Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

IL 20: Redflag

556 37 13
                                        

Karl P.O.V
.
.
Aku memberhentikan kereta. Memandang tepat kearah sepasang 'kekasih' yang rancak berbual di bawah bangunan apartment.

Hati aku terasa seperti disiat-siat melihatkan tingkah mereka berdua yang mesra, saling bertukar senyuman dan tawa. Apatah lagi apabila si lelaki memberikan jambangan bunga.

Dan aku tidak boleh terima apabila mereka berdua mula berpelukan dan berkucupan.

Aku menghentak keras steering kereta, melepaskan amarah.

"Tak guna."

Aku pantas keluar dari dalam perut kereta...

"Mel!"

Teriak aku penuh rasa kecewa.
.
.
.

"Bos!"

"Bos!"

Suara Arlyn menerbangkan memori lama tersebut dari fikiran. Aku mendongak memandang Arlyn yang berdiri di sisi sofa tempat aku melabuhkan duduk sejak setengah jam yang lepas.

Mata aku bagaikan di paku untuk terus menatap. Arlyn yang manis menggayakan blouse kosong berwarna putih, dipadankan dengan pleated skirt berwarna biru muda. Rambut panjangnya yang berwarna coklat gelap diikat separuh, dan sebahagian lagi dibiarkan lepas. Jangan tanya aku apa jenis ikatan tersebut.

"Okay tak?" Dia menyoal aku yang tegak berdiri dihadapannya.

Entah bila aku berdiri, aku pun tak sedar.

"Gorgeous." Puji aku ikhlas.

Dia tersenyum manis. Ah! Bertambah cantik dia dimata aku.

"Fuyoo! Matching outfits. Sweetnyaa." Usik Erin, yang baru keluar dari biliknya. Dia berjalan melepasi kami berdua dan terus ke dapur.

Matching?

Oh iya, aku mengenakan kemeja putih kosong serta seluar jeans berwarna biru.

Wajah Arlyn sudah berubah kemerahan.

"Kata ada kerja. Ni nak kerja ke nak dating?" Soal Erin, sambil memeluk botol berisi makanan ringan.

"Kerja lah. Kan aku dah bagitau tadi." Balas Arlyn.

"Yelah tu, macam aku nak percaya."

"Betullah, kau tanya bos sendiri. Bos yang kata tadi dekat aku." Ujar Arlyn sambil menunjuk kearah aku.

Aku sekadar mengangkat kedua kening. Tanda mengiyakan.

"Jom bos. Nanti lambat pula." Ajak Arlyn, mula berjalan kearah pintu rumah. Aku hanya menurut dari belakang.

"Aku gerak dulu. Kalau nak kirim apa-apa, nanti Whatsapp lah." Sempat Arlyn meninggalkan pesan sementara dia menyarungkan kasut ke kaki.

"Haah aku nak kirim guna apa? Surat? Asap? Hantar burung?" Perli Erin.

"Eh haah, lupa pula telefon aku takde." Arlyn tersengih sendiri.

"So ada nak kirim tak?"

"Takde. Kalau aku lapar nanti aku order je."

"Okay, jaga rumah eh. Jangan rindu aku pula." Usik Arlyn

"Okay baby. Bye, have fun."

Arlyn membuat gaya seperti mahu memukul Erin dan Erin pula melepaskan tawanya.

Aku suka lihat sisi lain Arlyn apabila bersama Erin. Comel walaupun nampak seperti kasar, tapi biasalah gurauan sesama kawan. Sekurangnya dia tidak berpura-pura dihadapan aku.

Ice & Love (GxG) {ONGOING}Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang