos!" Sayup suara tersebut.
.
.
." Bos!" Semakin jelas di pendengaran.
.
.
." Bos! Bangun! "
.
.
.Aku pantas membuka mata.
Perkara pertama yang menjadi tumpuan mata aku adalah...
Wajah penuh kerisauan Arlyn...
" Bos?" Panggil dia.
Aku masih terpinga-pinga, memandang sekeliling. Tiada lagi kegelapan seperti tadi. Yang ada hanyalah ruang tamu rumah aku yang diterangi cahaya dan Arlyn yang berdiri di sisi sofa tempat aku berbaring.
Aku menyentuh dahi serta leher aku yang terasa basah. Leher baju aku juga sedikit lembab.
" Kejap saya ambilkan air."
Dia terus berjalan kearah dapur.
Aku mengubah posisi dari berbaring kepada duduk, cuba untuk mencerna apa yang berlaku. Jantung aku masih berdetak tidak sekata. Badan aku juga terasa lemah seperti baru habis berlari marathon.
" Air, bos." Arlyn kembali dan menghulurkan mug berisi air kosong.
Aku mencapai dengan tangan yang masih sedikit menggigil. Dia mengambil tempat di sebelah aku.
" Bos okay?" Soal Arlyn.
" Hmmm ..." Aku membalas dengan anggukan perlahan. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Mahu kata aku baik, aku sememangnya bukan dalam keadaan yang baik.
Mug aku dekatkan ke bibir, meneguk air kosong yang diberi oleh Arlyn sebentar tadi.
" Mimpi buruk?"
Aku mengangguk lagi. Termenung memandang ke satu arah. Cuba untuk menstabilkan semula degupan jantung aku yang berdetak resah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ice & Love (GxG) {ONGOING}
RomantikaUpdate Rank: #2/882 in lgbt (6 April 2025) #2 in WLW (x ingt) #2 in GL (x ingt) KARLLYN SEBASTIAN...a.k.a bos..Pemilik syarikat minuman yang dingin, berat mulut, dan agak tegas.. nak tengok dia senyum?? Jangan harap ... Trauma lama dan keperitan keh...